Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 4 Disember 2009

Pertumbuhan Penduduk




Berdasarkan kepada petikan di atas, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk dari segi faktor biologi, faktor ekonomi dan faktor teknologi.


Pertumbuhan penduduk dapat didifinisikan sebagai perkembangan manusia yang mendiami dunia ini. Pertumbuhan penduduk akan selalu dikaitkan dengan tingkat kelahiran, kematian dan perpindahan penduduk atau migrasi. Pertumbuhan penduduk adalah peningkatan atau penurunan jumlah penduduk suatu daerah dari masa ke masa. Kadar pertumbuhan penduduk di antara negara-negara tidak sama. Ada negara mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi dan ada pula yang mempunyai kadar pertumbuhan yang rendah. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia di mana proses peralihan ini berlaku dalam suatu jangka masa yang panjang. Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat mambangun. Salah satu sebab utama yang mempengaruhi pertumbuhan negara Malaysia adalah faktor penduduk yang mengalami proses pertumbuhan dinamik setiap tahun. Pada tahun 1990 misalnya, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 17.8 juta orang. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk antaranya dari segi biologi, ekonomi dan teknologi.

Faktor biologi juga memberi sumbangan kepada pertumbuhan penduduk. Ini berkaitan dengan kemajuan dari segi pencapaian kemajuan teknologi kajian kesihatan sesebuah negara. Ini dibukti dengan dasar kependudukan Malaysia yang menumpukan bidang kemajuan kesihatan kepada pertumbuhan penduduk. Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan strategi-strategi dan objektif-objektifnya dengan Dasar Kependudukan Negara dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi tempoh 1984-1989, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan kesihatan untuk penduduk negara yang telah bertambah. Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang kependudukan dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan beberapa usaha kajian dan penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan sumber rujukan dan input yang penting kepada perancangan, pengawasan dan penilaian pencapaian perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara. Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan. Justeru itu, faktor biologi memang mempengaruhi pertumbuhan penduduk.

Keadaan sistem biologi dalam tubuh manusia mempengaruhi perkembangan pertumbuhan penduduk . Ia dikatakan perubahan fizikal dan mental disebabkan rembesan hormon umpamanya boleh mendorong dan mempengaruhi kesuburan wanita dan lelaki. Kemajuan bidang kesihatan dengan kajian kesuburan kepada kaum wanita juga memberikan kesan pertumbuhan penduduk. Melalui pengujian kesuburan genitik serta pemakanan pil-pil hormon akan meransang kepada kadar kelahiran yang tinggi. Ini dapat dibukti dengan kajian terhadap pengunaan ubat seperti ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. Jelasnya kajian genitik pada tahap kesuburan memberikan impak besar pertumbuhan penduduk.
Kesan ekonomi juga tidak kurang pentingnya dalam membantu perkembangan pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan ekonomi yang pesat meningkatkan keperluan terhadap tenaga buruh. Mempunyai anak yang ramai akan menyediakan tenaga kerja dalam bidang seperti pertanian. Penduduk yang ramai akan membantu penjimatan kos tenaga buruh. Oleh yang demikian, para petani memerlukan anak yang ramai untuk membantu kerja dalam bidang pertanian. Ini dapat dibuktikan dengan pertumbuhan kepadatan yang tinggi dikawasan pertania di Jawa Tengah, Kuala Sungai Mekong yang penduduk padat akibat kawasan ini kawasan subur dan penting memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk mengusahakan kawasan pertanian.

Kekukuhan ekonomi menjamin kesejahteraan kehidupan. Berdasarkan pendapat ini, pertumbuhan penduduk kepada sesebuah keluarga akan berkembang dengan pesat. Konsep keupayaan menanggung kos sara hidup keluarga dengan bersandarkan bahawa rezeki anak-anak akan ada jika berusaha. Konsep ketawqaan dalam Islam menjamin bahawa kekukuhan ekonomi akan menjamin kesejahteraan kahidupan. Dalam pertambahan penduduk yang pesat, agama Islam menyarankan golongan yang kukuh ekonominya akan membantu golongan yang kurang pendapatan melalui sistem ekonomi Islam menerusi pemberian zakat yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Kesan dari konsep ini akan membantu perkembangan pertumbuhan penduduk.

