Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 4 Disember 2009

Seni - Membentuk dan Membuat Binaan





Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Origami dipercaya telah wujud sejak Zaman Heian (741-1191) di kalangan kaum sami Shinto sebagai penutup botol sake (arak beras) saat upacara penyembahan, wanita dan kanak-kanak. Pada masa itu origami masih dikenal dengan istilah orikata, orisui atau punorimono.Pada masa itu memotong kertas menggunakan pisau diperbolehkan. Bentuk yang dikenal pada zaman Kamakura (1185-1333) adalah noshi. Noshi adalah singkatan dari noshi-awabi, iaitu daging tiram nipis yang dijemur dan dianggap sebagai hidangan istimewa orang-orang Jepun. Noshi dianggap sebagai pembawa keberuntungan pada siapa saja yang menerimanya.Senjak Zaman Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau untuk memotong kertas telah dihentikan. Origami kemudian berkembang menjadi suatu cara memisahkan masyarakat golongan kelas atas dan kelas bawah. Samurai mengikuti ajaran Ise sementara masyarakat biasa mengikutajaranOgasawara.

Dalam perkembangannya origami telah menjadi begitu identik dengan budaya Jepun, yang diwariskan secara turun-temurun dari masa ke masa. Origami terutama berkembang dengan menggunakan kertas asli Jepun yang disebut Washi. Saat ini origami telah menjadi sesuatu yang tidak terpisah dari budaya orang Jepun. Terutama dalam dalam upacara adat keugamaan Shinto yang tetap dipertahankan.
Dalam tradisi shinto, kertas segi empat dipotong dan dilipat menjadi lambang simbolik Dewata dan digantung di Kotai Jingu (Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai sembahan. Pada upacara perkawinan Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan (o-cho) dan rama rama betina (me-cho) menggunakan asas bom air “water bom”, membalut botol sake (arak beras) sebagai lambang pengantin lelaki dan perempuan. Selain itu Origami juga digunakan untuk upacara keagamaan yang lain. Pada mulaannya Origami hanya diajarkan secara lisan. Panduan tertulis membuat origami dikesan terdapat dalam buku Senbazuru Orikata (Bagaimana Melipat Seribu Burung Jenjang/Orizuru) pada1797. Ketika itu origami masih dikenali sebagai orikata. Buku ini dianggap buku Origami tertua di dunia dan mengandungi 49 REN-ZURU (Jenjang berkait) dan KYO-KA (puisi lucu pendek). Pengarangnya bernama AKISATO RITO yang mengumpulkan model-model GIDO bersama KYO-KA dan menerbitkannya sebagai Senbazuru Orikata.
Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama. Pada 1850 suatu naskah tulisan lain berjudul Kayaragusa diterbitkan. Naskah ini berisi 2 bahagian origami , iaitu rehlah dan keagamaan. Kebanyakannya merupakan model origami yang terdapat pada Chushingura Orikata. Pada 1819 buku “Sekejap mata menghasilkan burung kertas” memperlihatkan bagaimana burung dihasilkan dari kertas. Kemudian pada tahun 1845 kumpulan lengkap bentuk lipatan tradisi Jepang ditulis dan diterbitkan dalam buku Kan no mado. Buku itu berisi lebih kurang 150 contohorigami,termasukmodelkatak. Pada tahun 1880 seni melipat kertas itu mulai orang dengan Origami. Kata itu berasal dari bahasa Jepun oru (melipat) dan kami (kertas). Kata origami kemudian mulai menggantikan istilah orikata, orisui ataupun orimono. Pada zaman Showa (1926-1989) origami kurang diminati dan hanya noshi yang masih popular digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Waktu itu kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram, atau ikan.

