Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 31 Mei 2010

Berita Gumbira

Lama aku tak apdit blog aku. Memang kekangan masa yang cukup membataskan aku untuk berblog. Namun hari ini aku dikejutkan dengan satu bungkusan yang dihantar oleh posmen ke rumah aku.

Penerimaan bungkusan tu waktu pagi. Biasa la time tu aku keja. Jadi mem aku la yang terima hadiah tu. Pulang dari sekolah aku tengok bungkusan besaq kat atas meja ruang tamu.

Aku dengan rasa terujanya membuka hadiah tu. Dalam hati aku dah mengagak tentu hadiah giveaway ni. Tapi aku tak tau macamana rupa hadiah tersebut.

Jeng..jeng..jeng ..fuhhh mak aii...sempoinya dan berharganya hadiah ni. Tungku letrik ala-ala bantai kecik. Seronok la aku bertungku...hangat suam-suam kuku.




. Jadi aku ucapkan berbanyak terima kasih pada tuan blog ni...
terima kasih buat ECHA...


Akhir Kalam : Aku berdoa buat Echa sekeluarga moga dimurahkan rejeki.

Ahad, 23 Mei 2010

Memang Ada Makna Pada Nama.

Salam siaran. Macam pengacara Tv pulak aku. Tu la cita-cita nak jadi pengacara tapi rejeki ada pada cikgu. Pada entri kali ini Aku nak bawakan dua petikan…..

”Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah,Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.

Berdasarkan kepada petikan itu lah aku rasa terpanggil untuk berbicara tentang Salsilah nama-nama yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Semua kita sedia maklum bahawa beberapa nama penting dalam lingkungan penghidupan Rasullulah.

Aku senaraikan dua nama penting iaitu :

1. Halimah - ibu susu Nabi

2. Fatimah - Anak Nabi.

Dua nama ni sekarang sudah dinodai dengan panggilan yang cukup biadab. Kita dihebohkan dengan cerita “HALIMAH JONGANG”.

Aku kurang arif kenapa nama sehebat itu boleh dipermainkan sewenang-wenangnya. Kalau kurang ilmunya, Tanyalah dahulu pada yang lebih arif. Ini tidak, main hentam sahaja mengikut ilmu dangkal mereka. Sepekara lagi, ISLAM melarang kita meletakkan gelaran yang tidak elok pada nama seseorang. Ini pulak nama SEMEGA itu boleh diletakkan gelaran yang cukup meloyakan.

Paling mengaibkan, orang yang membuat cerita ini keluar dalam slot rancangan TV dan menyatakan pendiriannya dengan berkata itu-ini. Alasan bangang itu disuarakan dengan penuh bangga. Ini lebih menampakkan kebodohannya dalam soal nama-nama tersebut.

Dengar ura-ura kata nak buat cerita ”FATIMAH JULING”. Aku rasa hairan, punya la banyak nama atau gelaran yang elok, mengapa itu jugak yang dipilih. Betul la kata arwah mak aku, kalau benda tak elok ni cukup seronok kita lakukan.

Aku bagi bayangan , kalau kita buat cerita ”SIKERA JONGANG”. Itu pun dah rasa kurang enak apatah lagi nama-nama mega kita perlakukan sedemikian.

Akhir kalam : Aku menulis bukan kerana NAMA.

Jumaat, 21 Mei 2010

Tengok Dulu kebawah Baru nak cakap...

Hari guru 16 mei….kini dah 21 mei time aku menulis entri ni. Talian pon umah aku pun dah ok. Tapi kali ni aku nak buat satu penilaian yang sebenar bukan kenyataan yang berbaur bodek atau ejekkan. Ini kisah sebenar berdasarkan pengalaman seorang guru yang mengajar menggunakan dunia ICT sepenuhnya.

Dalam berita TV aku tengok seorang guru perempuan berkobar-kobar bercakap mengajar guna ICT. Aku tabik dengan cikgu tu. Tapi kita kena tahu di mana lokasi sekolah tu. Tentu sekolah yang terpilih atau sekolah bandar. Macam mana kalau sekolah tak terpilih atau sekolah di ulu dunia.

Yesssssss....ni la aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku. Aku ni mengajar bukan sekolah terpilih atau sekolah bandar. Tapi sekolah kampung yang dapat peruntukan bantuan komputer riba, LCD dan skrin serta segala macam peruntukan berkaitan projek PPSMI. Cikgu PPSMI tak nak guna maka aku guna la ajar Bahasa Melayu.

Benda segala macam ni memang sampai. Tapi kualitinya yang kita nak pertikaikan. Jenama laptop pun slow jer REMnya. LCD pun besar dan kualitinya tak seberapa. Kalau ada yg canggih sikit pihak sekolah simpan untuk kegunaan tertentu. Jangan harap la nak pakai menda baru. Jadi aku pakai laptop sendiri yang terkini. Tapi LCD cam hampeh, tak der makna jugak.

