Kengkawan ( المرافقون )

Ahad, 23 Mei 2010

Memang Ada Makna Pada Nama.

Salam siaran. Macam pengacara Tv pulak aku. Tu la cita-cita nak jadi pengacara tapi rejeki ada pada cikgu. Pada entri kali ini Aku nak bawakan dua petikan…..

”Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah,Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.

Berdasarkan kepada petikan itu lah aku rasa terpanggil untuk berbicara tentang Salsilah nama-nama yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Semua kita sedia maklum bahawa beberapa nama penting dalam lingkungan penghidupan Rasullulah.

Aku senaraikan dua nama penting iaitu :

1. Halimah - ibu susu Nabi

2. Fatimah - Anak Nabi.

Dua nama ni sekarang sudah dinodai dengan panggilan yang cukup biadab. Kita dihebohkan dengan cerita “HALIMAH JONGANG”.

Aku kurang arif kenapa nama sehebat itu boleh dipermainkan sewenang-wenangnya. Kalau kurang ilmunya, Tanyalah dahulu pada yang lebih arif. Ini tidak, main hentam sahaja mengikut ilmu dangkal mereka. Sepekara lagi, ISLAM melarang kita meletakkan gelaran yang tidak elok pada nama seseorang. Ini pulak nama SEMEGA itu boleh diletakkan gelaran yang cukup meloyakan.

Paling mengaibkan, orang yang membuat cerita ini keluar dalam slot rancangan TV dan menyatakan pendiriannya dengan berkata itu-ini. Alasan bangang itu disuarakan dengan penuh bangga. Ini lebih menampakkan kebodohannya dalam soal nama-nama tersebut.

Dengar ura-ura kata nak buat cerita ”FATIMAH JULING”. Aku rasa hairan, punya la banyak nama atau gelaran yang elok, mengapa itu jugak yang dipilih. Betul la kata arwah mak aku, kalau benda tak elok ni cukup seronok kita lakukan.

Aku bagi bayangan , kalau kita buat cerita ”SIKERA JONGANG”. Itu pun dah rasa kurang enak apatah lagi nama-nama mega kita perlakukan sedemikian.

Akhir kalam : Aku menulis bukan kerana NAMA.

39 ulasan:

NAZ berkata...

ahahaha kelakar tAPi dalam iman hati terbakar

Misz berkata...

salam
jgn main2 dgn nama...
sebab tu pesan utama seorang tua ialah..JAGA NAMA KELUARGA...

wallaualam..

pak long berkata...

salam buat naz...
betul kata naz tu....kena sensitif bab ni...

pak long berkata...

salam buat misz...
tepat dengan kata-kata misz tu...
dha dipesan oleh org tau...
jaga NAMA...maka nama tu penting..

najihah berkata...

orang drama tiada sensitiviti,
keuntungan masuk kocek sendiri

yang kene hina insan bernama fatimah,halimah
yang kene ejek si jongang,si juling..

:(

pak long berkata...

salam buat tukang kata...
tu la kalau duit yang jadi hambatan...nilai dan akhlak tak dipeduli...
mekasih banyak singgah kat blog kita.

ISZA berkata...

pandai guna nama orang tapi x kaji sejarah dan natijah.. kenapa dia tak ubuh nama sendiri yer? Pinjam artikel boleh?

tehr berkata...

setuju dengan cikgu isza

kenapa tak guna nama sendiri? pastu letak juling ke, jongang ke, bangang ke kat belakang nama sendiri tu

nak tengok juga kalau ada...

azieazah berkata...

Orang yang tak pernah kena ejek nama, memang tak rasa...

Tanpa Nama berkata...

salam..

x setuju jugak dengan penamaan cerita mcm itu. boleh jadi bahan usikan, bahan ejekan..

Aida Ali berkata...

Tak baik ejek-ejek nama orang tau!

missgee berkata...

Pak Long..
Saya paling marah n menyampah
bila ada budak sy nyanyi lagu
Halimah Jongang..

