Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 26 September 2016

Catatan Ulama Tersohor

Cuba hayati petikan ucapan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buat teman2 @ sahabat semua

Sedap kata-katanya :


"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”

kata paklong : ulama disanjung

Sabtu, 24 September 2016

Buat Renungan Diri Ini


ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu MANDI sendiri SEBELUM orang MANDIKAN KITA..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu pergi ke SURAU sendiri SEBELUM orang mengANGKAT KITA ke SURAU..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu SOLAT BERJEMA'AH SEBELUM JEMA'AH yang SOLATkan KITA..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu SOLAT di BELAKANG IMAM SEBELUM KITA diSOLATkan di HADAPAN IMAM..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu memBACA YASIN SEBELUM orang memBACAkan YASIN untuk KITA..

ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu menZIARAHI KUBUR SEBELUM orang menZIARAHI KITA di KUBUR..

ALHAMDULILLAH,
Kita masih mampu berpesan2  kepada kebenaran dan kesabaran.
Sebelum semua terhenti..

kata paklong : sentiasa hisab diri...

Rabu, 21 September 2016

Manfaatkan Air Suam

CARA PENGGUNAAN AIR SUAM
Bangunlah pagi-pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam ketika perut kosong. Jangan makan apa-apa 45 minit selepas itu.
Anda mungkin tidak dapat meminum 4 gelas pada awalnya, tetapi perlahan-lahan anda akan dapat melakukannya.
Terapi air suam akan menyelesaikan isu-isu kesihatan dalam tempoh yang sewajarnya:
1. Diabetes dalam 30 hari
2. Tekanan darah dalam masa 30 hari
3.isu-isu yang berkaitan perut dalam masa 10 hari
4. Semua jenis kanser dalam 9 bulan
5. Urat tersumbat dalam 6 bulan
6. Kurang selera makan. Dalam tempoh 10 hari
 7. Rahim dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari
8. Masalah Hidung, Telinga & Tekak dalam 10 hari.
9. Masalah Wanita. Dalam masa 15 hari,
10. penyakit jantung dalam 30 hari
11. Sakit kepala / Migrain dalam 3 hari
12. Tekanan darah rendah dalam 30 hari.
13. Kolesterol dalam 4 bulan
14. Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan

15. Asma dalam 4 bulan.

kata paklong : tuntut dan amalkan...

Penulisan Bahasa Melayu Tahun 3

Lengkapkan  petikan di bawah....


kata paklong : anda buat anda dapat....

Sabtu, 17 September 2016

Bicara Minda...


Antara  Adat  Melayu  Yang  Bertentangan  Islam  Tetapi  Masih  Diteruskan  Hingga  Kini

1. *Mendengar berita kematian:*


Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. *Usung jenazah*

Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. *Tanam jenazah*

Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. *Kubur jenazah*

Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. *Kenduri arwah*

Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. *Talqin*

Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

kata paklong : rajin-rajin  la gi baca kitab...

Latihan karangan Bahasa Melayu Tahun 3

Jom cuba latihan melengkapkan karangan untuk murid tahun 3....

kata paklong : anda buat, anda dapat...

Jumaat, 9 September 2016

Dunia Seni Visual

kalau la dapat mengajar seni menggunakan laptop kat bebudak kan best. tak tau la bila dapat rasa bebudak ada sorang satu laptop....kalau semua jujur...pastinya impian akan jadi nyata....belajar bersama IT...

kata paklong: nawaitu terlalu penting

Khamis, 8 September 2016

Bahasa Melayu Tahun 3 - cari perkataan

bahan untuk permainan bahasa. mencari perkataan mengikut jenis-jenis kata dalam Bahasa Melayu Tahun 3.










kata paklong : permainan bahasa untuk tajamkan minda...

Selasa, 6 September 2016

boleh diakses kembali....

Kini  berasa lega 1 bestarinet sudah membolehkan blogspot.com dilayari melalui internet sekolah. Suatu yang mengembirakan kerana rujukan dalam blogspot.com boleh diakses. 
Tahniah KPM…..
kata paklong : yang baik kita kongsi bersama...

Jumaat, 2 September 2016

blogspot.com disekat 1 bestarinet

Bermula 1.9.2016 “ 1 bestarinet “ menyekat blogspot.com. Atas dasar apakah KPM menyekat blogspot.com  tersebut. Sedangkan para guru banyak membangunkan blog  sebagai wadah rujukkan pelajar. Adalah diharapkan pihak KPM mengkaji balik  sekatan tersebut. Jutaan blog guru-guru dan blog sekolah tidak berfungsi sebagai rujukkan apabila disekat. Buka mata buka minda ……


kata paklong : kaji dulu baru bertindak....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...