Pada zaman Edo (1600-1868) produksi kertas yang berlimpah menjadikan kertas mudah diperoleh. Ini menjadikan origami berkembang lebih pesat. Pada akhir zaman Edo hampir 70 bentuk dihasilkan termasuk burung jenjang (Orizuru), katak, kapal dan balon yang masih tetap dikenal hingga sekarang. Pada era Genroku (1688-1704), corak kain origami burung jenjang (Orizuru), dan corak pelbagai bot menjadi popular dan sering dibuat dalam corak kain Ukiyoe. Ini membuka ruang origami untuk berkembang lebih luas pada masa sekarang. Pada zaman Meiji (1868-1912), origami digunakan sebagai alat mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar. Itu semua berkat pengaruh dari ahli pendidikan Friedrich Wilhelm August Fröbel (1782-1852). Beliau adalah seorang pendidik Jerman pada abad ke-19. Beliau menggunakan origami tradisional Eropah untuk menghasilkan bentuk geometrik. Konsep ini kemudian dipakai secara meluas di Taman Kanak-kanak di Jepun.
Origami Di barat
Pada tahun 1920 banyak buku-buku mengenai keajaiban kertas untuk dibuat menjadi pelbagai perkara termasuk bentuk dilipat telah dikeluarkan. Ia termasuk Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Will Blythe 1920 dan Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Harry Houdini pada 1922. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “Beria dengan Melipat” oleh W.D.Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada 1928. Ia masih dicetak dengan tajuk “Mula Melipat Kertas”. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di Landon pada 1937. Kedua buku ini menjadikan buku panduan asas origami semenjak itu. Pada 1930 ramai ahli silap mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain dalam pertunjukan mereka.
Origami Di Sepanyol dan Argentina
Dua orang Sepanyol yang diakui mengembangkan papiroflexia sebagai kebudayaan Sepanyol adalah Miguel Unamuno (1864-1936) dan Ismael Adolfo Cerceda, yang berasal daripada Buenos Aires, Argentina. Migue Unamano merupakan ahli falsafah Sepanyol dan juga Rector Universiti Salamanca. Dia meninggal pada 31 December 1936 pada permulaan Peperangan Saudara Sepanyol. Beliau yang mempopularkan asas burung dan pusingan sisi (sideways turn) dan telah menghasilkan satu penulisan lucu pendek mengenai pajarita (burung kecil) pada 1902. Unamuno mempunyai ramai peminat di Sepanyol dan Argentina.
Ismael Adolfo Cerceda pula merupakan pelontar pisau Argentina yang menggunakan Origami untuk menenangkan fikiran. Kebolehannya menggalakkan pengasas papiroflexia yang lain. Daripada kedua pengasas di atas, origami berkembang dalam masyarakat barat secara perlahan-lahan terutamanya sebagai permainan kanak-kanak. Selain itu, pada tahun 1700 origami digunakan secara meluas oleh ramai silap mata sebagai salah satu aksi silapmata untuk menghasilkan burung daripada kertas (Orizuru) ataupun kipas ajaib (kertas berlipat yang digunakan untuk membuat pelbagai bentuk.)
Origami Moden
Origami moden yang memperkenalkan bentuk lipatan corak baru yang berlainan dengan corak klasik mulai diperkenalkan oleh Akira Yoshizawa di Jepun apabila hasil kerja beliau mengenai bentuk ramalan bintang diterbitkan dalam majalah “Asahi Graf” untuk keluaran January 1952. Ini di ikuti dengan pameran hasil kerjanya di Museum Stadtlich di Amsterdam pada November 1955. Beliaulah orang yang mempopularkan bentuk-bentuk origami baru yang berlainan daripada bentuk origami traditional. Dia turut memperkenalkan bentuk awal haiwan berkaki empat dengan menggabungkan 2 keping kertas yang berlipat. Semenjak itu pelipat kertas yang lain telah berjaya memajukan asas “Blintzed” untuk membolehkan lipatan haiwan berkaki empat di buat daripada sekeping kertas tanpa dipotong.
Pameran Origaminya pada 1960an mempopularkan Origami di barat. Akira Yoshizawa bersama Sam Randlett kemudiannya telah mengasaskan sistem garisan dan anak panah yang digunakan sebagai arahan tentang cara melipat Origami yang boleh difahami oleh semua orang tanpa mengira bahasa. Akira Yoshizawa telah dianggap warisan hidup Jepun telahpun berusia 83 pada tahun 1999. Akira Yoshizawa sendiri telah menghasilkan hampir 50,000 bentuk dan dia menekankan kepada ketelitian dan ketepatan dalam bentuk untuk objek origami.
Pada masa sekarang terdapat ramai pakar origami di seluruh dunia yang menghasilkan model yang mengkagumkan. Sekiranya dahulu, bentuk badan dan kaki hanya dibayangkan, sekarang bentuk anatomi yang tepat telah berjaya dihasilkan. Cabaran pada masa sekarang adalah untuk menghasilkan serangga dari spesies yang khusus dan boleh dikenali dengan tepat. Selain daripada pencapaian teknikal, kesenian origami juga berkembang pesat.

