Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 28 Februari 2011

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


pesan pak long : makan selagi selera masih ada.

Ahad, 27 Februari 2011

KAKPAH GIVE AWAY

Sempena anniversary, kakpah akan membuat satu GIVE AWAY.

Tu dia pengumuman yang kak pah buat…


Dengan ini aku nak meriahkan GA anjuran kak pah. Ni la toke AULAD JANNAH yang fofular tu. Nampak hadiah cantik sangat. Aku kalau dapat hadiah yang kat bawah ni memang best.


Buat kak pah....terimalah pantun GA spesel ni..

Pergi sungaiway makan kepah,

Isi benang dalam almari,

Masuk gaveaway anjuran kak pah,

Nak menang hadiah cantik berseri,


Aku TAG 3 orang rakan blog...

1. http://chekguisza.blogspot.com/ ( cikgu isza )

2. http://faish5807.blogspot.com/ ( faish )

3. http://norgadis.blogspot.com/ ( nor gadis labuan )



"Kak pah....kita minat dengan identiti sain kak pah ni...cun sangat.."

Tarikh tutup GA adalah pada 12 Mac 2011

Nak join GA ni...pi la kat:-

Blog Raudhatul Jannah


kata pak long : berkenan dengan hadiah GA tu....

Sabtu, 26 Februari 2011

Virus penyakit MALAS


Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku


Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap
malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Raja pun terdiam.

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
Budak itu pun menjawab : "Nak cerita pun malas"

*************************************************************************************
Do’a yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Ummamah :

Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasai, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.


“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)


kata pak long : Malas ni sebenarnya tak dak ubat.

Khamis, 24 Februari 2011

Gempa Bumi - ujian, teguran dan azab

Kita sebagai umat muslim harus memandang kejadian ini dalam perspektif Islam, adapun menurut para ulama ada tiga pandangan islam dalam suatu bencana, iaitu:

1. Ujian dari Allah SWT.

Iaitu Allah menurunkan musibah atau bencana kepada makhluk-Nya yang beriman kepada-Nya sebagai ujian terhadap keimanan seseorang, apakah ia akan tetap istiqamah terhadap keimanannya. Karena di dalam Al-Qur’an diterangkan bahwa “Apakah engkau mengaku bahwa dirimu beriman, sebelum diturunkan kepadamu suatu cubaan.”

2. Teguran dari Allah SWT.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap para makhluk-Nya, Dia tidak akan tega melihat hamba-Nya yang masih mempunyai iman walaupun sedikit untuk larut dalam perbuataan dosa dan pelanggaran terhadap segala peraturan Allah SWT, makanya Allah SWT menegurnya dengan bencana supaya hambanya yang selamat bermuasabah diri tentang kesalahannnya kemudian bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

3. Azab dari Allah SWT.

Azab diturunkan Allah SWT kepada kaum yang nyata membangkang dan betul-betul tidak mahu menerima Ajaran Allah dan para Nabinya. Dalam hal ini Allah betul-betul Maha Kuasa untuk menghancurkan suatu negeri tanpa sisa, seperti yang diceritakan dalam Al-Qur’an yaitu kisah-kisah kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Luth, Penduduk Madyan atau kaum Nabi Syuaib. Yang diturunkan banjir dasyat, gempa dasyat, petir, dan hujan batu api. Mereka semua dibinasakan (kecuali sedikit orang yang mengikuti petunjuk Rasul Allah).


kata pak long : Ini adalah untuk peringatan diri sendiri supaya lebih berINGAT.

Selasa, 22 Februari 2011

Kamus Bahasa Banjar

Nama benda-benda berikut dalam Bahasa Banjar :

1. A : Rantang.
Dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Sia Bertingkat.

2. B: Rinjing
Dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Kuali.

3. C: Tuangan bahulok
Dalam Bahasa Melayu disebut acuan bahulu.

4. D: Cirat
Dalam Bahasa Melayu disebut cerek.

kata pak long : nanti entri akan datang belajar buat ayat pulak....

Isnin, 21 Februari 2011

FACEBLOG

Kalau kaler biru facebook tapi yang ni kaler Pink. Waaaa....menda baru aku jumpak. Masa jenjalan kat blog GKSB aku baca entri tentang simbol kat atas tu. Aku pun terus xplore site ni.
Nampak macam best jer blog ni. YESzaaaa....Ni la Faceblog yang mengumpulkan para blogger. Nak tahu lebih lanjut layari Faceblog. Aku nak citer banyak pun aku tengah xplore faceblog ni.