Peningkatan kemajuan teknologi juga menyumbangkan kepada pertumbuhan perkembangan penduduk. Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden. Oleh itu, jangka-hayat manusia dapat dipanjangkan dan kadar kematian dapat dikurangkan. Ini juga faktor menyumbang kepada pertumbuhan perkembangan penduduk.

Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan. Perkembangan dan kemajuan bidang sains dan teknologi telah berjaya menemui beberapa kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah berkenaan. Sekarang, anda perlu menjalankan untuk mengetahui sumbangan teknologi berkaltan pembiakan bagi menjamin kesejahteraan manusia. Teknologi yang boleh diaplikasikan sekiranya suami isteri menghadapi masalah mendapatkan anak sendiri. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan, iaitu permanian beradas, persenyawaan in vitro, pemindahan intrafallopion, pemindahan embriodan ibu tumpang. Permanianberadas melibatkan proses memasukkan sperma suami ke dalam uterus isteri dengan menggunakan alat tertentu, bukannya secara perhubungan seks. Dalam kes tertentu, sperma ini diderma oleh seseorang yang identitinya dirahsiakan. Sperma daripada penderma ini disimpan dalam bank sperma sebelum digunakan. Kaedah ini meningkatkan kebarangkalian ovum disenyawakan oleh sperma. Kemajuan teknologi permanian berhadas ini memboleh pertumbuhan perkembangan penduduk meningkat.

Kajian demi kajian dalam soal kesuburan dan penggunaan teknologi, kini telah dijumpai kaedah tersebut.. Kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi Penghamilan adalah rawatan ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu pasangan mendapatkan zuriat. Sejak diperkenalkan pada 1979 sehingga tahun lalu, 20,000 pasangan mendapatkan rawatan kesuburan itu melalui kaedah seperti Permanian Dalam Rahim (IUI), Pindahan Gamet Dalam Fallopio (GIFT), Persenyawaan In Vitro (IVF) dan Induksi Ovulasi (ICSI). Ketua Pengarah LPPKN, Aminah Abdul Rahman, berkata seramai 2,623 bayi dilahirkan melalui khidmat ini sejak ia diperkenalkan. Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar kematian kasar yang telah menurun daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara kadar kematian ibu bersalin mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970. Akibat daripada penurunan kadar kematian ini, jangka hayat penduduk negara telah meningkat daripada 55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita. Terbukti dengan jelas, kemajuan teknologi moden membantu perkembangan pertumbuhan penduduk
Sebagai kesimpulannya, faktor biologi, faktor ekonomi dan faktor teknologi jelas mempengaruhi perkembangan pertumbuhan penduduk. Kesan posotif faktor yang dinyatakan merupakan impak utama serta batu loncatan untuk memperkembangan kadar kelahiran serta pertumbuhan penduduk semakin meningkat.


2. Huraikan EMPAT kesan positif migrasi penduduk terhadap negara sedang membangun. Beri contoh yang relevan untuk menyokong jawapan anda.
Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk daripada satu kawasan kepada kawasan yang lain. Ia merupakan suatu proses pergerakan penduduk yang amat sensitif terhadap perkembangan sosio-ekonmi sesesuatu kawasan. Sejak kebelakangan ini migrasi semakin penting dalam dunia moden terutama sumbangannya terhadap urbanisasi dan perindustrian. Migrasi juga memberikan kesan yang positif kepada sesuatu kawasan atau tempat.