LCD besor...baling unta pun mampos.....

Aku memang ajar pakai LCD dan laptop. Tapi kualiti LCD memang mengecewakan aku. Gambor kelabu jer. Bayangkan aku dah set persembahan paling cun, tetiba bila persembahkan kat kelas jadi tah apa-apa. Punya la sakit hati aku. Cikgu yang sembang guna alat tu boleh la dapat LCD baik dan Terkini. Bayangkan kalau dia duduk tempat aku, apa perasaan dia. Tu sebab kalau orang bercakap bab mengajar menggunakan ICT, aku rasa nak muntah atau nak tergelak pecah perut.

Kita bercakap memang mudah, macam makan keropok lekor. Bayangkan dengan satu troli yang dibekalkan bawak masuk kelas yang tak ada kelengkapan. Nak set menda tu kalau tak selalu buat alamat pecah peloh dibuatnya. Pasang dah siap suara pulak cam sial. Lagiiii sakit ati. Tu sebab ramai cikgu tak nak guna troli tu. Kalau cikgu pompuan yang set troli tu pakai ilang la bedak kat pipi akibat peluh yg banyak.


Nampak tak aku dah ikat dawai kat situ....


Lagi satu, semua sekolah dapat peruntukan peralatan komputer, tak kira la sekolah kecik ker besor semua dapat. Tapi kena ingat tak semua ada teknisen komputer. Kebanyakkan semua sekolah nak kena urus sendiri. Semua jadi lece dan membebankan. Dah la peruntukan kementerian ciput jer. Maka jadi la macam LCD malap dah pudar yang aku guna sekarang ni. INGAT...mentol kat LCD tu ada limit penggunaanya. Nak ganti harga cukup mahal. Tambah pulak kalau beli ikut bil kerajaan, sendiri mau ingat la harganya. Untuk itu mengajar menggunakan ICT ni aku ingat jadi macam membaca sajak samar, sedap dibaca tapi tak semua orang paham.

Kalau ada sapa-sapa ingat...mana program sekolah BESTARI ????? Lain kepala naik jadi KPM, lain haluan yang dibawa. Jadi segala perancangan nampak macam tak ada kesinambungan. Main pakai kepala sendiri. Akhirnya kepala cikgu bawahan cam aku yang botak...hehehehehe

Hari guru berbaju merah,

ICT piiiiiiiirahhhhhhhhhhhh

Rabu, 19 Mei 2010

Hari Guru paling HARU


Hari GURU dah berlalu, kisah GURU tu macam biasa, tak la grand sangat. Tapi yang paling dan paling-paling membakar jiwa aku sebelum hari guru, kabel kampung aku dicuri lagi oleh penyamun tarbus durjana. Sehingga entri ini ditulis pihak TM belum melakukan apa-apa tindakan. Dan puluhan kali aku call pusat mintak dibaiki. Jawapan kami akan ”REMARK”. Tanya la bila pun tu la jawapannya. REMARK apa kejadahnya.....

Persoalannya, teknisen kat kawasan aku ni buat keja ker tak. Tak der langsung respon dari aduan aku. Ingat kawasan kampung ni tak tak der manusia yg menggunakan internet. Kalau kat kawasan bandar mengapa KALUT jer depa buat keja. Nampak macam ada kawasan terpilih jer. Kalau nak banding dengan TNB jauh sangat la. Kalau TNB..kita buat aduan memang on time datang. Kalau TM jangan harap la nak buat cam tu.

Untuk TM jaga la kualiti kerja. Jangan bagi pengguna mempertikaikan keja hampa. Jangan sampai pengguna yang menghubungi talian 100 tu mencarut pulak. Jadi keja buat cara kerja.

Kata peringatan aku : Lu boleh tipu gua sebab gua tak tau cara lu kerja.

Jumaat, 14 Mei 2010

Duit Lima Ringgit.


Duit..duit..duit..semua kena ada duit. Banyak perkara yang kita boleh buat kalau kita ada duit. Oleh itu, duit memang diperlukan oleh semua yang bergelar manusia. Kecik nilainya pun orang kata duit.



Tapi kita sedar atau tidak kadar kualiti duit kita. Kalau buat pembaharuan kita kata hebat. Sejauhmana kualiti pembaharuan duit 5 ringgit tu memberikan impak positif. Aku cerita tentang wang RM5 yang bentuk ala-ala plastik. Duit ni aku rasa memang pelik...kalau lihat duit tu tak tahu dimana ciri istimewanya.

1.Kalau bab tahan...duit ni la yg mudah koyak.

