Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 30 April 2010

Tag Wasiat Misteri


1.Thank & link the person that gave you the cow (JGN LUPA COPY PICTURE Kat atas tu SEKALI)

Memang boleh dijadikan rekod. TAG suruh jadi penjaga lembu. Aku dapat TAG ni dari cik Dahlia. Tak percaya korang pi la tengok blog dia.Tu yang kat bawah tu header blog cik Dahlia...cewahhhhhh..promisi lagi ualls...


Besama ini aku kepilkan surat penghargaan buat cik Dahlia.



2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active ...

Tapi aku nak bagi 6 jer...

Oleh yang demikian aku nak bagi 6 orang jelitawan ni jadi jutawan menjaga lembu….

mereka ialah :





















3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat

kampung sipening lalat ambo tak tahu..

kalau kedai lalat ambo tahu... di KLATE..



4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

1. Bulatkan mata supaya lebih kosenteret pada cerita kat TV

2. Hayati pemandangan dalam cerita tu

3. Makan apa sahaja yg boleh dingap....



5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan


1. Batil pisang.


2. Wadai kiping


3. Wadai Kalkatar



6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK


7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

OK..yang ni MEM aku....ni la pilihan arwah mak aku. Aku bahagia bersamamu...jiwang merewang lak aku...hehehe


Ok dah setel aku jawab TAG wasiat ni. Kepada yang kena TAG Wasiat ni kena pikir la sejuta kali..nak buat ker tidak....

KATA TOK NUJUM : Wasiat wajib kena selesaikan.

Khamis, 29 April 2010

Cukai Pendapatan Datang Lagi...

Kalau org keja gomen mesti tahu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lu orang wajib kena isi borang tafsiran ma....kalau tidak lu org kena denda. Wa sudah bukak ini borang....fuyooo..bukan calang-calang org boleh jumpa ini borang ma....silap-silap klik lain site lu dapat...lu nanti nangis.

Gua nak cakap sama LHDN...lu mau duit kita orang..lu kena kerja sikit ma...kasi la kursus macam mana mau hendel ini borang ma...disekolah kita ada GURU DATA ma...ini orang kita khas suruh buat kerja isi borang maya ...lu panggil itu guru kasi kursus bagi paham kaw-kaw punya......nanti dia balik sekolah dia cerita la sama lain cikgu...Hello LHDN..lu ingat semua org boleh hendel internet ka.....wa ingat ada dalam 50% cikgu tarak mahir isi fom internet ma...termasuk gua....

Jadi lu sudah buat ini sistem canggih....lu kena la ajar sama orang macam mana mau setel ini fom..ni menda wajib mau buat ma...talak buat kita kena saman...tapi ini kerja manyak rumit ma...1 Mei sudah mau tutup...kalau ada orang LHDN baca gua punya blog..lu pikir la cadangan gua ni....kita kerja separuh nyawa...luit mau kasi lu orang....lu orang mesti la kasi senang kita mau bayar ma...LHDN jangan kasi susah...buat borang senang-senang saja ma...gua ingat macam bayar bil api lagi senang ma...


















Gua mau cakap : Lu mau sinang, gua pun mau sinang. sama-sama sinang ma. Luit gua lu mau.. kasi la gua sinang kelija.

Selasa, 27 April 2010

Sapa Tak Mau Duit

Cakap sapa tak mau duit.....cuba habaq mai. duit sapa pun nak. Tambah dapat duit terpijak atau duit klik-klik. Bercakap bab duit klik-klik atau menjana duit dalam internet ni aku bukan la nak kondem mana-mana pihak. Ni adalah pandangan aku sebagai pelayar internet yang tak mahir....

kita selalu dapat email atau jemputan kengkawan untuk sertai carik duit mudah. Sekali baca memang best. Tapi kena ingat...ni bukan senang nak buat. Ingat senang-senang ker org nak bagi duit kat kita. Aku yang keja nelayan ni berhempas-pulas nak carik duit. Semua memerlukan kemahiran yang tinggi baru boleh labuh pukat ditengah arus laut.

Kat sini aku nak cakap bahawa menjana duit dengan internet ni banyak cabaranya....

Kita kena jengok dalam diri kita sejauh mana kita mahir dengan internet. Kalau setakat nak masuk fesbok, buat blog tu kira asas tu. Itu pun kalau salah ikut arahan kena rejek jugak. Inikan pulak yang melibatkan duit. Jadi secara jelasnya kita mesti mahir dalam pengendalian bab internet. Kita tengok yang berjaya tu semua pakar dalam bab-bab tu....kita yang tak pandai kena pikir banyak kali bab-bab ni..

Satu perkara penting kita kena paham..”cakap senang, nak buat tu yang susah”. Sesetengah bab cari duit dalam internet ni banyak selok-beloknya.. ada diantaranya kita kena login syarikat tu. Ni yang akan memeningkan kita. Seperkara lagi kita kena carik kawan ajak masuk. Ingat orang senang ke nak percaya bab-bab duit ni. Ni pun akan menyusahkan kita. Yang berjaya buat bisnis tu dia punya latar belakang bab dunia memang hebat.

