Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 18 Februari 2011

Lucu Tapi Ada logiknya....


Perbahasa lama : habis madu sepah dibuang.
Perbahasa moden: habis madu sepah dikitar semula.

Sekali imbas kita membaca peribahasa yang diolah semula itu nampak kelucuannya. Namun demikian jika kita melihat secara lebih mendalam atau melihat dengan mata hati, peribahasa lucu itu ada kebenarannya. Kalau zaman dahulu tiada istilah "kitar semula" maka sepah akan dibuang. Teknologi yang terkini dan kajian demi kajian menyebabkan banyak benda yang dikitar semula. Antaranya kertas, botol plastik dan kaca serta besi buruk dikitar semula untuk menghasilkan barangan baru sebagai kegunaan kehidupan.

Kitar semula juga boleh menimbulkan pelbagai kebimbangan kepada masyarakat. Kebiasaannya kitar semula dilakukan kepada benda yang tidak digunakan tetapi sekarang ini benda yang elok juga dicuri untuk dikitar semula. Lihat sahaja gambar di atas, pihak Telekom Malaysia terpaksa membuat alat khas sebagai langkah mengelakkan kabel telekom dikitar semula oleh manusia yang tidak bertanggung jawab.

Pesan pak long : hidup ini jangan suka menyusahkan orang lain.

18 ulasan:

kella berkata...

TM kerugian berjuta juta dek kerana mereka yang hidup suka menyusahkan orang! hmmmmm...
betul.. hidup ni jangan menyusahkan orang kita susah takpe.. :)

cikgu isza berkata...

kalau barang boleh dikitar semula.. sepah manusia?

pak long berkata...

salam buat kella..
terima kasih singgah blog pak long..

pak long berkata...

salam buat cikgu..
bujang sepah jadi raja lawak...hehehe

A.s.t.i.n.a berkata...

Walau ramai yg dah kena renjatan curi kabel tnb, makin ramai pula yg terlibat aktiviti ini...

pak long berkata...

salam buat astina...
mereka ni syok kot kena renjatan karan tu..

garfield88_aini berkata...

kitar semula yang mengarut mmg banyak berlaku tapi kitar semula yang berfaedah sapa la kisah sangat...

pak long berkata...

salam buat ani..
haah kan..tak der sapa yg kisah...

misznanarizal berkata...

tapi kan sekarang ni macam dh kurang je perkara2 kitar semula ni. dulu bukan main berkobar2.

deqlis berkata...

betui tue pak long..

lagi satu org suka curi
bhgn atas pagar tue... satu2x di kebas , sampai licin...

Pak Long jon join GA nie
http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/02/inspire-designs-1st-giveaway.html

MOBYDICK berkata...

Pesan ambo pulak,hidup kena ambik kisah tentang orang lain

|| NaFiRaa || berkata...

nampaknye kitar semula telah di salah gunakan~ dh tu menyusahkan semua org plak.. memang patut bagi hukuman berat pada mereka yg buat keje x berfaedah nih!!

AYuNG berkata...

macam2 skang nih!

tp, ayung suka ngan pesan paklong tuh..:D

EJA berkata...

haha..memang patut kerajaan buat begitu untuk mengelakkan kecurian..rakyat malaysia mmg kreatif bab curi2 barang ni..malaysia boleh katakan..hihi

maiyah berkata...

assalam.. ini org2 yg terdesak dek kebodohan :(

Mak Su berkata...

sy hrp brg2 yg berkaitan ngan tiang letrik or telekom tu toksahlah dikitar semula, takut2 rentung ker hapa ker... nauzubillah

Berto berkata...

hrmm, mahal bebenor ke kabel telekom ni smapi ramai nak merembatnya. Brapa agaknya boleh untung ye?

ALoNa CintamaniszLite berkata...

kat area umah sy..setiap bln..pasti ada pemotongan kabel TM oleh orang2 yg tak bertanggungjawab. Maka, kitorang sbg pengguna TM teruk ler nak nunggu kontraktor TM dtg psg penyambungan wayar yg baru selama berhari2!!!

Tp alhamdulillah, rasanya 2bln yg baru ni..takde lg. Mgkn pencuri tu dh kena tangkap...atau dh cedera masa curi kabel TNB ke..ntah ler..
Hrp2..takde ler dh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...