Kengkawan ( المرافقون )

Ahad, 25 Julai 2010

Barang Naik, Hujan jer Turun....



Salam buat semua kengkawan dan kenalan serta pengunjung blog hamba. Kini era globalisasi yang kian mencengkam kehidupan. Kini kita tahu bahawa negara dilanda kemelesetan ekonomi yang runcing. Kenaikan harga barang tidak dimomokkan diakhbar, tetapi permainan bahasa pihak akhbar cuba mengabui mata kita dengan rangkaikata "Pelarasan Harga Barang".

Jika dilihat dari sudut yang biasa perkataan pelarasan harga ini bukan menampakkan kenaikan harga. Namun hakikatnya harga barang terus-terusan naik. Kenaikan barangan yang paling sinonim dengan kehidupan kita seperti gula, susu dan minyak petrol cukup membebankan rakyat.

Persoalannya, kenapa dan mengapa harga barang ini naik ketika umat ISLAM sudah hampir dengan bulan RAMADAN dan bulan Syawal. Pada saat inilah kita memerlukan barangan tersebut untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Ini cukup menyedihkan kita bahawa pihak berwajib semacam tidak peka sebaliknya PEKAK dengan suasana semasa.

Kita sebagai penguna sering kali ditipu dalam apa jua keadaan. Persatuan pengguna misalnya hanya mampu berkokok dalam TV tetapi tidak memberikan keberuntungan kepada pengguna amnya. Pihak berwajib lagi pula lain halnya. Kalau kita dengar pihak kementerian hal ehwal pengguna acap kalau membuat propaganda bodoh yang cukup memualkan.

Kalau gula naik kita perlu kurangkan makan gula. Adakah alasan sumbang macam ini boleh kita terima. Sedangkan penggunaan gula cukup penting kepada kita. Satu lagi alasan kenaikan harga gula kerana gula diseludup ke negara jiran. Mengapa semasa harga naik sahaja alasan ini diungkapkan. Adakah dimasa lain tidak berlaku penyeludupan barangan tersebut.

Perbandingan yang dibuat oleh pihak berwajib juga menunjukkan bahawa mereka yang berada di atas tidak mahu bertanggung jawab dengan kesalahan mereka. Mengapa kita perlu membandingkan harga petrol dengan Singapura atau Thailand, sedangkan negara ini bukan negara pengeluar minyak. Kadar harga bagi negara tersebut perlu dibandingkan dengan pendapatan bulanan rakyat negara tersebut. Singapura berapa ribu sebulan pendapatan mereka berbanding dengan rakyat Malaysia.

Sebagai kesimpulannya, pihak-pihak ini perlu bertanggung jawab di atas kenaikan harga barang. Jangan mencari alasan mudah dan bodoh untuk mempertahankan kedudukan mereka. Jika tidak mampu menangani masalah itu, seeloknya berundur dari memegang jawatan tersebut. Buatlah sesuatu yang baik, walaupun cukup pahit untuk ditelan.

Selasa, 13 Julai 2010

Doa dari golongan marhain.


Padamu ya ALLAH..

Berikan hidayah kepada kami

Terangkanlah hati kami

Untuk menerima pelajaran yang diberi

Bukakanlah hati ketua-ketua kami

Dari melakukan perkara

Yang memberikan kemudaratan kepada kami

Dari membuat pembaharuan

Yang bukan-bukan

Dalam dunia pendidikan

Agar kami mampu

Berada dijalan yang selamat.

kata guru : Bila subjek matematik dan sains nak kembali kepada bahasa melayu sepenuhnya...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...