Sebagai kesimpulannya, bab-bab mencari duit dalam internet ni memerlukan kemahiran dalam pengendalian dunia maya dan tahu jugak pengendalian kewangan melalui maya. Perkara ni bukan senang macam nak oder roti canai kat kedai mamak.

Kata kawan aku : ada duit cik abang sayang, tak ada duit cik abang melayang.

Ahad, 25 April 2010

Antara 2 Darjat

Memilih pasangan yang setaraf adalah satu yang lumrah. Biasanya lelaki berjawatan tinggi dan perempuan keja biasa tu perkara lumrah. Tetapi kalau perempuan berjawatan besar susah nakkan lelaki yang keja biasa-biasa. Tu sebabnya ramai ANDALUSIA zaman la ni....jangan marah aaaa...

TETAPI kalau nak jugak kapel dengan pompuan berjawatan tinggi kena la pandai mengayat. Sekadar ayat selapis jer pakai bo layan la jawabnya. Untuk tujuan itu aku nak bagi TIP macam mana nak mengayat pompuan yang berjawatan tinggi supaya cair dan mau berkapel dengan sijejaka yang keja biasa-biasa ni.....

JADI tontoni vedio kat bawah ni.......


video

Kata pakar motivasi : Ukur baju badan sendiri.


Sabtu, 24 April 2010

Istilah ber "Kawan”

1. kawan tu bukan mcm CHIPSMORE ..

kejap ade kejap takde.. .

kata pak long : sebenarnya kawan tu mungkin sibuk, tu kejap ada kejap tak ada




2. kawan tu bukan macam KERETA .
Rosak sikit,jual. .. ambik kereta baru.. .

Kata pak long : tak tergamak buat kawan macam ni, nanti org buat kat kita cam mana rasa.




3. kawan tu bukan macam PELANGI .
Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...

kata pak long : gerimis maksudnya sedih, jadi kalau ada kawan macam ni kita diantara yang paling bertuah.




4. kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS .
Waktu baru beli pakai. .. Dah sengkek gadai...

kata pak long : jenis kawan mata duitan. jenis ni mulut sentiasa manis tapi sebenar racun berbisa.



5. Kawan tu bukan macam BANK .
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. ...

kata pak long : kawan jenis bank ni bagus jugak, boleh tolong time susah. satu diantara berjuta lemon.


Jurufoto tak bertauliah

Cikgu ni pelbagai kerjanya. Boleh jadi pakar motivasi, kerani, misi hingga la jadi jurufoto. Best keja rojak cam ni. Sebenarnya aku nak story bahawa keja sambilan aku ni macam kedai gambar. Kat sekolah, aku la tukang buat gambar ukuran IC dan buat kad nama. Save la bejek mak-ayah. Aku tak ambik upah pun sebab ni la kerja yang aku paling minat. Ni aku nak story cam mana keja aku dari mula ambik gambar sampai la jadi gambar IC dan jadi kad nama


1. Mula aku cari la latar yang mudah nak diedit. Aku bantai kat tepi bangunan sekolah jer…janji penataan cahaya cukup. Ni la hasilnya….


2. Lepas tu aku edit la gambar tu jadi gambar IC. Amacam gambar yang aku edit..ok tak..?



3. Last sekali aku buat la kad nama. Aku redah jer layout ikut daya kreatif aku yg tak kreatif ni. Jeng….jeng..jeng..jadi la macam kat bawah tu…


Kata keramat aku : Buat sesuatu dengan penuh minat, maka hasilnya satu kepuasan yang tak terucap.

Khamis, 22 April 2010

Tak Rasa Tak Tahu

Bercakap bab internet ni memang seronok dan menunjukkan satu kemajuan yang hebat. Tapi kita perlu tahu apakah masalah-masalah yang akan dihadapi oleh pengguna internet. Berdasarkan pengalaman sebagai pengguna internet, kini aku tahu banyak perkara yang mencabar minda dan kesabaran semasa melayari internet.


1. Masalah kabel dicuri merupakan masalah paling mencabar bagi pengguna internet. Sekiranya kabel dicuri ia akan merencatkan penggunaan internet.



2. Penggunaan internet dengan line Streamyx pun boleh menaikkan suhu kemarahan sekiranya nada dail telefon ada tapi lampu ADSL kat router kita tak menyala. Ini bermakna line stremyx kita dah tak ada. Jadi internet dah tak berfungsi. Suhu kemarahan semakin memuncak.




3. Paling hebat kalau kita dengar iklan..”sudah potong”...pakai la P1 max. Ni pun satu cerita lucu berbaur kemarahan. Aku pergi la tanya kepada pengedar broadband. Tapi agen akan tanya, ”En. tinggal mana ? ”...aku cakap la, ” gua tinggal kampung dalam punya”...agen boleh cakap ” sana tempat liputan tak meluas ma”...lagi membara. Maknanya broadband ni boleh guna tempat tertentu atau dengan lain perkataan kawasan bandar jer. Jadi penggunaan broadband ni boleh menambahkan suhu amarahku.....





