Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 29 Jun 2010

Piala dunia Oh Piala Dunia



salam semua....
mak aiii......lama tak apdet blog aku. start piala dunia ni, asik pi afrika selatan jer. minat nak apdet blog dah slow. tambah lak asimen banyak nak akhir bulan tujuh ni. jadi aku nak ajak sesiapa yang singgah blog aku layan lagu piala dunia ni. sebenarnya aku minat ngan nancy ajram penyanyi arab ni. lawa..idung mancung....maap la aku tak jenjalan kat blog kengkawan. tapi insyaalah akan aku ziarah jugak blog sahabat tanda aku masih ingat korang terutama blog cik Hel....

kata aku : sapa la juara piala dunia.

Isnin, 21 Jun 2010

Tipu kena ada cara

Sejak ada piala dunia, aku jarang buat entri. Demam bola sedang melanda. Dok ngadap TV nengok bola. Bola punya siaran langsung tak der gimik atau tipu. Ni betul real.



Bercakap bab rancangan TV, aku rasa macam ditipu jer rasanya. Kalau kita menonton rancangan nyanyian terdapat unsur memperbodohkan penonton. Aku bagi contoh rancangan nyanyian kat TV. Penyanyi tak la dasat sangat menyanyi, tapi penonton tepuk sakan. Tak pun ada ketika penonton bertepuk mengikut rentak nyanyian, pada hal penerbit kat belakang kamera mengarahkan berbuat begitu. Jadi aku rasa macam kena tipu jer ketika menonton rancangan tersebut. Kengkadang kamera terambil penerbit yang beraksi menyuruh penonton bertepuk. Nak tipu pandai la cover.

Kata penonton : Tipah tak nak kena tipu lagi....

Khamis, 17 Jun 2010

Broadband Buat LAWAK BODO.

Kali ni bercakap bab broadband. Ada la aku terdengar sok-sek kerajaan kata nak jadikan masyarakat Malaysia bijak IT dan luaskan perkhidmatan jalur lebar diseluruh Malaysia. Aku jadi lucu tentang kenyataan ala-ala lawak bodoh tu.

Kalau nak bercakap dan buat kenyataan pun kaji la dulu. Cuba datang kawasan-kawasan pedalaman bawak broadband dan cuba layari internet, tengok apa kisahnya. Bawak la broadband jenis apapun aku tak kisah.

Apa yang akan jadik mesti macam dalam gambar kat bawah ni. Kalau macam ni, pakai broadband buat apa, yang kaya tokenya. Bayaran tetap kena, tapi servis macam ”celaka”. Menda ni kalau kat bandar ok la, kalau kat kampung buat perhiasan jer la.



Ni aku bagi lokasi kampung aku. Tak jauh dengan bandar Taiping. Pakai la broadband jenis apapun langsung tak der apa. Nak dapat line pun susah. Bab ni Malaysia tak boleh nak mendabik dada. Kita masih teringgal jauh dalam prasarana yang canggih ni. Sekadar nak menulis karangan dalam UPSR boleh la...relitinya macam”taik” (emo sikit tu)




kata kucing aku : tu bukan broadband tapi BEROKBAND"

Rabu, 16 Jun 2010

Budaya Orang Banjar.

Salam semua..

Lama aku tak buat entri.Maklum la cuti sekolah. Cuti segalanya. Rehatkan minda. Kali ni aku muncul lagi dengan entri ala-ala kebudayaan.


Aku nak cerita tentang gambar kat atas tu. Ni la budaya orang banjar. Dalam bahasa banjar dinamakan ”bepukung”. Orang banjar kalau nak bagi anak kecik tidur nyenyak akan buat macam ni la. Tapi kemahiran ni bukan semua orang boleh buat. Budaya turun-temurun ni masih lagi dikekalkan oleh masyarakat banjar.


Kata Kulaan : Jom belajar kemahiran bepukung.

Rabu, 9 Jun 2010

Amboi Wanginyer Hadiah


Salam semua...
Aku memang gembira hari ni. Bila aku tengok kat peti surat ada bungkusan. Terus aku bukak hadiah tu..Fuhhh..aku memang cukup happy dengan hadiah ni..ni la hadiahnya...

terima kasih banyak aku ucapkan pada Cik Dahlia di atas hadiah yang dikirimkan. Dan minggu-minggu seterusnya adalah minggu berwangi-wangian...

Dan ni la blog cik dahlia...paling gempaq blog barunya...aku baru tahu yang dia ada francais blog lagi satu...dengan tajuk : DaHlia VeRSi WP


1. Yang ni blog fofular cik Dahlia..



2. Yang ni pulak blog baru Cik Dahlia...WP tu aper erk ???


Akhir kalam : aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana bersusah-payah hantar hadiah untuk aku. Nanti kalau ada contest nak masuk lagi. SyUkRAn...

Isnin, 7 Jun 2010

TAG mai lagi....



