Kengkawan ( المرافقون )

Ahad, 31 Januari 2010

Contest blogspot template jejaktrend + Ang Pau.

Ok eldy...aku dah semak dan aku paham syarat-syarat anda tu....aku dah ikut semuanya..

kenapa aku menginginkan template dan Ang Pau......

........kerana aku tak pandai nak ubah kod dan aku takut hancus blog aku...jadi kes naya sebab blog ni aku sayang sangat.....tak tau nak ubah...ikut yang blogspot bagi jer..yang mudah- mudah........kalau eldy nak tukar latar belakang blog ni kira ok sesangat la....kalau dapat ang pau....tu kira rezeki...ONG mali ma.....aku tak pernah lagi dapat ang pau....kenangan tu.....ANG(红色- hóng sè ) mali kira ONG buat aku untuk tahun 2010...

Ok la....kalau sesaper nak joint peraduan ni sila layari blog....

Jejaktrend

Tarikh tamat contest ini ialah pada pukul 11.00 malam 13 Februari 2010

Sabtu, 30 Januari 2010

radiokita-blograkanku

Satu Usaha yang nampaknya cukup baik dan memang berbaloi....blog radiokita-blograkanku dengan usaha mengumpulkan serta menyenaraikan banyak blog yang ada di pesada maya.....susunan senarai yang kemas membuat kita mudah memilih blog yang ingin kita layari.....macam-macam ada....

Jadi aku layari blog tersebut....akhirnya setelah skrol punya skrol aku jumpak blog aku disenaraikan dalam blog ni....bayangkan aku berada disenarai sebanyak tu....jadi yang kat atas tentu banyak....
Jadi sekalong tahniah aku ucapkan kepada blog radiokita-blograkanku dengan usaha murni itu....untuk mengetahui sama ada blog anda tersenarai atau tidak anda boleh layari :

"FRIENSHIP CONTEST"

Peraduan "friendship contest " satu tanda kita memperingati persahabatan yang paling bahagia dalam idup kiter......peraduan ini dianjurkan oleh cik MarMie.....mintak "halal" copy data kat bawah tu sebab nak promosi peraduan ini...

Gambaq ni kenangan masa kursus 14 minggu OUM 2007 bertempat di IPIP....memang best kursus ni.....pada kengkawan dalam gambaq ni.....aku rindukan kalian.....cewahhh.....jiwang-bawang lak haku....

Gambar jadi pertaruhan
untuk sapa-sapa yang nak mencuba nasib sila layari blog


Tarikh Tutup : 12 FEBRUARI 2010

Jumaat, 29 Januari 2010

Lucky Draw Cik Ros

Jeng…jeng….jeng... cerita aku bermula dengan terjumpanya pertandingan yang dianjurkan oleh cik ros….nengok pic tu….aku copy untuk masuk bertanding….tapi aku rasa ia boleh dijadikan bahan Bantu untuk aku ngajar….aku pun set la bahan cik ros ni sebagai bahan Bantu mengajar aku….



Aku tayang slide pertama….nah…terpapar gambar tabung yang aku copy tu….aku pun buat la set induksi aku…Tanya murid tentang menda ni….semua jawab tabung….yes…jadi persepsi aku ngan anak murid aku sama…jawapannya tabung…jadi aku katakan bahawa ari ni aku nak ngajar tentang “Tabung Saya”



Aku picit slide kedua….kali ni terpapar susunan ayat yang tak menentu susunannya….mula aku suruh la dua-tiga org murid aku baca…lepas tu aku bincang tentang susunan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan pendek yang betul susunan wacananya….

Terang punya terang…aku pergi pulak slide ketiga…kali ni aku boldkan beberapa huruf berwarna merah…..ni aku nak ajar tentang konsep tatabahasa….kalau mula menulis atau lepas titik kena tulis huruf besar…."besarrrr punya…besarrrrr punya"..riuh satu kelas sebut menda tu..aku senyum jer..teringat iklan kat TV tu…jadi aku terangkan kepada mereka bahawa kita wajib menulis huruf besar pada keadaan yang sedemikian….