MATLAMAT FACEBLOG:
DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA.

kata pak long : benda baik kena kongsi. Jom sertai faceblog

Ahad, 20 Februari 2011

LUCAH..Betul ker ..


Tengok HEADER pun dah gempaq. Tapi blog ni memang aku suka dan gempaq gilers. Ingat....aku kata gempaq dan best bagi aku....kita semua tak sama. Nanti kalau aku promote kata best ada lak insan mencebek bibir kata..cis tak der hapa pun. Cuba tengok dulu...abg suka boleh baca..abg tak suka boleh cari lain tempat ok.

Aku sebenarnya dah lama mengikuti perkembangan blog ni. Tu dia tuan empunya blog. Memang sensasi dan dasat. Nanti aku ceritakan mengapa dan kenapa aku mengatakan hebat dan dasat blog ni.

Sekarang ni masuk hujah aku mengatakan blog ni memang best....

1. Penggunaan kata ganti nama yang hidup dan sesuai dengan jalan cerita.
Penulis menggunakan kata ganti nama "ahkak". Dengan panggilan ini jalan cerita semakin hidup, apatah lagi semasa kita membaca tu kita sebut ala-ala Fauziah Ahmad Daud sewaktu mengacarakan melodi. Memang lucu dan boleh tersenyum sendiri.

2. Pemilihan tajuk yang sesuai dan jalan cerita.
Tajuk yang paling aku suka adalah seperti gambar kat bawah tu. Memang kelakar gila. Ni aku copy beberapa ungkapan yang cukup lucu...
"Tetengah berak, tetiba ada jahanam mana tah lontar mercon papan dalam jamban..melompat la member kat dalam tu."

Petikan ni aku boleh banyang sebab aku jugak pernah rasa macam mana penulis rasa. Jadi jalan ceritanya cukup teliti dan hidup apabila dipersembahkan pada pembaca. Aku memang suka.


3. Penggunaan bahasa loghat dan slang semasa.
Kesemua cerita yang diolah menggunakan bahasa pasar dan bahasa kolokial. Oleh itu memang hidup cerita yang diolah. Rencah bahasa yang sedemikian aku suka baca cerita dalam blog ni. Aku perturunkan beberapa contoh cerita yang aku minat...antaranya ialah



ni aku bagi contoh penggunaan bahasa yang sememangnya menghidupkan cerita...

1. "ai don loike Minion ok..nakal sangat..kekadang bila ahkak baring depan tibi,"

2. "Makan secara gembira, gelak gelak ngan laki, jadi nasik hadam cepat, sebab kunyah lelama"

Aku memang tabik dengan penulis blog ni. Beliau memang kreatif, percambahan idea yang hidup dan gaya penulisan kreatif yang cukup hebat.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut pergi la layari blog


Kata pak long : Bahan penulisan kreatif macam ni banyak nilai estetikanya.

Sabtu, 19 Februari 2011

25 info tentang aku...

Jenjalan kat blog Fa10. Baca jawapan TAG dia. Memang best. Diakhir kalam dia mencatat.....sapa baca entri ni buat la TAG. Jadi best jugak TAG ni…maka aku jawap la TAG ni…25 info tentang diri aku...


1. Nama : Karim b. Ishak – nama paklong sebab yg sulung dalam keluarga


2. Status : berkahwin – dengan sorang misi.


3. Negeri asal : Perak – Selinsing spg 4 semanggol.


4. Pekerjaan : Guru sek rendah jer.

5. Tahun mula mengajar : Januari 1988. Di Tanah merah kelantan


6. Jawatan sek sekarang : Guru biasa – Guru berperot besar....hehehehe

7. Hobi : Hobi jadi duit – tangkap ikan dan jual..dapat duit

8. Kelebihan : Boleh buat keja kampong…mai la keja apapun


9. Bilang keluarga : 2 orang….keluarga kecik


10. Pekerjaan Mak-ayah : buat bendang dan keja laut

11. Keja kalau waktu cuti : pi kelaut atau memukat ikan sepat

12. Perbezaan dulu dan sekarang : Dulu slim..sekarang 4 kali ganda..hehehe

13. Barangan Jenama: memang suka barang ada brand….terutama barangan adidas.

14. Saiz pakaian : sekarang ni XXXL…

15. kengkawan rapat : kat sekolah ada sorang…skrg keja kat Ipoh.