Salam semua...
fuyooo...TAG mai lagi....bahagianya. Terima kasih buat Misz yang hadiah TAG dekat aku. Maap la no aku lambat jawab. Tapi insyaalah aku tetap jawab TAG yang mai dekat aku. Ni dia gambaq Misz aku sertakan sekali. Aku siap pebesaq gambaq dia...



1)ADAKAH ANDA HAPPY SEKARANG?

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebahagiaan



2)KENAPA ANDA HAPPY?

Perkara paling asas untuk mendapat kegembiraan ini ialah, kita mesti selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kekurangan diri dengan hati terbuka. Usah jadikan rupa paras atau warna kulit sebagai perbandingan yang menyebabkan kita rendah diri kerana ia anugerah terbaik dan unik Allah kepada setiap insan.Keselesaan ini membuat kita yakin dan tenang; yang menjadi tonggak kepada kesejahteraan fikiran.

Sumber : http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/82/Membendung-rasa-negatif



3)APAKAH BENDA YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA HAPPY?

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

Sumber : http://ruhulsyaheedah.blogspot.com/2009/10/mencari-ketenangan-hati-dan-jiwa.html



4)PERNAHKAH ANDA MENERIMA TAGG?

Bab Tag ni aku dah banyak kali dapat . Aku menganggap TAG ni satu benda yang happy tapi ada hikmahnya jika betul caranya. Kalau ada sesiapa yang berhajat nak bagi TAG, bagi la dekat aku...


5)NYATAKAN WARNA YG ANDA SUKA.

Warna pebret aku putih dan hijau...jangan jeles aaa....


6)BERITAHU 9 ORG YG ANDA MAHU TAG

http://kenanganjadirinduan.blogspot.com/

http://dyjat-aniis.blogspot.com/

http://mum-of-4.blogspot.com/

http://norgadis.blogspot.com/

http://fieza79.blogspot.com/


7)TULISKAN SESUATU TENTANG ORG YG ANDA TAG.TULIS PANJANG BERJELA PUN

XPE

1. Seorang blogger wanita OKU yang cukup gigih dan penuh ketabahan dalam diri.

2. Seorang guru yang mengajar kemahiran hidup. Tinggal di Nibung Tebal.

3. Seorang blogger yang aku kenal sebagai pembantu di sekolah pendidikan KHAS.

4. Seorang blogger warga Singapura yang sempoi mempunyai 4 org cahaya mata.

5. Seorang blogger yang aktif dalam penulisan sastera terutama cerpen. Orang Labuan, Sabah.

6. Seorang blogger dari Kulim mama kepada 2 orang cahaya mata.


8)ADAKAH ANDA HAPPY DGN APA YG ADA?

Memang happy dan bersyukur dengan apa yang aku ada.

Jadi kita layan lagu ni.....



Bawa bag ke rumah cik Nawab,
Bawa bersama sebotol cuka,
sapa yang diTAG tolong la jawab,
kita cuma nak suka-suka,


Ahad, 6 Jun 2010

Majlis Berlaga Pusat.

Cuti sekolah dah bermula. Macam-macam plan keluarga telah dirancang. Ada yang bercuti di pulau, pulang ziarah keluarga di kampung dan tak kurang yang rancang jalan-jalan perabih duit.


Tapi dalam cuti ni paling meriah ialah majlis “berlaga pusat”. Memang meriah cary sekali. Banyak majlis perkahwinan yang dijalankan sempena cuti sekolah. Yang peliknya cuti sekolah sepanjang minggu, tapi kenapa hari Sabtu dan Ahad jugak jadi pilihan.


Pada entri kali ni aku nak buat satu kupasan tentang perkara wajib ada dalam melaksanakan majlis tersebut dan kalau ada menda ni mungkin lagi meriah.


1. Mesti makan secara layan diri. Dari masyarakat kota hingga ceruk desa sudah menerima amalan layan diri. Senang dan mudah pengendaliannya.


Layanan macam ni biasa dah kita lihat....


Aku rasa lebih meriah kalau ada mesin cam ni...

2. Sekarang ni dah jadi trend terdapat juadah bubur disediakan. Tak nak makan nasik kita boleh layan bubur. Bubur yang kebiasaannya disediakan ialah bubur kacang dan bubur pulut itam.

Juadah bubur kacang atau pulut itam yang disediakan...

Aku rasa lebih meriah kalau kita sediakan pizza atau yang sama waktu dengannya...

3. Paling penting majlis mesti ada pelamin. Kelas atau tidak majlis tu ditentukan dengan sejauhmana kecantikkan pelamin tersebut.

Pelamin jadi identiti paling glemour.....


Aku rasa lebih meriah menda ni kita jadikan pelamin, letak kat ruang tamu...


Kata pak andam : Tak kuasa mak nak melayan kerenah pengantin. Buat semua pengantin baru kat Malaysia ni....selamat bergumbira dan ehem-ehem..