Slide terakhir aku bagi soalan pemahaman….soalan nak duga pemahaman anak buah aku….kalau lam exm ni dinamakan soalan berdasarkan petikan…wajib ada 15 soalan dalam BM kertas satu…kemudian aku suruh murid aku salin dan betulkan kesalahan tatabahasa serta menjawab soalan pemahanan…


Sebagai bahan bukti..aku lampirkan kerja murid aku….gambar atas tu la tuan punya kerja yang telah aku semak….

Last sekali setelah semua murid aku siap menyalin…aku suruh dia org baca balik apa yang dia org tulis…jadi kena la nengok vedio aku tu….tengok cam mana harmoninya kelas aku…hehehe


video

Jadi tamat la cerita aku untuk pertandingan anjuran cik ros….

Nak tahu lebih lanjut layari la blog :-

cik ros

tarikh tutup dia smpi 20/02/2010

Khamis, 28 Januari 2010

Giveaway Sempoi OYA 2010

Satu peraduan giveaway telah diadakan oleh sebuah blog yang sempoi dan gegar....tu ha blog kat bawah tu.....
Hadiah-hadiah istimewa menanti anda.....jom joint ramai-ramai bagi memeriahkan peraduan GAVEAWAY ni....


Untuk keterangan lanjut layari blog :

jomlah join sebelum 15.02 coz last day 14.02

Kegunaan simbol dalam Adobe Photoshop

Lama aku tak sembang bab adobe photoshop ni....kali ni aku sambung lagi bab simbol yang terdapat dalam adobe photoshop.......
nak tahu lebih lanjut layari la blog


ni pun blog aku jugak....saja buat prancais bagi banyak blog....jadi sama-sama la kita kongsi ilmu...aku tak la pandai sangat bab ni...cuma asas jer la.....

jemur kain atas penyidai,
penyidai dekat rumah mamu,
aku bukan nak tunjuk pandai,
cuma sekadar berkongsi ilmu...

Selasa, 26 Januari 2010

video

kali ni ambo nok imbah kenangae ambo tekoh kija diklate.....10 tahun ambo dok denu..bulih la ambo kecek dey pahey slang klate....
(kali ni aku nak imbas kenangan aku waktu kerja dikelantan....10 tahun aku duduk disana....boleh la cakap dan paham slang kelantan)

bila citer bab kenangan ni...aku paling minat dikir barat....senikata yang disusun begitu indah irama akhirnya.....rangkap pantun yang dicipta menjadikan dikir barat cukup seni dan puitis.....banyak la koleksi dikir barat yang aku kumpulkan......antaranya dikir barat bertajuk nyamuk...

lagu dikir ni mengisahkan tentang rupa nyamuk, jenis, tempat tinggal dan penyakit yang dibawa oleh nyamuk...memang mendalam mesej yang hendak disampaikan melalui lagu dikir ni....

Senikata Lagu dikir Nyamuk

Bilo sebuk nyamok adik kakok semua kena

Rupa tak dak gamak jahat pulok peel peranga

Tidopun tak jenok kalu rumah nyamok ghama

Male nya Ketik anok sampai bejerit kua-kua


Nyamok suko telor tampak air takong

Dalae kolah dale telago kade-kade dale tepurong

Anok beratuh eko muluk taje serupo jarung

Tak ketik masa jago dia ketik masa tido


Nyamok pelik sikik tak serupo rimau gajah

Tok make kelapo sawik umbut pine butir getah

Tubik waktu mengorik nyamok jale nok isap darah

Tempak nyamok ketik jadi butir meroh-meroh


Kalu nyamok ute peranga pelik jugak

Naik umah ore dia nusuk cerok-cerok

Tuae umah tido male air liur tubik jebok

Bangun esok tengok bede bekas garu habih geloyok


Kalu nyamok tirok keraje suruh kawa

Nyamok ni lah ore takuk bawak nyakik malaria

Deme kembong perok male-male sejuk keta

Kalu silak kirok mati tok dey bok gi spitar


Kalu nyamok ades bowok deme denggi

Telor di air bersih dale cetong dale beldi

Keraje dok murih dok pese hari-hari

Takok tok dey turuk worih deme denggi bowok mati


Dulu nyamok culek bowok nyakik Je

Ini berito pelik sebelum ni tak dok lagi

Kena rajin getek belek alik pitu celah mari

Celah banta celah lembek takot nyamok dok nari


dengar cara sebutan melalui video tu sambil lihat makna yang aku senaraikan..

