
Kengkawan ( المرافقون )
Ahad, 31 Januari 2010
Contest blogspot template jejaktrend + Ang Pau.

Sabtu, 30 Januari 2010
radiokita-blograkanku

"FRIENSHIP CONTEST"


Jumaat, 29 Januari 2010
Lucky Draw Cik Ros

Jeng…jeng….jeng... cerita aku bermula dengan terjumpanya pertandingan yang dianjurkan oleh cik ros….nengok pic tu….aku copy untuk masuk bertanding….tapi aku rasa ia boleh dijadikan bahan Bantu untuk aku ngajar….aku pun set la bahan cik ros ni sebagai bahan Bantu mengajar aku….

Aku tayang slide pertama….nah…terpapar gambar tabung yang aku copy tu….aku pun buat la set induksi aku…Tanya murid tentang menda ni….semua jawab tabung….yes…jadi persepsi aku ngan anak murid aku sama…jawapannya tabung…jadi aku katakan bahawa ari ni aku nak ngajar tentang “Tabung Saya”
Aku picit slide kedua….kali ni terpapar susunan ayat yang tak menentu susunannya….mula aku suruh la dua-tiga org murid aku baca…lepas tu aku bincang tentang susunan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan pendek yang betul susunan wacananya….
Terang punya terang…aku pergi pulak slide ketiga…kali ni aku boldkan beberapa huruf berwarna merah…..ni aku nak ajar tentang konsep tatabahasa….kalau mula menulis atau lepas titik kena tulis huruf besar…."besarrrr punya…besarrrrr punya"..riuh satu kelas sebut menda tu..aku senyum jer..teringat iklan kat TV tu…jadi aku terangkan kepada mereka bahawa kita wajib menulis huruf besar pada keadaan yang sedemikian….
Slide terakhir aku bagi soalan pemahaman….soalan nak duga pemahaman anak buah aku….kalau lam exm ni dinamakan soalan berdasarkan petikan…wajib ada 15 soalan dalam BM kertas satu…kemudian aku suruh murid aku salin dan betulkan kesalahan tatabahasa serta menjawab soalan pemahanan…

Sebagai bahan bukti..aku lampirkan kerja murid aku….gambar atas tu la tuan punya kerja yang telah aku semak….
Last sekali setelah semua murid aku siap menyalin…aku suruh dia org baca balik apa yang dia org tulis…jadi kena la nengok vedio aku tu….tengok cam mana harmoninya kelas aku…hehehe
Khamis, 28 Januari 2010
Giveaway Sempoi OYA 2010
Kegunaan simbol dalam Adobe Photoshop
Selasa, 26 Januari 2010
Bilo sebuk nyamok adik kakok semua kena
Rupa tak dak gamak jahat pulok peel peranga
Tidopun tak jenok kalu rumah nyamok ghama
Male nya Ketik anok sampai bejerit kua-kua
Nyamok suko telor tampak air takong
Dalae kolah dale telago kade-kade dale tepurong
Anok beratuh eko muluk taje serupo jarung
Tak ketik masa jago dia ketik masa tido
Nyamok pelik sikik tak serupo rimau gajah
Tok make kelapo sawik umbut pine butir getah
Tubik waktu mengorik nyamok jale nok isap darah
Tempak nyamok ketik jadi butir meroh-meroh
Kalu nyamok ute peranga pelik jugak
Naik umah ore dia nusuk cerok-cerok
Tuae umah tido male air liur tubik jebok
Bangun esok tengok bede bekas garu habih geloyok
Kalu nyamok tirok keraje suruh kawa
Nyamok ni lah ore takuk bawak nyakik malaria
Deme kembong perok male-male sejuk keta
Kalu silak kirok mati tok dey bok gi spitar
Kalu nyamok ades bowok deme denggi
Telor di air bersih dale cetong dale beldi
Keraje dok murih dok pese hari-hari
Takok tok dey turuk worih deme denggi bowok mati
Dulu nyamok culek bowok nyakik Je
Ini berito pelik sebelum ni tak dok lagi
Kena rajin getek belek alik pitu celah mari
Celah banta celah lembek takot nyamok dok nari
dengar cara sebutan melalui video tu sambil lihat makna yang aku senaraikan..
1. bejerik - menanggis
2. ketik - gigit
3. nusuk - menyorok
4. tubik - keluar
5. geloyok - megelupas
6. murih - marah
7. lembek - tilam
8. cetong - gayung
ok la..kalau ada terjemahan ambo hok salah...mintak saing-sobat klate tolong perbetulkan..
...Hidup dikir barat....
Isnin, 25 Januari 2010
Surat Tuntutan Faraaid
Sabtu, 23 Januari 2010
contest kamera digital untuk dimenangi
Sedekahkan Al-Fatihah

