Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 19 Mac 2013

KSSR dari pandangan cikgu paklong

Persoalan mengajar cara KSSR....rasanya masih kabur bagi paklong...tak tahu apa sebenarnya yg nak dicapai....kalau pi kursus dok cerita bab OBJEKTIF, RASIONAL...tapi tak pernah JU yg buat kursus ajar macam mana nak buat eviden BAHASA MELAYU dan praktikalkan kerja tu...setakat teori..memang senang...

Tapi sebab cikgu ni org pandai atau yg memandai-mandai tunjuk pandai....gagah jugak buat walaupun kekaburan masih belom ada pencerahan.



Fail yg rencam dan tiada panduan KHAS dlm menyediakan fail...
Belom lagi dengan pengisian onlinenyer...



Ni la persoalan yg perlu difikirkan....

persoalan paklong : sapa la yg cipta menda alah ni...

Selasa, 9 Oktober 2012

KSSR : apa cer sebenarnya

Dulu kita kata KLSR...kemudian diolah jadi KBSR...
terkini
Macam kat bawah ni.



Berbicara bab ini, ramai guru dihantar berkursus untuk KSSR. Cerita yang dapat dari JU memang manis dan cukup gebu. Tapi pabila kita lihat kat sini banyak yg tak paham. Setelah pening dengan PPSMI yg tak tau sudah ceritanya. Kini memutar pulak pening dengan KSSR.


Kesimpulan yang pak long nak kata ialah : apa sebenarnya hala tuju KPM...

Selasa, 25 September 2012

ala kadar


12-9..... hari lahir..sambut ngan anak-anak n isteri terchinta.


Ahad, 25 Mac 2012

Menjala Gagau

Lama betul aku tak menjala gagau ni....kesempatan cuti sekolah dan air parit kering....aku menjala gagau...sekarang ni tak berapa banyak ikan....mungkin faktor penggunaan racun kot....sepat sekarang ni pun tak besar sangat...cukup la setakat nak lepas "gian" makan ikan darat....sepat ni kalau dikari...fuhhh memang mables...

video

kata paklong : Jom la menjala...ada berani..

Ahad, 19 Februari 2012

Johan Lagi...

syukur...berjaya juga hajat aku nak jadi johan sepak takraw.ini adalah kemenangan paling manis untuk aku kali yang ke8 berturut-turut.terima kasih banyak buat anak buah aku....kejayaan anda adalah kejayaan aku.buat pasukan bola sepak sekolah.cuba la jadi johan.aku cabar ni.nampak jurulatih bersemangat sangat.buat la kejutan aku nak tengok.jangan nak sembang jer...

kata paklong: lakukan semua kerja dengan keikhlasan

Sabtu, 18 Februari 2012

KSSR Bahasa Melayu Tahun 2

salam semua... lama tak selenggara blog...dah bersawang rasanya blog ni... kali ni nak buat ent3 ala-ala kementerian pendidikan.... buat BAND mengenai bahasa melayu tahun 2....ni pun menda
boleh pening jugak..dari nak sedia bahan sampai la buatkan fail....

aku nak cadangkan..sapa yang buat kertas kerja ni lain kali....datang sekolah buat praktikalnya...baru tau umphhh nya kertas kerja yang dicipta ni...



kata paklong : buat kertas kerja senang...nak realisasinya mencabar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...