Jumaat sebelum cuti sekolah hari tu hati aku terasa panas dan rasa terhina. Apa tidaknya, bebudak takraw aku didenda dan dimarahi dihadapan aku. Memang la aku time tu buat keja set borang tuk perlawanan minggu lepas cuti. Cikgu Otai ni memang berbulu dengan aku dah lama, ada saja menda yang tak kena kalau aku yang buat. Kalau dia buat apapun semua baik jer. Dok bela binatang dan tanam bunga ajak bebudak waktu P&P dia pun ok jer. Tapi aku tak kisah la apa yg dia nak buat. Syarat jangan kacau kerja aku. Aku tahu dia ni target nak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ). Dia ni sebenarnya dah dapat anugerah menegak dah. Tapi jenis tak cukup dgn apa yg ada, masih nak jugak APC. Ambik la APC tu aku tak kisah, asal jangan pijak kepala kengkawan. Gaji dia ni dah rapat kedinding dah, masih tak cukup. Buat bisnes macam-macam. Meniaga anak ikan jual kebudak sekolah, kebun sawit tah berapa ekar, buat kerusi batu, dan tah apa bisnes semua dibuat. Masih tak cukup. Jenis hati busuk ni susah nak buat kawan.
Tapi aku tak nak la bermusuh. Aku masih cool dan buat tak der menda dengan hal tu. Betul kata GB aku..”nak cari kawan susah, nak cari musuh senang”. Lagi pun dalam islam kalau kita bersalah dengan orang kena mintak maap dekat org tu. Kalau tidak tanggung dosa memanjang. Nak pi mekah pun jadi tak der barakahnya. Jadi cara terbaik biar lah aku pegang slogan seperti kat bawah ni…..
6 ulasan:
jgn kata tempat keje..tp kat mana2 sume ade...belajr...rumah...
klo nak makan kwn tue makan la juga....dasar naga,,xcukup nasik org pun nak makan skali
salam buat Miss...
waaaa....naga makan besaq tu....
salam pak long...kene banyak bersabo ngan org macam ni tapiii sampai yaa????
salam buat lieyna...
memang kena banyak sabo...
kesian paklong..
salam buat kak pah...
tu la pengalaman yg kita kutip kak....terima seadanya...
Catat Ulasan