Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 4 Mei 2010

Keluhan Mata Pensel.

Nengok gambar kat atas tu kira sah la blog ni milik cikgu. Cikgu jer yang sinonim dengan pensel. Bercakap tentang pensel ni banyak andaian secara zahir dan batinnya. Namun kata-kata keramat yang menyatakan "Mata Pena lebih Tajam dari mata pedang." sejauhmana tajamnya mata pena tu...?

Kali ni aku nak gerakkan roh pensel secara batinnya. Kalau cerita bab batin ni bukan maksud berkaitan dengan jampi-serapah. Tapi kita ingin melihat apakah mata pensel ni fungsinya sama dari dulu hingga sekarang. Dulu mata pensel ni boleh mengubah pendirian atau keadaan yang lebih bermoif. Tapi kini mata pensel ni tak berapa nak berfungsi. Gerakkan mata pensel sekarang ni banyak sangat gangguannya.Manusia yang diluar lingkungan mata pensel pun dah pandai dan memandai nak ubah cara penulisan dahulu yang jadi tradisi. Kalau dulu mata pensel menulis satu tapi kini dah diubah kepada ”ONE”. Perkataan Tambah dah ditukar kepada ”ADD”. Benda hidup dijelmakan sebagai ”LIVING THING”. Jadi ini sudah melanggar roh asal mata pensel tersebut. Mata pensel yang tinggal di kawasan pedalaman mana nak cekap tulis macam tu. Tapi inilah relitinya


Ni wajah pemilik mata pensel

Rasanya mata pensel sebesar dalam gambar tu pun sekarang ni pening nak menulis. Sampai bila mata pensel harus belajar subjek teras dalam bahasa asing bukan bahasa ibunda.

Kata toke pensel : Yang terbaik kita ajar la matematik dan sains dalam bahasa melayu.

50 ulasan:

azieazah berkata...

Pensel jangan menyerah kalah mudah mengalah..

Pensel tetap berguna, sentiasa berguna..

Melukis banyak guna pensel..

*Tetiba teringat filem yang best PENSEL. Hebat filem tu... Yang cacat dan lemah IQ pun bila dapat pensel boleh menjadi cemerlang...

Mak Su berkata...

beratnya mata pensel tu, lenguh bahu memikul, lenguh mata memandang :)

blueCITY® berkata...

salam paklong,
hehehheeh...

pensil lah asal kita kenal menulis ..

saya juga sokong paklong
cuma ada pro n kon juga kan


salam

♥cybermummy♥ berkata...

walaupun pensil tu tak berapa nak capture rupanya tapi bab lobang idung memang terpateri di kkotak minda ini . ngeeee

pak long berkata...

salam buat azie...
ada filem pensel...best tu....kalau ada nak jugak tengok filem tu.

pak long berkata...

salam buat mak su..
memang dah lengoh dan mata pensel ni dok menulis...apapun mekasih banyak buat mak su...

pak long berkata...

salam buat cik biru..
susah kan nak cakap bab ni....tapi pensel tetap setia menulis....appy buat cik biru.

pak long berkata...

salam buat mummy..
hehehe..lobang idup tu tetappppppppp jadi pojaan atiku...

pakcikLie berkata...

pensil sekarang tak dak kualiti, mudah patah.."pensil kuduk, amik germit boleh asah paklong"..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Cikgu

Tajam kiasan Cikgu.

Sekarang pencil pun tak payah diraut lagi dah ada pensil tekan, walau pun tak sekuat pensil biasa tapi ia menyenangkan.

cikgu isza berkata...

mata pensel yang tajam menikam :)

pak long berkata...

salam kulaan...
pensel kuduk....lama kada mandangar perkataan tu...lawak tul la..

pak long berkata...

salam buat kak ani...
pensel tekan tak boleh dibawak untuk exm kak....
buat kak ani..moga appy selalu

pak long berkata...

salam buat isza...
fuhhh hebat nya bahasa cikgu...tajam menikam...cam tajuk lagu jer..hehehehe

Chik Na berkata...

pensil sekarang tak tahan..asyik nak patah je...

pak long berkata...

salam buat chik na...
yang buat pensel tu banyak sangat konanya...tu sebab tak der kualiti..

Norgadis Labuan berkata...

Salam cikgu...
Kadang rasa sedih juga pabila pencil jadi bahan ujikaji...

maiyah berkata...

setuju2..
skrg sy dah kurang pakai pensel le dok asyik tekan keybod jek huhuu

iBu...gUru berkata...

salam pak long
replika pencil tu kat sk gunung ker ?

pak long berkata...

salam buat nor...
haah kan..bab-bab penting selalu jadi bahan ujian...akhirnya yang jadi mangsa anak didik kita...sedih jika dipikirkan..

pak long berkata...

salam buat maiyah...
amboi ko maiyah....ko tak nak guna pensel aaaa....sedih pensel dengor tau...hehehehe

pak long berkata...

salam buat ibu....
haah..replika tu ada kat sk gunung semanggol....tu sebab rohnya masuk dalam diri ini....hehehehe

ed berkata...

Benarkah pensel semacam lilin .