Kesan positif migrasi yang pertama dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Malaysia sejak mencapai kemerdekaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Pertama hingga Sembilan. Melalui plan pembangunan tersebut telah berjaya meletakkan negara ini sebagai sebuah negara membangun yang paling berjaya dalam pembangunan sosio-ekonominya. Selain daripada kekayaan sumber alammnya, sektor-sektor perindustrian, pembinaan dan perladangan semakin berkembang maju. Kesan daripada perkembangan ketiga-tiga sektor sektor ini semakin banyak pekerja yang diperlukan sehingga timbullah masalah kekurangan tenaga buruh dan oleh itu ramai perkeja asing diperlukan bagi memastikan perkembangan sektor-sektor yang berkenaan tidak terjejas akibat kekurangan tenaga kerja. Pada tahun 2005 terdapat kira-kira 200 juta migran antarabangsa dan 49.9 juta daripadanya adalah tinggal di Asia (United Nations 2005). Mengikut laporan terbaru jumlah pekerja asing sebanyak 1.91 juta tidak termasuk 400,000 pendatang tanpa izin.

Migrasi juga memberikan kesan positif kepada perkembangan kemudahan eksesibiliti dan sistem jaringan pengangkutan yang baik. Kewujudan pertambahan migrasi ini memberikan kesan pembangunan jaringan pengangkutan dibuat sebaik mungkin. Lambakan tenaga yang ramai memberikan sesebuah kawasan itu dibangunkan kemudahan rangkaian pegangkutan untuk tujuan perhubungan serta keupayaan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Ini jelas dapat dilihat dengan perkembangan jaringan jalan raya di kawasan Kuala Lumpur. Kewujudan beberapa lebuh raya diantaranya Lebuh raya KESAS, Lebuh raya Damasara-Puchong dan jaringan LRT berkembang dengan begitu pesat. Kepesatan perkembangan jaringan perhubungan ini adalah disebabkan kawasan Kuala Lumpur merupakan kawasan tumpuan migrasi dalaman dan luaran. Keadaan serupa dapat diperhatikan di Malaysia. Kedatangan orang Cina dan India sejak sebelum merdeka telah memajukan perusahaan perlombongan dan pertanian dagang di negara ini seterusnya menggalakkan pembangunan dari segi infrastruktur. Petempatan moden dibuka dan dimajukan. Proses pembandaran berlaku dengan pesat. Akibatnya, keadaan ekonomi dan sosial penduduk bertambah baik secara tidak langsung. Sehingga hari ini pun, kemasukan buruh asing untuk bekerja di sektor-sektor yang kurang pekerja telah membantu memajukan ekonomi negara.

Melihat kepada migrasi dalaman Malaysia, kesan positif yang dirasakan ialah perkembangan sektor pembangunan perumahan dan pertempatan baru. Disamping itu, wujud juga pusat perdagangan baru dikawasan tumpuan migrasi. Kebanyakkan kawasan ibu negeri di Malaysia begitu pesat membangunkan kawasan pertempatan baru. Tumpuan migrasi akan menyebabkan permintaan kawasan kediaman begitu tinggi. Ini dapat dilihat pada jadual 12.4 di bawah.

Migrasi golongan pekerja profesional menguntungkan negara yang dituju kerana negara tersebut tidak perlu menghabiskan wang untuk melatih gologan ini. Bagi Singapura pula, mereka mengeksport tenaga kerja mahir dan professional sebagai pelaburan teknikal ke negara-negara maju dan sedang membangun. Mereka boleh ditemui di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Malaysia, Afrika Selatan dan beberapa Negara Eropah. Jika kita lihat di kawasan industri Gebeng, Kuantan, terdapat ratusan atau mungkin ribuan ekspatriat yang bertugas di kilang-kilang berjenama besar. Biasanya mereka ini dibayar dengan nilai dolar Amerika, dan bayangkanlah kuasa beli yang mereka miliki. Selain itu, mereka juga menyumbangkan ilmu serta kepakaran dalam pembangunan negara ini, setidak-tidaknya selagi mereka berada di Malaysia sebelum kembali negara asal.
.
Dari aspek ekonomi, kesan positif dapat dilihat melalui langkah kerajaan telah mengambil pendekatan pengurangan bajet, dalam mengawal kenaikan gaji buruh dan inflasi dan ini merupakan aspek utama dalam menuju kepada kejayaan pertumbuhan ekonomi. Melalui kaedah ini, kerajaan dapat mengurangkan penggunaan wang yang banyak untuk membayar gaji atau upah kepada buruh asing ini, kerana mereka tidak terlalu meminta-minta gaji yang lebih dan tidak menghiraukan sangat tentang pendapatan yang mereka perolehi, asalkan duit yang mereka terima itu mampu untuk menyara keluarga di negara mereka dan sebagainya. Secara tidak langsung para majikan akan mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan kerana mereka tidak perlu lagi menawarkan kos untuk kemudahan sosial seperti tabung kebajikan pekerja, faedah perubatan dan faedah-faedah lain kepada buruh asing ini. Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.