Mereka seperti dididik untuk
mengejek orang..hurmmm

pak long berkata...

salam cikgu isza..
betui jugak kan..penerbit tu pun pompuan jugak..naper tak letak nama dia jer...baru la dia tau macam mana rasa..

pak long berkata...

salam buat tehr...
betui tu ....kalau penerbit tu letak nama dia...pak long ingat letak belakang bangang..tentu lagi lawak kan...sah meletop citer tu...

pak long berkata...

salam buat azie...
tu la..kalau tak kena batang tubuh sendiri tak pa..kena pada batang tubuh sendiri baru tau langit tu tinggi ker rendah.....

pak long berkata...

salam buat red...
kita patut boikot jer citer macam tu..

pak long berkata...

salam buat kak aida..
tu la kan kak...tak sensitip langsung bab ni..

pak long berkata...

salam buat missgee..
pak long rasa nak marah jugak kalau bebudak nyanyi lagi tu...paling geram masa corus lagu tu...bebudak siap gelak / ketawa lagi..

al-mankaraqi berkata...

salam ziarah.......

Unknown berkata...

tulah depa ni suka jer nak main2 kan nama org..itu sbb bila bg nama anak makna tu penting

ISRATUN IDRIS berkata...

betul lah paklong.... nama baik tu... ingat nak beri nama anak nanti fatimah... tapi bila dijaja fatimah juling ni takut juga jadi doa bila selalu disebut....

Tanpa Nama berkata...

memang sy x layan pn cter halimah n fatimah yang ada kt tv tu!

zulkoa berkata...

ha'ah la..kita lak xleh pisahkan dunia nga islam ni..

org kate sekular tu memisahkan islam nga keduniaan.paklong tlh membuka mata sy.~

mekasih..=)

cik helena berkata...

tulah paklong..susah nak cakap pasal hal nih.yg ;pihak sana mati2 pertahankan,cube nama dorang yang digunakan..

pak long berkata...

salam buat al-man
mekasih banyak singgah..

pak long berkata...

salam buat POSH71..
benar apa yang posh kata tu...makna nama anak cukup penting...

pak long berkata...

salam buat isratun...
haah kan dah jadi badi lak nak letak nama anak dgn nama yang baik tu...

pak long berkata...

salam buat cik Red...
Idup cik ReD....
appy selalu

pak long berkata...

salam buat cik ubi...
moga kita bersama dapat hikmhnya...

pak long berkata...

salam buat cik hel...
tu la..nama toke tu tak nak letak panggilan yang kaw-kawnyer...

CITY® berkata...

salam paklong,

saya mmg tak pernah setuju dengan tajuk2 cerita or lagu yang menghina mana2 nama or individu nih
walau untuk gurauan tapi,
cuma berfikir dipihak mangsa yang punya nama dan kekurangan itu?

hmmmmmmmmmm
pasti terasa dan sedih dan terhina kan

maaf lama tak singgah sini
banyak sangat masalh dan rajukan
hahhahaha

Nida n' Hanafi berkata...

nama umpama doa bagi tuan punya diri..

pak long berkata...

salam buat cik biru...
betul apa yg cik biru katakan tu..kita tabik la ngan cik biru

pak long berkata...

salam buat nida..
tepat apa yg nida kata tu...akan jadik doa..

Unknown berkata...

salam pak long..mmg da ade citer fatimah juling tuh..rasenye,die tak pikir dari sudut tu..die pikir dari sudut nama yg dieorang anggap klasik dan boley buat org sume gelak..ish2...

pak long berkata...

salam buat shima..
susah kan shima kalau buat sesuatu tak mikir..

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu, apa khabar.

Itulah islam menyuruh kita memberi nama yang baik pada anak-anak kita sebab nama tu yang akan dipanggil di padang mahsyar kelak.

syahira ariff berkata...

diam tak diam ada agenda tersendiri
kita gelak gelak kita tak ingat itu adalah nama besar dalam islam

thanx for sharing
=]

ween berkata...

lagu or cerita mcm tu seharusnya di band kan saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...