Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 23 September 2011

Islam AgamaKu.




....Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.


Yang di atas tu sebahagian petikan yang aku baca....kalau nak lebih lagi ceritanya sila layari http://saljukuih.blogspot.com/2011/09/fitnah-akhir-zaman.html
Petikan yang aku jumpa ni cukup banyak pengajarannya . Tahniah kepada penulis ini.

kata paklong : Islam agamaku, berjuang dengan ILMU untuk kejayaan ISLAM.

Khamis, 22 September 2011

1 murid 1 sukan


Berapa banyak 1 la sekarang ni. Ada jer program mesti ada 1...
gerak kerja ko-kurikulum dah tetapkan permainan untuk murid. Tup-tup timbul pulak benda ajaib ni..."1 murid 1 sukan"... memang beban la pada banyak pihak. dah la petang kena pergi fardu ain. Bila ada program 1 murid 1 sukan terpaksa la kensel kelas fardu ain. Lagi yang "mengila-babi" para guru dan ibu bapa ialah ada Penolong Kanan Ko-KO ni yang terlalu bangang serta tolol. Buat program tu pukul 1.45 petang hingga 3.petang. Pk sekolah aku la ni. Menyampahhhhhh mak...hahaha. Kenapa la tak buat 1 murid semua solat berjamaah. Aku rasa berbaloi jugak aku tunggu kat sekolah sampai pukul 3 petang.


kata paklong: Jangan banyak teori nanti kena langgar lori.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...