Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 29 Januari 2010

Lucky Draw Cik Ros

Jeng…jeng….jeng... cerita aku bermula dengan terjumpanya pertandingan yang dianjurkan oleh cik ros….nengok pic tu….aku copy untuk masuk bertanding….tapi aku rasa ia boleh dijadikan bahan Bantu untuk aku ngajar….aku pun set la bahan cik ros ni sebagai bahan Bantu mengajar aku….



Aku tayang slide pertama….nah…terpapar gambar tabung yang aku copy tu….aku pun buat la set induksi aku…Tanya murid tentang menda ni….semua jawab tabung….yes…jadi persepsi aku ngan anak murid aku sama…jawapannya tabung…jadi aku katakan bahawa ari ni aku nak ngajar tentang “Tabung Saya”



Aku picit slide kedua….kali ni terpapar susunan ayat yang tak menentu susunannya….mula aku suruh la dua-tiga org murid aku baca…lepas tu aku bincang tentang susunan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan pendek yang betul susunan wacananya….

Terang punya terang…aku pergi pulak slide ketiga…kali ni aku boldkan beberapa huruf berwarna merah…..ni aku nak ajar tentang konsep tatabahasa….kalau mula menulis atau lepas titik kena tulis huruf besar…."besarrrr punya…besarrrrr punya"..riuh satu kelas sebut menda tu..aku senyum jer..teringat iklan kat TV tu…jadi aku terangkan kepada mereka bahawa kita wajib menulis huruf besar pada keadaan yang sedemikian….


Slide terakhir aku bagi soalan pemahaman….soalan nak duga pemahaman anak buah aku….kalau lam exm ni dinamakan soalan berdasarkan petikan…wajib ada 15 soalan dalam BM kertas satu…kemudian aku suruh murid aku salin dan betulkan kesalahan tatabahasa serta menjawab soalan pemahanan…


Sebagai bahan bukti..aku lampirkan kerja murid aku….gambar atas tu la tuan punya kerja yang telah aku semak….

Last sekali setelah semua murid aku siap menyalin…aku suruh dia org baca balik apa yang dia org tulis…jadi kena la nengok vedio aku tu….tengok cam mana harmoninya kelas aku…hehehe



Jadi tamat la cerita aku untuk pertandingan anjuran cik ros….

Nak tahu lebih lanjut layari la blog :-

cik ros

tarikh tutup dia smpi 20/02/2010

17 ulasan:

Aidi-Safuan berkata...

good luck!!!

pak long berkata...

salam buat aidi...
mekasih banyak....biar kali ni ada luck....ong mali ma...

cikgu isza berkata...

wah kraetifnye cikgu ni...
boleh jadi idea utk contest tu lak
GOOD LUCK

pak long berkata...

salam buat cikgu isza....
nengok gambor tu rasa sesuai lak buat bahan bantu ngajar....cuba dan berjaya dalam P&P...

mama ju, berkata...

Wah cikgu memang hebat...tengok apaapapun dapat idea utk mengajar...
Tkasih masauk blok mama.

pak long berkata...

salam buat mama ju..
nak carik makan cam tu la mama..
mekasih jugak buat mama singgah blog pak long

missgee berkata...

Menarik BBm yg digunakan..
Guru lama punya hasil kerja
memang superb..

Bravo!!!(^.^)

pak long berkata...

salam buat missgee....
buat BBM tu nak bagi bebudak seronok jer....
buat missgee mekasih banyak...moga dimurahkan rezeki..

joijoi80 berkata...

Paklong camtula budak seronok blajar.. tapi kalo kat tempat saya, kalo taruk lcd kat bawah..pakat hilangla lcd tuh..

pak long berkata...

salam joijoi80....
LCD tu lepas ngajaq pak long bawak balik simpan.....menda kerajaan ni kalau ilang alamat demam tak kebah ler...

izazin berkata...

Salam, leh pinjam asmt b.m tak pak long.kali nih kene wat power point.pak long kan terer tuh.bolehlah ye

pak long berkata...

salam cikgu iza...
boleh...no hal...tapi bagi email...
nanti senang nak bagi asimen tu..

izazin berkata...

lisazin@ymail.com .Silalah pak long send apa2 yg dpt digunakan utk asmnt ye.mekasih banyak2.atau omakdenkayo@gmail.com. t.q

pak long berkata...

salam iza...
email dah dikirimkan...dah test email tu

cik ros berkata...

wah..paklong sgt kreatif....

mybe leh dpt kat paklong kot..then paklong wat contest kat anak2 buah paklong tu pulak ye..

=))

pak long berkata...

salam buat cik ros..
kalau memang pak long nak belanja anak murid ni sebab mereka pelakon utama dalam citer cik ros ni...

Tanpa Nama berkata...

Simpler and easier just links london various facets of being married the ought links london jewellery to be obtained and tradition recently indicated links of london sale actually divided regarding the bride's family, links of london silver the groom's family, as well as the groom himself. discount links of london Over are the days where the bride's parents insures links of london ring uk every single thing make a list of to links of london friendship bracelets sale perfect detail. For a short period, tradition had shifted this obligation to qualify for the links sweetie bracelet three parties soon discussed the following., a response, links of london earrings as well as ever-popular brunch. Experience entered production although there required to links of london necklaces sale twelve inches into your market by the grooms telephone and therefore bridal individual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...