makna perkataan dalam bahasa melayu standard...

1. bejerik - menanggis

2. ketik - gigit

3. nusuk - menyorok

4. tubik - keluar

5. geloyok - megelupas

6. murih - marah

7. lembek - tilam

8. cetong - gayung

ok la..kalau ada terjemahan ambo hok salah...mintak saing-sobat klate tolong perbetulkan..

...Hidup dikir barat....

Isnin, 25 Januari 2010

Surat Tuntutan Faraaid


Kali ni aku nak kongsi satu bab penting.....jika kita hendak menuntut harta atau wang simpanan simati kita akan bersua dengan borang yang macam kat atas tu....biasanya borang ni kita ambil kat mahkamah syariah....tapi borang tu kita boleh buat sendiri dengan mengikut format kat atas tu.....aku buat ni untuk berkongsi kemudahan supaya jimat masa dan boleh bawak borang yang dah lengkap ni terus ke mahkamah syariah....

aku dah tandakan perkara-perkara yang perlu diisi atau diubah mengikut kesesuaian.....moga kita dapat berkongsi perkara yang bermanfaat...

Sabtu, 23 Januari 2010

contest kamera digital untuk dimenangi

Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya ...

kerana....
1. sayalah pemenang pertama hadiah tu.
2. menda free memang best.
3. bulih buat kenangan sepanjang hayat


peraduan ini dianjurkan oleh :

TARIKH TUTUP : 23 FEBRUARI 2010 (11.59pm)

Sedekahkan Al-Fatihah

Inilah yang hamba boleh sedekahkan buat Al-Marhom Sultan Johor. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Peringatan buat diri Hamba :
1. Mati itu sebenar.
2. Persoalan kubur itu sebenar.
3. Perbicaraan dipadang Mahsyar itu benar

Sedutan Talkin yang selalu kita dengar
1. Islam agamaku
2. Nabi Muhammad (S.A.W) nabiku
3. Al-Quran dan Sunnah Ikutanku
4. Kaum Muslimin saudaraku


Pahala akan terus mengalir
1. Doa anak yang soleh
2. Ilmu bermanfaat yang telah diberikan.
3. Sedekah jariah yang dilakukan.

Jumaat, 22 Januari 2010

Resepi spesel

Rezeki nelayan tak sapa nak duga....minggu lepas aku dapat ikan ni....ikan pari seberat 10 kilo...
bersempena aku dapat ikan tu..aku sertakan la resepi spesel tentang ikan pari...

Bahan-bahan

2 ketul isi Ikan Pari
Daun Pandan untuk membungkus
2 kuntum bunga kantan (diracik halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit/ kunyit hidup (lagi best)
1 sudu besar pes cili
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan A (dikisar)

7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan B (kuah air asam)
Air asam jawa
1 biji tomato (dipotong dadu)
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi
kicap

Cara2

  1. Bahan2 asas dicampurkan dengan Bahan A untuk membuat perapan ikan.
  2. Balutkan ikan tadi dengan daun pandan (staple).
  3. Bakar sehingga masak.
  4. Nikmatilah bersama kuah air asam.

Rabu, 20 Januari 2010

Aulad Is The One -Jom buat dialog

ni dialog yang hamba pertaruhkan.......

Boy 1 : mak aiii..besornyer jet tu, kalau dapat best nyer...

Boy 2 : jet aku tak nak.....nanti injen ilang naya oooo...