Bukan itu sahaja, migrasi pekerja asing yang menawarkan kos buruh yang murah memberikan sektor pembuatan negara terutama industri kecil dan sederhana mampu bersaing dengan negara-negara lain kerana menggaji pekerja asing. Kadar upah yang secara relatifnya rendah berbanding mengupah pekerja tempatan menyebabkan sektor industri kita mampu mengeksport barangan lebih murah ke negara-negara lain. Keadaan ini secara tidak langsung turut menjana pertumbuhan pesat eksport negara. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa dengan migrasi memberikan kesan posotif untuk mempertingkatkan kemajuan perkembangan ekonomi negara.

Kesimpulan dapat dirumuskan bahawa migrasi memberikan impak besar kepada sektor perkembangan ekonomi, sisoal dan budaya setempat. Kesan ini jugak meningkatkan kemajuan pertumbuhan kemajuan negara Malaysia untuk menjamin kejayaan ke arah negara maju dan moden.


3. Bincangkan cabaran-cabaran kepada negara Malaysia dari segi menyediakan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor perkilangannya.
Industri perkilangan, merupakan sebahagian penyuntik utama dalam penjanaan indeks ekonomi bagi sesebuah negara. Pertumbuhan pesat industri ini boleh menjadi indikasi terhadap status kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Justeru itu, semestinyalah industri ini menjadi pemangkin dan katalis yang akan mencorakkan arus perdana pembangunan bagi sesebuah negara. Bagi memastikan arah tuju perlaksanaan berada di landasan yang betul perhatian yang serius dari segi pengurusan, tenaga kerja, pengiktirafan, latihan, khidmat nasihat, kualiti kerja, penyelidikan, penyeragaman teknik serta promosi perlu dipertingkat dari masa ke semasa. Sumbangan sektor perkilangan kepada hasil keluaran negeri telah meningkat dengan banyak iaitu daripada 9% keluaran kasar negeri pada tahun 1990 kepada 15% pada tahun 1997. Walau bagaimanapun sektor perkilangan negeri masih di tahap awal, di mana proses perkilangan dikuasai oleh pemprosesan sumber semulajadi. Bilangan besar bagi keluaran pengilangan adalah termasuk balak yang dipotong, veneer, papan lapis, wooden mauldings, uncoated printings and writing paper, processed palm oil, methanol and Hot Briquetted Iron. Keluaran lain, seperti perabot dan barangan elektrik juga dihasilkan tetapi dalam kuantiti yang kecil. Sektor perkilangan negeri merangkumi industri besar, kecil dan sederhana.

Namun demikian terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi untuk menyediakan peluang pekerjaan. Bidang atau jurusan yang dipelajari dengan kemahuan pasaran industri selalunya tidak sesuai. Kebanyakan bidang kemahiran perkilangan yang terdapat sekarang ini memerlukan pengalaman yang tinggi berbanding dengan teori yang dipelajari. Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Rekabentuk Produk) di PPK Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertujuan untuk melatih pelajar dalam bidang kejuruteraan rekabentuk melalui penjanaan dan penyebaran teknik-teknik berinovasi dalam pengajaran dan penyelidikan. Perjalanan kursus telah dirangka ke arah melahirkan jurutera yang berpengetahuan dan mahir dalam mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari. Cabaran ini dirasakan begitu mencabar bagi mengimbangi keupayaan tersebut.