Hilang diri kerana bakti .

Aida Ali berkata...

PPSMI : Saya sokong tu paklong. Dah lama dah.

kakpah berkata...

salam paklong..
pensel masih lagi berguna..
kakpah dah lama tak melukis potret. Dulu2 suka lukis guna pensel ni..

missgee berkata...

Bagi saya..
Pensel itu boleh diubah..
Biar tajam..
Biar lebih geliga
tetapi dengan cara yang betul
tanpa mencacatkan pensel itu :)

pak long berkata...

salam buat ed...
pensel ni dah penat menulis...amacam kalau pensel nak nyanyi lak..hehehe

pak long berkata...

salam buat kak aida...
tu la kak..lama dah kata nak ubah..tapi sampai la ni tak ada perubahan...pensel sering menangis..

pak long berkata...

salam buat kak pah...
waaa..berbakat akak kiter ni...nanti nak suruh lukis wajah pak long la...

pak long berkata...

salam buat missgee...
aduhhh...kau memang hebat la missgee..ko memang sayangkan pensel ni..caya la..

penjejak maya berkata...

salam..

saya kalau pensel tu buat tak kisah saje. tapi hari tu nak jawab periksa abis selongkar satu rumah mencari hehe.

AISHA SAAD berkata...

AGREE dengan statement pak longg!
aku dulu masa sekolahh takde balaja BI 4 math and sns!
tapi bilaa dah masukk U pandaii lah jugakk englishh, bukan tak reti langsungg.

nih kang dari ajar MATH and SNS tuhh BI, yang subjek tuhh orang tak paham, yang BI ponn ntah ke mana! then on that time lahir lahh longgokan MELAYU BODOHH beramai2.

yep, tak dinafikan yang kaya2 tuhh, yang stay kat bndr tuhh, dieorang bolehh catch up all this thing, tapi yang luar bandar??
dah lah mmg dari dulu org luar bandar always ketinggalan, bila tambah dgn sistem nihhh, nampakknya makin2 tertinggal!!

patot bagi aku jadik menteri, baru all smoothhh!! wakaka!

helena's berkata...

fuhh mula mula baca memang macam tak paham..hehe

pensel kalau salah kite boleh padam dan tulis balik..

pak long berkata...

salam buat penjajak maya...
kalau nak tanda soalan ABC...kena ada pensel kan....

pak long berkata...

salam buat aisha...
kita sokong aisha jadi menteri pelajaran..memang ada wawasan yang boleh diperjuangkan...
idup aisha...caya la..

pak long berkata...

salam buat cik hel...
haah kan..pensel kalau salah boleh tulis balik....tapi kalau tak pandai tulis lagiiii susah kan cik hel...

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

ekeke*

ganas gile gambO dak2 tuh XD

Mak Su berkata...

n3 terbaek... tak de rasanya, alah, biasa2 jer pak long... saya terai terai buat sajak kat situ.... segan ler nak kongsi ngan orang... tambahan lagi saya ni tak der background sastera, hehehe, memain jer, thanks for asking

joeamir70 berkata...

Jepun maju guna bahasa sendiri, korea pun mcm tu jugak, depa nak tiru India kut! Pasai tu tak maju2!Tapi depa buat semua tu bukan pasai nak suruh org terer bahsa orang putih, sain atau ilmu hisab,tapi sebenaqnya pasai MASYUKKKK!!!!

pak long berkata...

salam buat misslolly...
tu la tuan pensel....tu baru 50% muker ganas..hehehehe

pak long berkata...

salam buat mak su...
ala buat comeback kira ok la....
seni sajak tak semestinya ada asas sastera..

pak long berkata...

salam buat Joeamir...
memang masyuk la matlamat depa semua tu...tak masyuk tobat tak buat punya.....wa caya lu joe..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

saya rasa ok kot kita experimentkan "mata pensel" tu..sbb di pasaran pekerjaan skrg pun bahasa kedua tu amat penting, kita sendiri ketandusan bhn2 ilmiah di dlm bahasa kita, jika tidak menekankan kaedah ini dr awal lg mungkin "mata pensel2" itu akan terkapai2 bila nk buat assignment nt...sbg cth, sy sendiri pernah diupah oleh kwn2 utk membuat kerja2 translation semasa sy belajar dulu.

pak long berkata...

salam buat miss...
masalahnya bahasa bukan subjek teras...jadi kalau nak perhebatkan bahasa omputih buat la pembaharuan dlm bahasa omputih.jangan buat dalam subjek teras..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

agak2 pensel tu celuih tak masuk dalam lubang hidung yg ada dlm gambaq tu???

hahaha

abang berkata...

salam ...

pensel sungguh mustahak ....

Mak Su berkata...

jum skodeng ini, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/05/respon-kepada-respon-3-pak-long-sifu.html

pak long berkata...

salam buat gadis...
nanti nak try boh kat lubang idung tuan punya pensel tu...hehehehe

pak long berkata...

salam buat abang..
haah kan.. pensel memang penting...

pak long berkata...

salam buat maksu..
mekasih banyak..nanti kita nak pi jengok blog maksu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...