2.Kalu kena lipat....bentuk dia akan ikut lipatan tu la sampai bila-bila.

Aku jadi pelik kenapa banyak pembaharuan yang selalunya menyusahkan pengguna. Slogan mesra rakyat tak tahu la dimana kita nak letakkan.

Kesimpulannya kita dapat katakan bahawa jika kita ingin membuat pembaharuan pastikan semua pembaharuan tu tak menyusahkan rakyat jelata.

Selasa, 11 Mei 2010

Wasiat Datang Lagi


1.Thank & link the person that gave you the cik Cow (JGN LUPA COPY PIC)

Wasiat ni aku terima dari :


http://naufalnnureen.blogspot.com


http://seindahbayu.blogspot.com/

Terima kasih banyak bagi wasiat ni...jasamu tetap dikenang. Siap la lembu ni pakai kena juai la tak lama lagi.



2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active or 7 paling tak

active..hahaha











3. Bagi tau diorang ni yg diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat




4. cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

1. makan keropok tu dah mesti.

2. jadi pengomen

3. hayati pemandangan dalam citer tu.


5. Makan pelik yang pernah anda makan

1. Gondang masak rendang pedas.


2 Belalang Goreng.


3. Gangan kuning ikan wadik.


6-cuba bg tau brp orng dah kawan anda kat FACEBOOK



7-paberet soalan ni.....camner korng berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...


Ok ...aku dah selesaikan wasiat yang aku dapat. Moga kalau ada wasiat yang lagi sempoi bagi la kat aku..aku pasti jawab.

Rumah Baru Pun Haru-Biru


Keperluan asas dalam kehidupan memang diperlukan oleh setiap insan bergelar manusia. Paling penting tempat tinggal. Rumah la yang aku maksudkan. Untuk keselesaan kena la ada rumah sendiri.

Kalau nak beli rumah taman perlu buat loan. Pemaju kalau kita buat loan kerajaan cukup mau. Tapi kena ada peguam kalau nak beli rumah. Tu syarat wajib bukan sunat atau harus.Tapi sejauhmana kita tahu fungsi peguam dalam proses membeli rumah. Ni pun satu masalah yang dialami oleh pembeli rumah.

Tiba masa ambil kunci memang penuh ceria. Dapat duduk rumah baru. Tapi bila dah duduk baru kita tahu kualiti rumah kita. Bayangkan beli rumah dengan harga puluh riban dengan pelbagai masalah. Macam duduk rumah atap nipah jer layaknya. Hujan lebat air menitik atas syiling. Tu belum lagi kualiti buatan binaan dan pendawaian litar dalam rumah. Ni la kualiti rumah yang banyak sangat RASUAHnya. Bukan nak mengata...tapi ni la realitinya nasib pembeli rumah.

Kata Pemaju : Lu sudah sain perjanjian, Lu sendiri la hendel.

Jumaat, 7 Mei 2010

Tepi Kain Orang Kena Jaga Jugak.


Anak didik ni pun macam anak kita jugak. Kita didik mereka macam didik anak kita. Ragam dan lakonan anak-anak kita ni kita sukar nak dibaca atau diteka. Kalau depan kita mak-ayah sememangnya nampak bagus sangat. Akan tetapi kita jangan terlalu percaya bila mereka berada di belakang kita.

Anak-anak zaman sekarang ni memang licik tutur bicaranya. Lakonan mereka sememangnya boleh mengalahkan pelakon popular. Jadi jika ada benda yang org luar cerita pasal anak kita, kita kena terima dengan hati yang terbuka. Jangan kita terus menyatakan yang anak kita ni terbaik. Yer la..terbaik tu depan kita, belakang kita tak tentu dia yg terbaik.

Kesimpulan yang aku nak katakan disini bahawa anak-anak kita ni perlu pemantauan oleh org luar. Maksudnya jiran –tetangga, guru, org kampung merupakan mata dan telinga untuk kita. Jangan ambik kawan dia sebagai pengukuh bukti. Kawan anak-anak kita ni sama hebat lakonannya.

Kata Guru Besar : Anakmu , anak ku jua....

Selasa, 4 Mei 2010

Keluhan Mata Pensel.

Nengok gambar kat atas tu kira sah la blog ni milik cikgu. Cikgu jer yang sinonim dengan pensel. Bercakap tentang pensel ni banyak andaian secara zahir dan batinnya. Namun kata-kata keramat yang menyatakan "Mata Pena lebih Tajam dari mata pedang." sejauhmana tajamnya mata pena tu...?

