Kengkawan ( المرافقون )

Sabtu, 26 Februari 2011

Virus penyakit MALAS


Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku


Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap
malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Raja pun terdiam.

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
Budak itu pun menjawab : "Nak cerita pun malas"

*************************************************************************************
Do’a yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Ummamah :

Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasai, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.


“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)


kata pak long : Malas ni sebenarnya tak dak ubat.

16 ulasan:

A.s.t.i.n.a berkata...

Alamak Paklong ..

bole pulak bermegah paling malas yer mereka nehh :)

Zura berkata...

hahaha...yg last tue mmg pemalas yg amat...

pak long berkata...

salam buat astina..
sebab pertandingan...tu yg buat cam tu..hehehe

pak long berkata...

salam buat zura..
betul tu....penamat paling malas...

Mak Su berkata...

giler sadis malas tahap dewa gaban, hahaha

iya, kita kena berdoa utk kekuatan diri utk elakkan kemalasan dari nafsu sendiri, tq pak long

cikgu isza berkata...

yang last tu memang tak tahan..

pak long berkata...

salam buat mak su...
malas tahap dewa ni mesti datang bila cuti panjang..hehehehe

pak long berkata...

salam buat cikgu isza..
kenyataan yg last tu kira buah maut tu...hehehehe

Nazatul shima berkata...

ermm..sy salu malas nak bangun pagi..heee...tapi, bile da bangun ok la..hehe

iza berkata...

As salam..
Kadang2 ada juga ubat malas ni...

Cari ghegih nyok, libas belakang...

pak long berkata...

salam buat shima...
bangun pagi ni...ahhhhhhhhh..memang malas...

pak long berkata...

salam buat iza...
ni real ubat malas.....boleh bengkok belakang....

fa10 berkata...

jgn malas2.. masa yg lalu x takkan berulang lagi!!
tahniah, pak long tercalon dlm senarai top 20 contest alam sekitar

pak long berkata...

salam buat fa10....
mekasih banyak singgah...buat fa10..appy sokmo

EJA berkata...

haha..mAlas nak cakapla paklong..

pak long berkata...

salam buat eja...
aikk ko pun kena virus malam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...