Sabtu, 5 Jun 2010

TAG 5 X 10


Salam buat semua....
TAG datang lagi...amboi kerap aku kena TAG. Akan aku usahakan untuk menjawab TAG ni.Terima kasih buat Nor sebab TAG aku. Orang SABAH bah...jadi aku jawab la tag ni..

Soalan yang diberikan ialah :



1. 10 fakta tentang aku
aku seorang guru.

aku dah kawin....

aku seorang pesawah...

aku seorang nelayan...

aku orang BANJAR....

peminat basikal...

pengemar NASIK KANDAQ..

jurufoto sekolah....

Jurulatih Takraw Kelompok 6....

minat sukan lumba moto...




2. 10 perkara menakutkan aku





3. 10 perkataan yg selalu aku sebut


aku bagi 7 jer sebab kertas tak cukup...




5. 10 “pertama kali” dalam hidup aku

1. lahir kedunia.
2. Dapat anugerah cemerlang
3. mendapat cahaya mata pertama
4. gaji pertama setelah bergelar guru
5. malam pertama ..ehem-ehem..
6. akad nikah
7. lulus lesen kereta-moto
8. aku malas la nak jawab..banyak sangat..



8. 7 ahli yg terpilih tuk menjawab soalan TAG ni ialah


http://casablander.blogspot.com/

http://www.kauilhamku881204.blogspot.com/

http://mimz77.blogspot.com/

http://azieazah-aa.blogspot.com/

http://ceracapqasturi.blogspot.com/

http://lipislady.blogspot.com/


pesanan penaja : kepada insan yang aku TAG..kalau terbaca tolong jawab...tak buat entri pun tak apa..jawab dalam hati pun dah cukup...

Jumaat, 4 Jun 2010

TAG Paling Susah Aku dapat

Salam satu Malaysia.....

Lama aku tak dapat TAG. Kali ni aku dapat TAG dari sahabat aku ....Tu dia pic dia kat bawah tu..mekasih banyak aku ucapkan pada sahabatku SYAMIL yg sudi TAG aku.
Nak tahu lebih lanjut gi la jenjalan kat blog dia....

http://kauilhamku881204.blogspot.com/




Cara-cara nak jawab TAG berdasarkan undang-undang di bawah.....

Rules :

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...
ok..jadi saya akan menggunakan huruf ‘K’ sepanjang menjawab TAG ini..betul kan??


1. What is your name :

KARIM BIN ISHAK



Tu la nama penuh aku dalam I/C.....


2. A four letter word :
KARI

pekena kari kepala sembilang kaw beb....


3. A boy's name :
KASSIM
bukan kassim selamat bro...


KHAIRUN NAIMAH

ni adalah anak murid aku....kira anak jugak kan...nama dia jer bermula ngan huruf K


5. An occupation :
KAKITANGAN KPM



KPM tu kementerian pendidikan malaysia.....
sempoi tak aku.....


6. A colour :
KUNING LEMBUT


sesuai la kaler ni buat baju melayu tuk raya tahun ni...

7. Something you wear :
KASUT

Ni la kasut aku ngajar PJ....brand mau baik bro...



8. A food :
KETUPAT PALAS

Ketupat ni kalau cicah dengan kari LOKAN.....sedap ni..


9. Something found in the bathroom :
KAIN BASAHAN

Pakai kain basahan.....jangan mandi ehem-ehem...tak elok ma..



10. A place :
KAMPUNG SELINSING, SPG 4 SEMANGGOL, PERAK


11. A reason for being late :
KODEK BLOG SAMPAI PAGI


12. Something u shout :
KUANG…KUANG….KUANG


ni la karton paling aku minat.....

13. A movie title :
KAK ROS….PELAKON DALAM UPIN DAN IPIN MOVIE

cun jugak kak ros ni.....



14. Something u drink :
KOPI ‘O’ AIS KAW

pekena ngan roti canai...fuhhh sedap tu yeop...


15. A musical group :
KUMPULAN WALI BAND.


cuba teka nama lagu ni......

16. An animal :
KUCING

ni kalau buat pelok dikala tidur sedap ni..hangat suam-suam...


17. A street name :
KAMPUNG SELINSING.

sah lepas ni kampung aku jadi glemour....


18. A type of car :
KERETA SORONG

ni pun orang panggil kereta jugak kan....


Now tag twenty (20) people.

aku nak tag 200,000 orang untuk jawab tag ni...opp maap pengikut aku tak sampai banyak tu..jadi aku nak tag semua pengikut aku....aku tak paksa jawab....tapi aku memenuhi syarat asas TAG ni...tapi kata orang kalau dah berutang kena la langsaikan...jangan bagi along gi simbah cat kat blog korang..hehehehe


Kata tukang buat TAG : Jawab la TAG ni demi kemajuan sukan negara...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...