Kali ni aku nak gerakkan roh pensel secara batinnya. Kalau cerita bab batin ni bukan maksud berkaitan dengan jampi-serapah. Tapi kita ingin melihat apakah mata pensel ni fungsinya sama dari dulu hingga sekarang. Dulu mata pensel ni boleh mengubah pendirian atau keadaan yang lebih bermoif. Tapi kini mata pensel ni tak berapa nak berfungsi. Gerakkan mata pensel sekarang ni banyak sangat gangguannya.Manusia yang diluar lingkungan mata pensel pun dah pandai dan memandai nak ubah cara penulisan dahulu yang jadi tradisi. Kalau dulu mata pensel menulis satu tapi kini dah diubah kepada ”ONE”. Perkataan Tambah dah ditukar kepada ”ADD”. Benda hidup dijelmakan sebagai ”LIVING THING”. Jadi ini sudah melanggar roh asal mata pensel tersebut. Mata pensel yang tinggal di kawasan pedalaman mana nak cekap tulis macam tu. Tapi inilah relitinya


Ni wajah pemilik mata pensel

Rasanya mata pensel sebesar dalam gambar tu pun sekarang ni pening nak menulis. Sampai bila mata pensel harus belajar subjek teras dalam bahasa asing bukan bahasa ibunda.

Kata toke pensel : Yang terbaik kita ajar la matematik dan sains dalam bahasa melayu.

Ahad, 2 Mei 2010

“Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi pak long ”


Aku nak meriahkan kontest anjuran cik Dalhia. Tapi versi aku kali ni tentang apakah blog ini menepati piwaian berblog sebagimana yang selalu ditulis oleh blogger terkemuka. Bertolak dari sinilah menyebabkan aku cintakan blog cik Dahlia. Waaa....cintan-cintun la pulak...



1. Respon terhadap komen dan email pembaca di blog anda.

Ciri-ciri ini memang dilakukan oleh cik dahlia...memang patut la dia glemour.




2. Baca & tinggal komen di blog lain.

memang cik dahlia ni seorang blogger yang mesra pelanggan. tengok ada bahan bukti komennya kat blog aku.




3. Jadilah diri anda sendiri.


Memang cik dahlia jadi dirinya sendiri. Gaya penampilannya sememangnya digarap dalam entri bahawa inilah cik dahlia yang sebenar...caya cikgu dahlia.


4. Isi entri yang padat dan menarik.

Semua entri yang dititipkan menarik. Pelbagai tajuk boleh kita dapati dalam blog cik dahlia.Cakap jer nak tajuk apa...semua ada. Tak caya pi la cek entrinya..tu pun kalau mampu..banyak giler bib entrinya...




5. Design dan layout yang menarik.


Bab ni aku nak komen sikit. Aku tak minat layout header yang baru ni. Aku lagi minat dengan layout header yg lama....ni aku cakap secara jujur. Lantak la kalau dia nak berkecil hati dengan aku..aku dah cakap yg sebenar.





6. 1 entri 1 gambar.


Boleh dikatakan cik dahlia ni cukup mementingkan kreatif. Setiap entri mesti ada gambar untuk pembaca menjamu mata. Ni aku puji. Puji ni kes nak beli jiwa penganjur kontest.




7. Menganjurkan Contest.

Cik Dahlia memang ada menganjurkan kontest. Ni sebagaian dari contest yang dia anjurkan. sebelum ni banyak dah contest yg diadakan.



基于证据,我bawak妮。因此,适当的标题似乎进入我kontest“我不知道爱大丽花但龙先生的版本。”因此,要了解一个人,我们一定要涂的证据是相当严重和细眼的眼睛清澈明亮。

Ni terjemahan dalam bahasa melayunya..

Berdasarkan bukti-bukti yang aku bawak ni. Jadi rasanya sesuai la entri aku dengan tajuk kontest "tak kenal Dahlia Maka Tak cinta Versi Pak Long". Jadi untuk mengenali seseorang tu kita pasti memerlukan bukti yang cukup jelas pada pandangan mata kasar dan mata halus.


Saja Nak Bertanya....

Salam sejahtera….

Berjumpa lagi disiaran tertunda ini. Kali ni aku nak menyatakan beberapa persoalan mudah yang melibat soal manusia dan kemanusian. Bukan niat aku nak provokasi mana-mana pihak tetapi cuba merungkai keadaan yang biasa kita lihat.

Sesuaikah pada pandangan anda jika wanita....



1. memakai kasut yang tumitnya boleh dijadikan senjata...



2. jadi pemandu bas atau dreba teksi...




3. bermain bola sepak…




4. jadi pembawa surat untuk tandatangan yang dikelilingi oleh lelaki….




5. memilih aksesori pakaian yang sama kaler satu badan….




Seloka suka-suka....

malu bertanya sesat jalan,
sesat dihujung jalan balik kepangkal jalan,
jalan-jalan cari makan
jom makan angin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...