Boy 3 : jet tak main la, aku nak jadi toke gula...kejap jer leh kaya..

Peraduan ini dianjurkan oleh :-


Hadiah lumayan menanti anda.....

Hadiah
utama berupa wang

RM 100.00


2 hadiah saguhati
RM 25.00 setiap satu.


Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2010


Bahasa Melayu Darjah 3

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 3
Hari : Rabu / 20.1.2010
Masa : 10.35 - 12.05
Tajuk : Rumahku syurgaku
Objektif : Diharap murid dapat membina ayat mudah dan lengkap strukturnya


Aktiviti :
1. Penerangan tentang arahan dalam soalan.
Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah aktiviti. Kedua ialah ayat lengkap.
Aktiviti bermaksud segala perlakuan yang dilakukan dalam gambar.
Untuk kemudahan pembahagian aktiviti dalam gambar, sila bulatkan lima aktiviti yang terdapat dalam gambar. Ini dilakukan kerana soalan mengarahkan kita membina 5 ayat.

2. Menyatakan aktiviti atau kata kerja dalam gambar :
a. Bulatan 1 kata kerjanya ialah membaca.
b. Bulatan 2 kata kerjanya ialah menyuap.
c. Bulatan 3 kata kerjanya ialah bermain.
d. Bulatan 4 kata kerjanya ialah menonton.
e. Bulatan 5 kata kerjanya ialah bercakap.

3. Membina ayat lengkap berdasarkan kata kerja yang telah dinyatakan.
Perhatian : Ayat lengkap bermaksud ayat yang mempunyai
Subjek dan pradikat. Subjek adalah benda dan pradikat ialah cerita kepada benda.
Contoh ayat : Ayah sedang membaca surat khabar.
Ayah {subjek}
sedang membaca surat khabar {pradikat}

4. Ayat-ayat lengkap yang dibina :-
1. Ayah sedang membaca surat khabar.
2. Emak sedang menyuap nasi kepada adik.
3. Abang dan adik sedang bermain komputer.
4. Atan dan Abu sedang menonton televisyen.
5. Kakak sedang bercakap di telefon.

5. Murid membaca dan menyalin semula ayat yang telah dibincangkan.

....Yes...dah selesai aku ngajar Bahasa Melayu darjah 3 untuk hari ini....cara aku ngajar lebih mesra peperiksaan....pendekatan yang diajar ke arah menjawab soalan peperiksaan Bahagian A.....ajar ayat mudah tapi sesuai tahap iQ bebudak djh 3 dan untuk peperiksaan...bagi bebudak aku lebih mahir memahami cara nak jawab soalan Bahasa Melayu kertas 2 -bahagian A.....10 markah dah sah boleh skor...masa-masa kecederaan aku nak bagi bebudak aku gumbira.....layan video-clip lagu 3 kupang....syok abih bebudak aku.....


video

'Contest Oh Kunci! by Arieza'


sajak "oh kunci"

Oh kunci,
susuk tubuh bernama kunci,
bermacam bentuk bergerigi,
hadirmu dalam hidup ini,
cukup bermakna tiada ternafi,
yang berjasa untuk mengunci,
dan hilangmu pasti dicari,
gusarnya pasti meruntun hati,

Oh kunci,
5 hurufmu memberi erti,
pengertian singkatan kata KUNCI,
yang mencermin diri berjasa cukup tinggi,
sebagai Kebahagian Untuk Nikmat Cinta Ilahi,
bertapa tinggi mertabatmu wahai KUNCI,
jasamu tetap terkunci mati,
pada khidmat mu mengunci,
pintu kayu atau pintu besi,
dan mampu membuka segala yang terkunci,
maka dinobatkan namamu sebagai KUNCI.


Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com


Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di

http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/


peraduan ini pak long ketahui dari blog :

Blog Zaikulim

Selasa, 19 Januari 2010

Duit gaji masyuk biler

Salam semua kakitangan awam sekelian.....ni ada senarai masyuk gaji untuk Tahun 2010......boleh la buat percaturan yang paling bermanfaat...tengok bila gaji awal masyuk dan bila time kritikal....keja-keja jugak...gaji kena tengok bila masyuknyer....

berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara

没有钱不说
méi yǒu qián bù shuō
tak ada duit, jangan cakap

Giveaway Barang Deko English Style

Ambo sera nak masuk ghetek kontes ni.....kelih ke hadiah comey belanar.....contest ni dianjurkan oleh :
mari adik kakok kita pakat masuk.....kawe ajak ghama-ghama masuk....bagi gegey riuh pertandingan ni....
hok ni abih : 29.01.2010.....

Ada cerita disebalik kad



Malam minggu ingat nak on9.....tengok intent kong....angkat pone umah tak bunyi....dok agak sah dah geng "paipon" buat keja gila dah ni....mesti kabel telepon dah kena cantas..esok pagi pi la ronda kat sepanjang jalan kampung ...nah bejuntai talian telepon ...dah kena potong....memang panas ati sungguh...besi dah mula mahai...depa mula buat balik keja gila ni.....aku terus pon no 100..buat aduan kerosakkan .....opretor angkat..aku buat la aduan...ahad depa tak keja....hari ni senin baru depa buat keja...fuhhh caya la telekom....sat je depa pebaik...dalam tempoh sehari dah siap..malam ni aku boleh on9.....

kad yang ada kat atas tu semua hasilan aku boring tak boleh on9 sebab tenet tak dak...malam minggu aku layan buat kad....aku bantai ja buat kad tu....jadi kad ni aku nak hadiahkan pada semua kengkawan yang masuk kat blog aku....kalau nak copy ambik la..aku nak buat "giveaway" secara life.....lekat la kat mana yang suka..ikhlas dari haku....jadi layan la kad haku tu...

Isnin, 18 Januari 2010

"adiella collection giveaway"

Berita gempaq tentang giveaway.....ni ha satu lagi gaveway yang menawarkan hadiah yang cukup menarik....jangan pikiaq panjang...sertainya sekarang diblog...



Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.....

Cabutan Pertama
Lace Jewelery Box Heart Shape

Cabutan Kedua
Fleece Blanket(Jean Perry)
Size: 120cm *170cm

Ni ha peringatan penaja....
**Pastikan setiap penyertaan anda lengkap..jika tidak..comment anda akan di delete..n sile join skali lg...!!

Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:

Step 1: Jadi follower adiellacollection ( sudah jadi ahli)
Step 2: Buat satu entry ttg giveaway ini b'serta gambar hadiah giveaway diatas b'tajuk "adiella collection giveaway". (sudah menepati piwaian penaja)
Step 3: Sila link kan blog ini di blog list anda. ( sudah berada dalam list blog)
Step 4: Sila tinggalkan comment b'serta link anda atau email. ( telah dilakukan sewajarnya)

Tarikh tutup "giveaway" ini adalah pada 20 February 2010 (11.59 pm). Pemenang b'tuah akan diumumkan pada 21 February 2010.

Jom kita meriahkan peraduan ini.untuk keterangan lanjut
layarilah blog :


Jumaat, 15 Januari 2010

Cara buat Ikan Gelama Jeruk (masam)

kali ni lain sikit entri aku.....nak citer sikit tentang cara nak buat ikan gelama jeruk (masam)....kenal kan ikan gelama....ikan ni kalau kat pasar tak la mahal sangat...tapi kalau dah jadi ikan jeruk mahal balik harganya....


tu la dia ikan gelama...biasa kan nengok ikan tu....ok..mula-mula basuh ikan tu....basuh jer..jangan buat apa kat ikan tu...lepas tu jemur agak-agak sejam kat panas matahari...
kemudian sejukkan ikan tu...tutup rapi supaya lalat tak boleh hinggap....sesudah ikan tu sejuk...gaulkan dengan sedikit cuka makan...ni bertujuan tak bagi lalat hinggap...

