Kengkawan ( المرافقون )

Sabtu, 23 April 2011

Formula 7 K


menulis dalam blog ni macam air laut jugak rasanya. ada pasang dan ada surutnya. waktu pasang memang banyak idea, tika surut langsung tak der idea. semua terbabas kelaut.


INGINKAN RASA AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1. Ketaqwaan

2. Kasih sayang

3. Kesetiaan

4. Komunikasi dialogis

5. Keterbukaan

6. Kejujuran

7. Kesabaran

kata pak long : aku dalam zon kurang idea.

Isnin, 18 April 2011

Rumah Dah Bersawang



lama tak menulis dalam blog aku ni. dah ada sawang rupanya. kena la sapu sikit umah ni. Jadi penolong jurulatih sepak takraw Kerian. Suasana agak kalut sikit. Sepanjang minggu ni ada latihan pusat. Balik umah jer dah letih. terus tak bukak blog.


Bermula hari Jumaat 15 - 17 April perlawanan sepak takraw peringkat Negeri Perak diadakan di Kuala Kangsar. Syukur dapat masuk separuh akhir. Buat anak didik aku, aku tabik dengan semangat dan ketahanan mental kalian.

Tapi cara persiapan tempat macam biasa jer. Minum air batu konsong je yg ada. Macam peringkat kampung jer layaknya. Apa yang didengar sungutan menyatakan "bajek ciput" duit tak der. Maksudnya peruntukan kecik dan buat persiapan kecik jer. Nak buat tuntutan pun rasa cam gayat jer.....

kata pak long : Majulah sukan untuk negara.

Ahad, 10 April 2011

Keputusan Kontest Pak Long

PENGUMUMAN pemenang kontest hadiah misteri pak long.



Tempat Pertama :




Tempat kedua :



Tempat ketiga :



Tempat keempat :
Tahniah buat semua pemenang. Pada pemenang sila tinggalkan nama, alamat penoh dan no anpon di email pak long....
paklongcikgu@yahoo.com


Pada semua yang menyertai kontest ni, pak long ucapkan terima kasih bebanyak. yang tak berjaya cuba lagi. mungkin masa depan ada rejeki.

Khamis, 7 April 2011

ITU JODOH kita....


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


kata pak long : kalau dah jodoh, tak kemana...

Rabu, 6 April 2011

Tahun Gemilang Buat Aku

Gembira Dengan Kalungan Hadiah.


6 April , 2011

Karnival Sepak Taraw Kerian yang berlangsung selama 2 hari yang bermula 5 - 6 haribulan . Ia berlangsung di Dewan Sek. Men Teknik Kerian, Bagan Serai, Perak.

Karnival ini mengumpulkan semua jaguh 12 tahun sepak takraw. Pertandingan diadakan bagi memilih siapakah yang layak mewakili kerian untuk ke kejohanan sepak takraw bawah 12 tahun Negeri Perak.

Sekali lagi tuah berpihak pada kumpulan bimbingan aku. Sapu bersih semua ketegori. Sek. Keb. Gunong Semanggol johan bagi ketegori kumpulan dan antara regu. Terima kasih banyak buat anak didik aku. Aku cukup bangga dengan kejayaan ini. Tanpa kerjasama kalian siapalah aku.

Dah menang tentu la aku belanja sakan mereka makan KFC. Melihat kerenah mereka layan KFC aku cukup bahagia. Inilah hadiah termampu aku bagi pada kalian. Jasa kalian amat aku hargai.

kata pak long : moga ada anak buah aku jadi pemain negara.


Selasa, 5 April 2011

Guru Oh Guru


Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar. Oleh itu, guru berusaha sedaya upaya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Namun demikian, mendidik biarlah mengikut syariat ISLAM. Jangan jadikan nafsu amarah menguasai diri ketika mendidik.

kata pak long sifu : Tepuk dada tanya IMAN.

Sabtu, 2 April 2011

Rahsia 13



Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan …..


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

kata pak long: sebagai peringatan buat diri ini.

Jumaat, 1 April 2011

Senarai Peserta Kontest

Salam....

terima kasih banyak pada yang sudi joint kontest ni...

Ini adalah senarai terkini peserta kontest.


http://villakejora.blogspot.com/2011/03/contest-misteri-pak-long-contest-sulung.html

http://impianaintan.blogspot.com/2011/03/cuba-nasib.html

http://azilas.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://ady-shariz.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://syu90contest.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://nabila-suka-contest.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://ajumohit.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://kaklongsha.blogspot.com/2011/03/contest-hadih-misteri-paklong.html

http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://dvillahati.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://bambam-addicted.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://taufikmaria.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-pak-long.html

http://lovelygiveaway.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://contestngiveaway.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://lovedoublef.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-paklong.html

http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/03/contest-hadiah-misteri-pak-long.html


kata pak long : masih ada masa lagi nak joint kontest ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...