Kos penyediaan tapak untuk membina kawasan perkilangan juga memberikan cabaran kepada kerajaan. Pembinaan sesebuah kilang menanggung kos yang tinggi. Pengusaha kilang sedar kepentingan menyediakan pekerjaan untuk tenaga kerja setempat tetapi kos pembinaan yang telalu tinggi menyebabkan terbantutnya usaha ini. Ini merupakan perkara asas dalam menyediakan pekerjaan di sektor perkilangan. Sebagai contohnya, Sabah belum ada lagi kilang oleo-kimia. Kilang-kilang oleo-kimia semuanya terletak di Semenanjung Malaysia. Kos memindahkan teknologi oleo-kimia memerlukan perancangan yang teliti dan kos yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa cabaran yang kritikal dihadapai oleh kerajaan Malaysia.

Masalah kegawatan ekonomi global juga dirasakan oleh pengusaha kilang dalam menyediakan pekerjaan. Kegawatan ini menyebabkan banyak kilang memberhentikan opersi mereka atau mengurangkan kos tenaga pekerja. Cabaran global sebegini menyebabkan sektor perkilangan bertindak memberhentikan ramai pekerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dilaporkan berkata, seramai 45,000 pekerja sektor pembuatan di seluruh negara terpaksa 'diberhentikan' sementara kerana kebanyakan kilang menutup operasi sehingga tiga minggu bagi mengurangkan kos akibat krisis ekonomi global. Ini menunjukkan bahawa cabaran untuk menyediakan pekerjaan di sektor perkilangan menghadapi masalah ekoran kegawatan ekonomi global. Jelas kegawatan ekonomi memberikan tamparan hebat terhadap penyediaan pekerjaan di sektor perkilangan.

Keupayaan menyediakan kemampuan tenaga kerja yang bermutu juga merupakan cabaran yang cukup kental dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Pembinaan kilang yang tinggi kualitinya memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti. Oleh yang demikian, pengusaha lebih menumpukan kos penggunaan tenaga robot untuk menyelesaikan masalah ini. Dilihat dari satu sudut ia memberkan kebaikan kepada perkembangan hasilan kilang tetapi dari segi menyediakan tenaga kerja memberikan cabaran yang terlalu kritikal.

Perubahan dalam komposisi industri boleh membawa. kepada peningkatan ketidakseimbangan agihan pendapatan buruh. Di Amerika Syarikat misalnya kesan daripada perubahan komposisi indusitri adalah kehilangan banyak pekerjaan dalam sektor pembuatan, dan akibatnya agihan
pendapatan menjadi lebih tidak seimbang (Bernard & Jansen, 1998). Di Malaysia, perubahan komposisi industri membawa kepada perubahankomposisi kemahiran kesan daripada peningkatan permintaan kepada buruh mahir bagi mengoperasikan teknologi moden. Pertambahan
permintaan buruh mahir ini akan menolak upah ke atas dan lebih memanfaatkan buruh mahir tersebut (Katz & Murphy, 1992; Levy & Murnane, 1992; Rahmah, 2000). Sebenarnya proses perindustrian merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan agihan pendapatan di Malaysia menjadi lebih tidak seimbang selepas tahun 1990. Imbangan pendapatan juga merupakan cabaran yang dihadapi kepada penyediaan peluang pekerjaan di sektor perkilangan. Imbangan pendapatan ini memberikan kesan kepada sesuatu perkembangan perkilangan di Malaysia.

Sebagai kesimpulannnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan. Keupayan ini menyebabkan pelbagai kajian dilakukan untuk menjamin pekerjaan penduduk setempat dalam sektor perkilangan. Usaha yang giat juga telah dilakukan oleh kerajaan.


4. Sebagai seorang warga alam sekitar, jelaskan bagaimana anda boleh membantu memelihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal anda.


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Dari pernyataan di atas, sebagai warga yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar perlu sensitif dan perihatin dengan alam sekitar kita. Kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Sebagai contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik, kini telah dipenuhi dengan sampah sarap.Banyak perkara dapat kita sumbangkan untuk membantu memalihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal kita.