16. Prinsip hidup: semua menurut syariat ISLAM

17. Sikap kebapaan : memang ada..sebab tu boleh ajor sek rendah.


18. Pegangan dalam hidup : kita orang tak suka susahkan orang.

19. Pakaian kenangan : baju jemana adidas…skrg harga dah mahal sangat

20. Pakaian kerja: pakaian PJ sebab ajor PJPK.

21. Pakaian jalan-jalan : yang sesuai…suka sluar trek dan baju T

22. Persiapan perayaan : buat yang mana wajib jer..

23. Pendapat tentang isteri : suka situasi menang-menang

24. Tarikh perkahwinan : 23 Disember 1992.

25. Bilangan anak : 3 jer..dah tutup kedai.


"sapa yang baca TAG aku ni....maknanya anda sudah di TAG."

Kata pak long : kalau kena TAG...paham-paham jer la...kena buat la tu...

Jumaat, 18 Februari 2011

Lucu Tapi Ada logiknya....


Perbahasa lama : habis madu sepah dibuang.
Perbahasa moden: habis madu sepah dikitar semula.

Sekali imbas kita membaca peribahasa yang diolah semula itu nampak kelucuannya. Namun demikian jika kita melihat secara lebih mendalam atau melihat dengan mata hati, peribahasa lucu itu ada kebenarannya. Kalau zaman dahulu tiada istilah "kitar semula" maka sepah akan dibuang. Teknologi yang terkini dan kajian demi kajian menyebabkan banyak benda yang dikitar semula. Antaranya kertas, botol plastik dan kaca serta besi buruk dikitar semula untuk menghasilkan barangan baru sebagai kegunaan kehidupan.

Kitar semula juga boleh menimbulkan pelbagai kebimbangan kepada masyarakat. Kebiasaannya kitar semula dilakukan kepada benda yang tidak digunakan tetapi sekarang ini benda yang elok juga dicuri untuk dikitar semula. Lihat sahaja gambar di atas, pihak Telekom Malaysia terpaksa membuat alat khas sebagai langkah mengelakkan kabel telekom dikitar semula oleh manusia yang tidak bertanggung jawab.

Pesan pak long : hidup ini jangan suka menyusahkan orang lain.

Khamis, 17 Februari 2011

1st Giveaway Sayangku Faish


aku nak joint kontest anjuran blog sayangku faish. mana tau kalau ada rejeki.
lama dah tak menang GA. Harapharap kali ni "ong" ada mari.

Aku nak tag seorang sahabat blogger aku.....


Jom kita meriahkan kontest ni.
layari blog ...sayangku faish

kata pak long : kalau menang, hati senang.

Rabu, 16 Februari 2011

Pengakuan Ikhlas.....

PENGAKUAN IKHLAS !!!

DENGAN HANYA BERMODALKAN RM 360.00

APA YANG SAYA BOLEH BUAT.......





1. Dengan "menjointkan" diri melalui program jualan terus. Aku rasa dengan duit yang aku ada alamat lebur macam tu la.Aku bersusah payah pulun cari mata, yang diatas kaya raya. Ni menang kes naya.


2. Buat bisnes klik-klik diinternet atau e-bisnes. Ni lagi satu usaha yang nampak macam kabur jer. Setakat boleh buat email untuk pesbok, buat blog yang sampoi. Jangan harap la boleh buat bisnes dalam internet. Baik duit tu aku beli pukat, sah boleh mukat ikan sepat.


3. Yang ni aku rasa logik sikit. Sebabnya setakat ni aku masuk tak der la lagi kena kencing. Boleh jugak la beli ikan sardin tin untuk makan tengah hari.

KESIMPULANNYA:
Berhati-hati untuk buat duit. Dan tidak ada manusia dalam dunia ni yang banyak duit nak ajak kita senang-senang dapat banyak duit macam mereka. Kena usaha mengikut keupayaan kita.
Akhirnya kalau dah banyak duit...
"JANGAN LUPA BERZAKAT".

kata pak long: Buat benda yang termampu oleh kita.

Selasa, 15 Februari 2011

Cuti Maulidur Rasul 1432H

Assalamualaikum.....
Pak long mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. moga ia memberikan hikmah buat kita semua.

Dikesempatan ini aku nak kongsi ilmu yang aku dapat dari kiriman email sahabat aku. Inilah petikan email tersebut :-

Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A'war, Masuth, Dasim dan Zalambur.
  1. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah,
  2. A'war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina,
  3. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampur-adukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah,
  4. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri dan
  5. Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar

Kata pak long : peringatan ini khas buat diri Pak Long.

