Kengkawan ( المرافقون )
Selasa, 29 Mac 2011
Tak Buat Kena SAMAN
Ahad, 27 Mac 2011
CONTEST Hadiah Misteri Paklong
Syarat-syarat contest :-
1.terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dengan menjawab soalan mudah :
i- Apakah Slogan Bandar Taiping ?
ii- Dan lengkapkan pantun berikut :
Anak itik didalam timba,
Anak ayam diatas meja,
……………………………………
……………………………………
4. tarikh tutup penyertaan : 7 April 2011
****Empat pemenang bakal memenangi hadiah misteri yg disediakan.
kata pak long : jom sertai contest sulung pak long.
Sabtu, 26 Mac 2011
Kenangan Mengusik Jiwer
Jumaat, 25 Mac 2011
Orang Atas Semua BETUL.
Surat dan kertas ujian diterima pada 7/3/2011. Buat ujian untuk murid bermasalah dalam Bahasa Melayu. Bagi satu salinan dan cikgu kena buat salinan lain untuk ujian. Perlu dihantar keputusan yang telah dianalisa pada 10/3/2011.
Ni la yang selalu terjadi pada insan bawahan. Kalau tak buat kena buat surat tunjuk sebab. Tapi dalam keadaan tersepit terpaksa melakukan “kerja gila” macam ni. Kerap sangat benda ini terjadi tetapi tiada siapa yang berani membantah. Main telan semua yang diterima. Semua ini kerana “saya yg menurut perintah”.
Jawapan sopan:-
1. Taka pa, saya akan selesaikan dengan segera.
Jawapan dalam hati.
2. kenapa la kerja ni aku yg kena buat.
Jawapan meluat.
3. Ingat kita ni jentera, nak buat keja kalut macam tu.
Jawapan brutal.
4. Hang nak cepat buat sendiri.
kata pak long : katakan TIDAK pada kerja KELAM-KABUT...
Khamis, 24 Mac 2011
Apa Yang PELIK
Selasa, 22 Mac 2011
Kalau Dah Nak Jadi Rejeki
Selasa 22 Mac
Perlawanan sepak takraw kelompok 6 daerah Kerian telah mengadakan pertandingan inter-regu.
Aku lah orang yang paling gembira diatas kejayaan anak buah aku telah menjadi juara. Memang rasa berbaloi dengan segala rintangan dan pengorbanan yang aku dan anak buah aku lalui. Syukur alhamdullilah.
kata pak long : Padamu Ya ALLAH aku bersyukur.
Isnin, 21 Mac 2011
Nasib Malang Bertimpa-timpa.
Ahad, 20 Mac 2011
APC Jangan Pijak Kawan.
Jumaat sebelum cuti sekolah hari tu hati aku terasa panas dan rasa terhina. Apa tidaknya, bebudak takraw aku didenda dan dimarahi dihadapan aku. Memang la aku time tu buat keja set borang tuk perlawanan minggu lepas cuti. Cikgu Otai ni memang berbulu dengan aku dah lama, ada saja menda yang tak kena kalau aku yang buat. Kalau dia buat apapun semua baik jer. Dok bela binatang dan tanam bunga ajak bebudak waktu P&P dia pun ok jer. Tapi aku tak kisah la apa yg dia nak buat. Syarat jangan kacau kerja aku. Aku tahu dia ni target nak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ). Dia ni sebenarnya dah dapat anugerah menegak dah. Tapi jenis tak cukup dgn apa yg ada, masih nak jugak APC. Ambik la APC tu aku tak kisah, asal jangan pijak kepala kengkawan. Gaji dia ni dah rapat kedinding dah, masih tak cukup. Buat bisnes macam-macam. Meniaga anak ikan jual kebudak sekolah, kebun sawit tah berapa ekar, buat kerusi batu, dan tah apa bisnes semua dibuat. Masih tak cukup. Jenis hati busuk ni susah nak buat kawan.
Tapi aku tak nak la bermusuh. Aku masih cool dan buat tak der menda dengan hal tu. Betul kata GB aku..”nak cari kawan susah, nak cari musuh senang”. Lagi pun dalam islam kalau kita bersalah dengan orang kena mintak maap dekat org tu. Kalau tidak tanggung dosa memanjang. Nak pi mekah pun jadi tak der barakahnya. Jadi cara terbaik biar lah aku pegang slogan seperti kat bawah ni…..
Sabtu, 19 Mac 2011
Berpesan Dengan Kebaikan
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
kata pak long : Ya ALLAH , ampunkan segala dosaku dan tetapkan imanku.
Khamis, 17 Mac 2011
Awas Dengan WEB Berikut...
Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu yang beriman !!!
sumber : klik sini
Rabu, 16 Mac 2011
Ala Emak Aku Dah Kawin....
Hari ni Rabu 16.3.2011.
Anak murid aku jemput ke majlis perkahwinannya. Aku pi la meriahkan majlis tu. Lagi pun kampungnya dengan kampong ku tak jauh. Kebetulan aku tiba pengantin dah sampai. Dia ni kawin org satu kampong. Memang meriah la aku tengok. Disebabkan umah jarak yg dekat, mereka diarak dengan motobasikal. Jadi aku abdikan motobasikal tu kat blog kesayangan aku ni.Jeles gak aku dulu kawin tak der buat cam ni…
pesan pak long: Dah kawin kena pandai jaga hati semua.
Isnin, 14 Mac 2011
Duit Makin Kecik
Salam sejahtera buat semua….
Cuti sekolah datang lagi. Walaupun dalam tempoh seminggu, majlis perkahwinan kembali meriah. Dan masa macam ni la yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Masa cuti banyak benda yang akan dilakukan.
Sabtu, 12 Mac 2011
Tsunami Melanda Lagi
Jumaat, 11 Mac 2011
Putihmerahbiru 1st Giveaway
1- Karektor keberanian,jujur,bersikap terbuka,berdisplin dan tegas.
2- Ingin menjadi pusat perhatian dan secara tidak langsung gemar untuk mencuba apa saja.
3- Periang dan suka memberi serta menerima kasih sayang.
ni syarat wajib :
aku kena TAG 2 orang rakan blog..
1. Nor - http://norgadis.blogspot.com/
2. Kak Pah - http://auladjannah.blogspot.com
Jom kita gegarkan kontest anjuran :