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca. Oleh itu, barang-barang ini selalu terdapat di sekeliling saya. Sebagai seorang yang prihatin terhadap kebersihan alam sekitar, saya perlu mengumpul benda-benda ini dalam tempat yang khas di rumah. Saya juga akan mendidik anak-anak supaya tahu tentang kitar semula.Kesemua benda ini akan mendatangkan sedikit wang dengan menjual kepada pembeli barang terpakai atau lusuh. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kebersihan alam sekitar dan memberikan pulangan yang berbaloi.

Sebagai seorang guru, saya sememangnya boleh memainkan peranan dalam usaha memulihara alam sekitar. Banyak perkara yang boleh saya rancang sebagai menyahut usaha memulihara alam sekitar. Antara usaha yang dilakukan ialah dengan mengadakan kempen memulihara alam sekitar peringkat sekolah. Program kempen ini akan dipenuhi dengan ceramah dari golongan yang pakar dalam bidang memulihara alam sekitar. Kempen ini juga akan menganjurkan perkhemahan yang memberikan tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Perkhemahan itu memberikan peluang kepada para peserta mendekati alam semula jadi serta mengenal pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Semua aktiviti lasak dijalankan di kawasan yang menjadi habitat pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan, termasuk hidupan yang mungkin tidak pernah dilihat oleh peserta. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah memperhatikan dan mengenal spesies burung, meredah hutan belantara, kajian dan ekplorasi paya bakau, kajian ekosistem hutan, meredah sungai dan tanah tinggi.

Kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘tak apa' dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya. Melalui persatuan atau pertubuhan agama juga dapat dilaksanakan. Sebagai seorang ahli jawatankuasa masjid, saya boleh memainkan peranan menyedarkan masyarakat setempat dengan mengatur kuliah-kuliah ilmu bulanan dalam aktiviti ilmu di masjid tempat saya tinggal. Penghayatan ilmu agama yang mendalam tentang kepentingan memulihara alam sekitar dirasakan dapat mendidik jiwa masyarakat kerana ia melibatkan aqidah tentang doa dan pahala.

Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, saya perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota keluarga saya perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya. Langkah yang perlu saya ambil ialah membuang sampah di tempat yang sesuai.

Menanamkan sifat kasih sayang kepada benda hidup di alam ini merupakan satu ajaran yang terdapat dalam Agama Islam. Islam menuntut kita agar bertanggungjawab dalam menjaga dan memulihara alam sekitar kerana ia merupakan anugerah Allah yang amat bernilai. Saya juga akan berusaha menyediakan info ilmiah ini dalam menyediakan teks khutbah Jumaat. Dalam Agama Islam, setiap hari Jumaat umat Islam wajib menunaikan solat Jumaat. Dirasakan dengan membacakan khutbah dan peringatan mengenai memulihara alam sekitar boleh menyedarkan masyarakat di tempat saya.

Sebagai pengguna saya sememangnya selalu pergi membeli-belah barangan harian. Sebagai memainkan peranan untuk memulihara alam sekitar saya akan memastikan menggunakan beg mesra alam .Pemilihan pusat membeli-belah yang menggunakan beg plastik mesra alam telah wujud. Ini dapat kita perolehi dengan membeli-belah di pusat membeli-belah Tesco. Pusat membeli-belah ini mengeluarkan beg plastik yang mudah reput. Ini merupakan satu langkah bagi saya mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah dan seterusnya mengurangkan pelupusan sisa yang tidak mudah terurai di tapak pelupusan. Gunakanlah beg ini ketika keluar membeli barangan keperluan harian dan budayakan amalan kitar semula. Satu buku kecil Amalan Mesra Alam atau Environmental Friendly Practices. Contoh lain yang dapat kita praktikan dengan mengambil contoh Negeri Pulau Pinang dimana pusat beli-belah menetapkan hari Isnin merupakan hari tanpa plastik. In juga boleh juga saya amalkan dalam kehidupan seharian bagi memainkan peranan ke arah memulihara alam sekitar.

Kesimpulannya, semua usaha yang saya huraikan adalah releven untuk usaha memulihara alam sekitar. Jati diri yang kuat juga mampu menjadi pemangkin menjayakan usaha murni ini.

asimen kajian sosial OUM 2009 oleh Pak long.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...