Isnin, 14 Februari 2011

Imaza93 1st Giveaway




Hola....ni nak habaq mai, yang aku diTAG untuk joint kontest ni.


Tu dia gambaq header tuan empunya kontest. Sungguh chantek, kreatif dan seni (ayat skima bodek).Kontest ini diadakan bersempena followers nya yang ke 500. Aku jadi follower yang ke 517.Diharap dengan adanya kontest ni followersnya terus bertambah. Kawan ghamai,hati pun damai.


syarat lain yg perlu aku lakukan ialah....."Tag 2 orang kawan blogger"
Dengan penoh takzim aku tag 2 orang sahabat blogger aku,
mereka ialah......






Tarikh tamat :
13 Feb 2011-13 Apr 2011 .

jom kita meriahkan kontest ni.
Untuk jonit kontest ni, layarilah

Ahad, 13 Februari 2011

60kmj laju sangat ker....?

video

Bercakap bab saman ekor laju ni ada positif dan negatifnya. Kalau saman ekor laju dengan kelajuan 200Kmj tu betul la. Memang laju pun dan cukup berbahaya. Tapi yang paling aku “ralat” kena saman dizon had laju 60Kmj. Saman yang dicatat 70Kmj. Punya la rasa tak puas hati.

Aku rasa kelajuan 60kmj tu patut dikaji semula. 60kmj slow sangat. Tak tau la kalau org tak biasa bawak kereta. Aku rasa tak dak manusia yang bawak dengan kelajuan macam tu. Kekandang tu kawasan had laju 60 kmj ni jauh sangat sempadannya. Aku berdoa bahawa kelajuan 60kmj ni patut dinaikkan kepada 70kmj. Tu aku rasa sesuai sangat.

pesan pak long : bawak kereta leklok....

Sabtu, 12 Februari 2011

Pelayan Bogel....

Rekaan Penulis Semata-mata.

Nah….tengok tajuk dah gempaq. Tapi ni semua rekaan semata-mata. Tak der kaitan yang meniaga atau yang di IPTS. Ini adalah gambaran apakah perasaan kita bila melihat tajuk sedemikian saban hari berada dikhalayak. Walaupun rekaan, kesan tajuk yang "ala-ala biru" macam ni boleh melariskan perniagaan. Dan kita tahu bahawa tajuk panas ni letak la mana pun pasti akan jadi tumpuan. Ok caw dulu....rogger and out...


Kata pak long : Apakah kesan pada bebudak bawah umur...?


Jumaat, 11 Februari 2011

Kalau anda dilahirkan pada….

Entri kali ni sambungan sigmen "saja suka-suka". Kalau anda dilahirkan pada...Nak tahu yang lepas ( klik sini ). INGAT....ni suka-suka sahaja, bukan realiti.

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

Pesan pak long : Apapun yang dilalui sudah ketentuan ILAHI.

Khamis, 10 Februari 2011

Hadiah Menarik dari blog Mustaffa Baharudin

Blog Pemurah

Jauh berjalan luas pandangan, banyak pengalaman dan murah rezeki. Tepat la peribahasa ni untuk aku. Pi dekat blog azilas. Memang banyak info yang aku dapat. Tapi paling best aku dapat info tentang pemberian hadiah dari blog mustaffabaharudin.


Blog kat bawah ni aku dapat sumber




ni petikan kenyataan tentang simplenya entri

blog Mustaffa Baharudin

BLOG ni memang simple. Sesimple oder roti canai. Buat jer komen dah boleh menang hadiah. Ni baru real nak bagi hadiah. Tak la memeningkan. Aku memang tabik la dengan tuan blog ni.


Jom kita pakat jengok dan komen blog Mustaffa Baharudin, mana tau komen banyak kita boleh menang hadiah misteri.


Kata pak long : senang menang, hati senang.

Rabu, 9 Februari 2011

Kalau Anda Dilahirkan Pada.......


Entri kali ni dinamakan sigmen "saja suka-suka". Saja nak tengok tarikh lahir dan apa makna disebalik angka tarikh lahir anda. INGAT....ni suka-suka sahaja, bukan realiti. Bahan ni sahabat aku bagi kat email, 2 minggu lepas. Banyak bilangan angka yang diberi. Tapi kali ni aku buat 3 siri dulu.

1. Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.


2. Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb

Anda disukai ramai kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga


3. Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.


kata pak long : yang baik dijadikan ikutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...