4. Jalan paling selamat kita guna STREAMYX. Selamat sebab selagi ada talian telefon kita boleh layan internet. Tapi yang sadisnya kengkadang line ni pun ada gangguan. Lambatnya mengalahkan kura-kura yang demam kura tahap kritikal. Panas jugak hati kita sebagai pengguna internet.





Pesanan pengguna : Tak pakai internet pun...lu kena jugak bayar bil .....







Rabu, 21 April 2010

TAG dari Blogger Glemour

Aku nak lunaskan TAG istimewa ni. Ia diberikan oleh cik Dahlia. Bukan senang blogger GLEMOUR cam ni nak TAG aku....

Ni la wajah cun cik Dahlia....

Dilampirkan beberapa soalan untuk dijawab, semua dalam omputih. Disebabkan aku ni tak berapa mahir omputih, aku mintak la abg GOOGLE tolong terjemah.

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


1. Gambar dari folder yg ke 8

2. Ini adalah gambaq anak didik kelas aku. Berumur 9 tahun. Dalam darjah 3. Tapi posing memang sakan. Pantang kalau aku keluarkan kamera, berebut nak beraksi. Aku suka layan bebudak ni. Layan bebudak ni senang dari layan org tua bangka. Ikut penilaian aku, semua nampak ensem. Ni kalau aku cerita ngan diorang ni...sah gelak besaq la diorang. Mau kembang lubang telinga diorang...hehehehe

Apapun aku tetap sayangkan kalian. Tanpa kalian tak der hengget la haku. Ada sesiapa yang nak berkenalan, aku boleh jadi brokernya....

3. Aku nak TAG 8 orang lagi..

1. Fyra Ruslan-

http://yoshik0arieffy.blogspot.com/

2. mis dalila

http://misdalila.blogspot.com/

3. wanie

http://doubleudiary.blogspot.com/

4. aisha

http://aishawhatever.blogspot.com/

5. cikgu isza

http://chekguisza.blogspot.com/

6. cik RED

http://journey-of-red.blogspot.com/

7. nafiraa

http://lovenafira.blogspot.com/

8. tieqa

http://blogburuksaya.blogspot.com/

kepada insan yang aku TAG ni....kena la buat surat tunjuk sebab dan perlu menjawab dalam tempoh 14 hari dari TAG ni dikeluarkan.


Kata tok guru : Utang perlu dilangsaikan walaupun tak diminta.



Khamis, 15 April 2010

Aku Terlalu Sedih

Salam semua....

sekadar buat renungan....


video

Kata kunci : Diam itu lebih BAIK dari berkata-kata

Rabu, 14 April 2010

Ini yang aku nampak


Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang melibatkan soal ibadat telah dikomersilkan. Aku bimbang akan wujud banyak konsotium yang buat duit dengan keadaan ini. Jika kita lihat pekej umrah dan kursus kahwin sudah jadi bidang perdagangan yang cukup laba buat sesetengah pihak. Aku Cuma melihat gejala ini macam dikemudi oleh pihak tertentu. Bagi aku dalam soal ibadat ini, ia boleh dikendalikan oleh pihak masjid seperti soal kursus kawin. Tapi kenapa ada konsotium yang mengenakan bayaran seolah-olah ia satu bidang ekonomi yang memberikan keuntungan sesetengah pihak.

Ini cuma pandangan aku. Jika ada pandangan tentang persoalan ini, sila lah berikan pendapat anda. Aku cuma nak berbincang secara ilmiah dalam soal ini.Pendapat anda sangat aku alu-alukan.


Kata keramat aku : kita kini sukar membezakan antara....

ibadat dan adat.

Selasa, 13 April 2010

CONTEST LELAKI MISTERI



1. Kenal lelaki kat gambar diatas ini

Lelaki ini mengunakan nama penamaya :E_QroMi..

Nama macam ala-ala Morroko pun ada...ala-ala Jepun pun ada.

Merupakan pengikut blog Nureen yang ke 94.

Bila diselidik beliau tidak ada link blog. Hajat nak jugak jadi pengikutnya.

Kat bawah ni adalah dalil-dalilnya....



Jom meriahkan kontest ni...
untuk keterangan lanjut layari

TARIKH TUTUP: 15-APRIL-2010

Sambungan Episod Mengantuk.

Penyakit Asma (Asthma)

Penyakit Asma (Asthma) adalah suatu penyakit kronik (menahun) yang menyerang saluran pernafasan (bronchiale) pada paru dimana terdapat peradangan (inflamasi) dinding rongga bronchiale sehingga mengakibatkan penyempitan saluran nafas yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas.

Sumber : kliksini



Compressor Nebulizer.



Ni la hero aku yang sedang memakai menda tu. Dilakukan dipusat kecemasan Sepital Taiping.Sedut dari Jam 11.00 malam dan selesai jam 2.00 pagi. Tapi alhamdullilah dah ok dah.




Peneka yang bijak bistari. Aku ucapkan tahniah. Aku hanya sekadar ucap tahniah dan mendoakan kalian dimurahkan rezeki.



Kata penaja : Mencegah lebih baik dari merawat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...