kenalkan menda kat atas tu....tu la tempayan kecil peninggalan arwah mak aku....kalau tak der menda tu...dalam bekas plastik bersaiz besar pun boleh.....taburkan garam kasar agak-agak litup dasar tempayan tu..... ingat : garam kasar sahaja....kemudian susun ikan gelama yang kita gaul ngan cuka tadi...kat atasnya tabur sedikit garam kasar......agak-agak tertutup la ikan kita tadi....susun lagi ikan dan tabur lagi garam....apabila ikan kita dah abih susun...yang kat atas sekali tu kena tabur banyak sikit garam...sehingga tak nampak ikan kita diliputi dengan garam....taburkan sedikit gula..sikit jer gula....

kemudian isikan air dalam botol macam kat atas tu dengan air...buat la 3 ke 4 botol....ini digunakan untuk menindih ikan tadi supaya tak timbul.....susun botol berisi air tu kat atas ikan kita tadi....

dah selesai tindih ikan gelama kita tu.....ikat la dengan rapi macam lam gambar kat atas tu....ingat...ikat kemas dan rapi supaya lalat tak boleh masuk....biarkan la 3 atau 4 hari ikan tu diperam....setelah sampai masa peramannya...kita angkat ikan tu dan basuh ikan tadi....toskan dan kita jemur la ikan tadi sampai kering....kena balik-balikkan la ikan tadi.....supaya kering semua bahagian ikan tu......selalunya kalau cuaca panas terik dalam 2 hari dah ok dah....
haaaa....ikan gelama masam dah jadi....

nak goreng ikan tu kena rendam dulu dalam air lebih kurang 20 minit supaya masinnya keluar....bersihkan isi perut ikan jer ...sisik jangan buang....goreng ikan masam tu....potong bawang dan cili merah...makan panas-panas.....tengok macam mana...ikan gelama masam ni popular sebelah utara....

kalau sedap citer kat kawan...tak jadi citer ngan pak long...

selamat mencuba

Catlina's cat Calender Give away

Syarat2 dia mudah je...

1.Tak perlu buat blog entry (tapi dialu2kan).
2.Tak perlu jadi follower (dialu2kan juga).
3.Cuma tampal banner di atas pada side bar anda, di atas sekali supaya senang sy nampak. Linkkan ke blog ini.Kalau ade iklan Nuffnang kat side bar tu, letak kat bwh nuffnang ye..:)
4.Bila dah siap, tinggalkan permalink anda di bhgn komen entry ni..(link entry tersebut ye).
5.Itu saja..2 orang pemenang akan ditentukan dengan Random.org.

sapa-sapa yang nak menyertai pertandingan ni..layari lah blog...

catlinaflybaby.blogspot.com

sehingga 18 Januari sahaja.

Hari-hari mau bikin ma.....

Tahun lepas depa ni tahun 2....ala darjah 2 la tu....tahun ni ikut depa lagi...Tahun 3....ajaq masih sama Bahasa Melayu...subjek teras aku....Benda ni kena buat selalu....leceh tak leceh kena buat jugak bagi siap...GB nak semak setiap Jumaat....rancangan mingguan tuk ngajaq....ni la menda yang selalu dok buat...

Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 3.

Mata Pelajaran : BAHASA MELAYU

Kelas : 3 Mawar

Masa : 10.35 – 12.05

Hari : Isnin

Tema : Sekolahku rumahku

Tajuk : Sekolahku indah

Objektif : Diharap murid dapat :-

1. Membaca dengan nada dan intonasi yang betul.

2. Menjawab soalan pemahaman yang diberikan.

Fokus Utama : Menyatakan secara berterus-terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk mengguatkan permintaan.

Fokus Sampingan : Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintan.

TataBahasa : kata hubung

Nilai : Kerja sama

Bahan bantu mengajar : Bahan audio-video

KBKK : kontekstual.

Aktiviti :

  1. Penerangan oleh guru
  2. Memahami bahan bacaan berdasarkan petikan.
  3. Menjawab soalan lembaran kerja.

Impak : P&P berjalan lancar

Ikhlas dari :-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...