Jumaat, 22 Januari 2010
Resepi spesel

Bahan-bahan
2 ketul isi Ikan Pari
Daun Pandan untuk membungkus
2 kuntum bunga kantan (diracik halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit/ kunyit hidup (lagi best)
1 sudu besar pes cili
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan A (dikisar)
7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
Bahan B (kuah air asam)
Air asam jawa
1 biji tomato (dipotong dadu)
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi
kicap
Cara2
- Bahan2 asas dicampurkan dengan Bahan A untuk membuat perapan ikan.
- Balutkan ikan tadi dengan daun pandan (staple).
- Bakar sehingga masak.
- Nikmatilah bersama kuah air asam.
Rabu, 20 Januari 2010
Aulad Is The One -Jom buat dialog

Boy 2 : jet aku tak nak.....nanti injen ilang naya oooo...
Boy 3 : jet tak main la, aku nak jadi toke gula...kejap jer leh kaya..
Peraduan ini dianjurkan oleh :-
Hadiah lumayan menanti anda.....
Hadiah utama berupa wang
RM 100.00
RM 25.00 setiap satu.
Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2010
Bahasa Melayu Darjah 3

'Contest Oh Kunci! by Arieza'

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di
http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/
peraduan ini pak long ketahui dari blog :
Selasa, 19 Januari 2010
Duit gaji masyuk biler

Giveaway Barang Deko English Style
Ada cerita disebalik kad



Isnin, 18 Januari 2010
"adiella collection giveaway"



Jumaat, 15 Januari 2010
Cara buat Ikan Gelama Jeruk (masam)


.jpg)

Catlina's cat Calender Give away

1.Tak perlu buat blog entry (tapi dialu2kan).
2.Tak perlu jadi follower (dialu2kan juga).
3.Cuma tampal banner di atas pada side bar anda, di atas sekali supaya senang sy nampak. Linkkan ke blog ini.Kalau ade iklan Nuffnang kat side bar tu, letak kat bwh nuffnang ye..:)
4.Bila dah siap, tinggalkan permalink anda di bhgn komen entry ni..(link entry tersebut ye).
5.Itu saja..2 orang pemenang akan ditentukan dengan Random.org.
Hari-hari mau bikin ma.....
Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 3.
Kelas : 3 Mawar
Masa : 10.35 – 12.05
Hari : Isnin
Tema : Sekolahku rumahku
Tajuk : Sekolahku indah
Objektif : Diharap murid dapat :-
1. Membaca dengan nada dan intonasi yang betul.
2. Menjawab soalan pemahaman yang diberikan.
Fokus Utama : Menyatakan secara berterus-terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk mengguatkan permintaan.
Fokus Sampingan : Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintan.
TataBahasa : kata hubung
Nilai : Kerja sama
Bahan bantu mengajar : Bahan audio-video
KBKK : kontekstual.
Aktiviti :
- Penerangan oleh guru
- Memahami bahan bacaan berdasarkan petikan.
- Menjawab soalan lembaran kerja.
Impak : P&P berjalan lancar
Ikhlas dari :-