Topeng.
Topeng merupakan artifak yang kebiasaannya dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan, atau menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu untuk majlis dan acara. Topeng biasanya, namun bukan selalu dipakai pada muka, walaupun ia ditempatkan untuk tindak balas di tempat lain dalam gubungan dengan kepala si pemakai.
Negara China yang mempunyai tamadun tertua di dunia, dikesan memulakan budaya topeng yang tertua. Penggunaan topeng digunakan dalam opera China sejak 3000 tahun yang lalu. Pada mulanya, topeng yang dipakai dalam bentuk lukisan muka untuk mengerunkan lawan dalam medan perang seperti yang dipakai oleh Maharaja Lan Lin dari negeri Paichi. Kemudian, topeng telah digunakan di pentas-pentas untuk melakonkan watak-watak terkenal dalam peperangan di seluruh Negara China. Dalam teater China, topeng bukan sekadar untuk kecantikan muka, malah ia membawa perwatakan serta symbol tertentu. Warna dikaitakan dengan watak tertentu umpamanya merah menunjukkan kejujuran, putih kejahatan, pengarapan warna merah,kuning dan hijau menunjukkan kegagahan. Negara Jepun juga tudak kurang hebatnya dalam membudayakan topeng. Teater rakyat serta drama tradisional Jepun seperti Noh, Bunraku dan Kabuki menggunakan topeng yang pelbagai saiz dan jenis. Topeng ini diperbuat daripada kayu ringan dan kertas serta dihias dengan rambut manusia untuk mengwujudkan satu persona mistik. Seni topeng dipakai untuk memberi lambang serta identiti sesuatu masyarakat.


Topeng Bali yang terkenal dapat dilihat melalui ragam hiasnya yang unik. Misalnya topeng yang dinaggap suci selalunya diukir dengan teliti dan halus. Pembuat topeng terdiri daripada keluarga Brahim yang tinggi mertabanya. Mereka mewarisi kesenian tersebut melalui keturunan mereka yang arif dalam pengukiran topeng Mereka harus mengetahui adat serta ritual tertentu yang dipanggil ‘Dharmaning Sangging’ sebelum boleh memulakan kerja membaut topeng tersebut. Topeng yang dianggap tinggi mutunya adalah yang mempunyai gaya naturalistic serta berbentuk bundar. Setiap topeng berkualiti mendapat sapuan gelatine berlapis-lapis sebelum dihiasi warna putih, merah dan hijau.ia mempunyai bahagian mulut yang sederhana dengan bibir yang agak tebal, gigi diukir atau dipadankan dengan gigi khinzir dan rambut yang sebenar ataupun daripada bulu kuda. Terdapat juga kulit kambing digunakan bagi menghiasi topeng tersebut. Kayu pulai ditanam khas digunakan untuk mengukir patung tersebut. Kadang kala pokok yang ditanam telah dibentuk sedemikian rupa secara semulajadi supaya sesuai dibuat topeng.

Pengaruh topeng seterusnya juga mempengaruhi pergerakan seni visual tempatan. Pelukis generasi pertama dan muda tanah air seperti Abdul Latif Mohidin, Lee Kian Seng, Awang Damit, Yusof Ghani, Wong Cheong, Azizan Paiman dan Rosli Zakaria tidak ketinggalan dipengaruhi unsur topeng dalam karya-karya mereka. Yusof Ghani, seniman prolifik Malaysia mengambil ilham dari topeng pribumi Sabah dan Sarawak bagi menghasilkan karya beliau “Siri Topeng”. Latif Mohidin pula tidak ketinggalan menghasilkan karya “Siri Langkawi” yang dipadankan dari topeng tradisional.

Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Bahan-bahan yang selalunya digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai. Keseluruhan bahan ini mudah diperolehi dipasaran dan bahan-bahan yang berada di persekitaran kita. Oleh yang demikian, kita mudah untuk menghasilkan diorama.

Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan mobail adalah seperti dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung.
Pengarca seterusnya dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerja-kerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk “Horizontal Spines ” Imej.

2 ulasan:

kasutburuk berkata...

salam encik sifu...ada lg x bahan untuk perbezaan topeng dgn boneka untuk seni kanak-kanak sekolah rendah????kalo ada sudi2 lah share yek...

pak long berkata...

salam buat teman...
nanti kita usahakan..mekaish singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...