Kengkawan ( المرافقون )

Khamis, 7 April 2011

ITU JODOH kita....


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


kata pak long : kalau dah jodoh, tak kemana...

16 ulasan:

PCL berkata...

yg tak leh tahan tu..kita baru sebut 'coklat' jer dia boleh gelak guling2..taktau la...tang mana lawaknya tu...

Lieynanilaz berkata...

nice n3...buat pedoman..:)

kella berkata...

saya sayang jodoh saya! terima kasih.. :)

.Dilla Nur. berkata...

ngah tgu jodoh...hehehe... :)

ibuintan berkata...

as salam Pak Long,

kalau dari mula kenal dah serasi insyaallah itulah jodoh kita walaupun dia bukan yang dicari-cari

pak long berkata...

salam buat pak cik lee..
pelik kan..hahahaha

pak long berkata...

salam buat L....
moga ada hikmahnya...

pak long berkata...

salam buat K...
moga jodoh berkekalan

pak long berkata...

salam buat dilla...
sentiasa mendoakan moga dipercepatkan jodoh

pak long berkata...

salam buat II...
betul dan tepat sekali..

karatz berkata...

waduh2 pak long.main ayat cinta skunk.kekekeke

kadang2 Allah cuma bagi apa yang kita perlukan,bukan apa yang kita mahu.boleh jadi apa yang kita mahu tak elok utk kita.

pak long berkata...

salam buat karatz..
teringat zaman cintan..hehehe

PCL berkata...

memang x penah bosan pn hidup bersama suami ku..hehehe eh malu la plak...

@mamadiana

cunndaa berkata...

ikan di laut...asam di darat....
dalam kuali, bertemu juga...heehhee

missgee berkata...

Pak Long,
Saya belum bertemu jodoh..
Penat menunggu tak datang2..
Tapi tetap sabar
dengan penuh harapan :)

shamyheart berkata...

kite belum berjodohan tapi akan datang tu, walallah hu alam

kite ada jugak buat entri pasal ni.

ini linknya:
http://sha-myheart.blogspot.com/2011/06/8-petanda-dia-jodohmu-mungkinkah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...