Kengkawan ( المرافقون )

Rabu, 31 Mac 2010

Persoalan Hangit

Persoalan hangit yang selalu aku temui....

1.korang kena ingat..prestasi korang aku yang bagi...



2. aku BOSS... sapa berani sound aku.





3. aikk apsal kerja macam tu dapat anugerah cemerlang....





4. saya tak boleh ganti kelas cikgu...saya sibuk..





5. prestasi merudum pasal cikgu tak ngajar ...


kata keramat dari aku :
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sampai kawan-kawan sumpah.

Selasa, 30 Mac 2010

Entri Kalut-Malut

Semenjak dua menjak ni aku memang kalut. Tapi kalau aku cakap kalut, ada pulak geng aku kata cam ni...

”kalut makan pulut, kena turun laut”

Kalut ni bahasa utara. Kalut membawa erti terlalu sibuk. Dengan kesibukan tu aku tak dapat menzahirkan idea aku untuk berentri didalam blog. Hanya sekadar berziarah ke blog kengkawan dan blog orang lain untuk menjamu mata.

Kekalutan aku sebagai ” coach” lebih kurang kalut cam filem koch-koch hotahe. Apapun aku appy bawak bebudak ni lawan sepak takraw. Bawak budak ni lebih senang dari bawak org tua bangka. Tak banyak songel. Belanja sikit dah appy. Tambah lak aku bawak pi ronda cam pic kat bawah ni....sengeh sampai ke telinga la depa ni.


Makan angin kat Bukit Merah Lake Town.



Kami Juara lagiiiii........


Buat anak buah aku, terima kasih banyak jadi juara untuk tahun yang ke lima berturut-turut dalam liga takraw. Daku sayang kalian semua...muahhhhhhhhhhhh

Ahad, 28 Mac 2010

Terima Kasih Lay Dee N

Syarat No. 01 : Thanks & Link The Person That Give You Award
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan teri







Syarat No. 02 : Pass This Award to Another Person

ni la catra insan yang aku nak tag. carta organisasi tak boleh banyak....nanti pening paler nengok..hehehe




Syarat No. 04 : State 7 Things About Yourself

Jika anda ingin tahu tentang diri hamba. sila jawab soalan lembaran kerja dibawah.






Sebagai balasan, aku reka kad ucapan paling spesel buat Laydee N. Ni aku buat sendiri sebagai agen poskad tak bertauliah.....




Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang TAG melekat dihati.

Penghargaan Buat Cikgu Isza


1- ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pemberi award iaitu cikgu isza.


2- Berikan award ini kepada 20 blogger yang lain

Inilah wajah-wajah bertuah yang aku nak TAG dengan logo kat atas tu....korang kena ambik logo ni jika ada kesudian dihati.....

- Hubungi mereka untuk menyata mereka telah menerima 'Anugerah Terhormat' ini...
Insyaalah aku akan bagitahu pada mereka bahawa aku dah TAG mereka.

Sabtu, 27 Mac 2010

Amboi Gelapnya

sertai kempen tutup lampu atau bergelap selama 30 minit. mak aiii...sesak nafas aku dok dalam gelap. anak-anak riuh semacam jer...gelap takut antu...

failserampah aku :
biar duduk dalam gelap
asal jangan hati kita gelap.

Khamis, 25 Mac 2010

Teknologi Makan Diri

Kali ni aku nak cakap pasal bebudak sekolah pakai anpon canggih. Dasat dan cukup hebat. Tapi sekarang ni dah banyak disalah-guna. Anpon canggih manggih ni banyak guna. Paling best ada vedio kamera. Boleh buat kenangan manis, masam,pahit dan segala bagai.

Aku ni ramai kengkawan. Dari yang muda sampai la yg tua bangka. Jadi nak cerita la bab vedio bebudak sekolah ni. Kalau nak buat koleksi memang banyak dosa nengok menda ni. Tengok tajuk vedio klip pun dah seram-sejuk. Antaranya :

1. budak sekolah baru

2. barang baik budak sekolah

3. budak sekolah selak

4. budak sekolah skodeng

5. kongsi ramai-ramai

dan banyak lagiiiiii


Banyak andaian cam mana boleh dapat vedio kaler biru bebudak ni. Antara faktornya

1. anpon rosak antar pebaik kat kedai : jadi tukang pebaik bukak semua dan kalau ada vedio bonus depa akan ambik.

2. dirakam oleh kekasih ala-ala cinta monyet dan bila brake, vedio kenangan bersama ni dibluetooth kat orang lain.

3. anpon dicuri dan pencuri dapat video bonus tu dan disebar kat kengkawan.

Sebagai kesimpulannya, vedio klip anpon kaler biru ni dah banyak dipasaran cerah-gelap. Tak hairanlah kalau kes buang bayi menjadi-jadi. yang baik jadikan panduan, yang buruk kita buang jauh ke laut lepas....

Selasa, 23 Mac 2010

Boleh Jadi Ikan Kering

Hari ini ada game takraw. Sebagai sifu besaq aku bawak anak buah aku lawan. Tujuan utama nak johan. Tapi laluan nak ke johan ni yang sadis…tengok pic anak buah aku kat bawah tu... Lawan tengah panas. Waktu aku tangkap gambaq ni tepat jam 2.30 petang. Korang leh bayangkan cam mana suhu time tu....


Aku pinjam kata-kata cik hel “gila vavis”…ni memang kerja gila vavis betul. Aku ajak main pagi . Tapi Pen. Kanan KO-KO tak nak. Terus terang aku kata PK-PK ni takut org atas. Bermain atas gelaggang simen dan suhu ”overdos” secara terbuka ...aku sahkan anak buah aku akan jadik cam pic kat bawah tu la kalau dicampurkan dengan garam...

"ikhsan abg google"

Kata-kata keramat aku :
takut biar bertempat,
membodek jangan kasi kawan makan pasir.

Isnin, 22 Mac 2010

Sigmen ADUAN RAKYAT

Cakap bab lebuhraya, mesti sinonim dengan TOL. Bila time nak bayor TOL mesti jem. Alasan yang diberikan kenderaan banyak guna lebuhraya. Tapi perasan tak kita yang lorong bayaran elit tu jarang digunakan. Aku ni bukan la seorang pakar perancang pembangunan tapi dengan pengamatan sempoi aku dah ada jawapan.

Para pengguna lebuhraya jarang guna lorong elit tu. Gambor ni aku ambik bukan waktu cuti atau waktu perayaan. Tengok berapa biji jer kenderaan yang guna lorong tu. Pengguna lebih mersa atau senang guna lorong bayaran tunai. Sikitkan lorong elit dan tambah lorong bayaran tunai. Pihak PLUS tak tak terpikir menda ni.

P = pantang

L = Lalu

U = Ulur

S = Selalu

Sabtu, 20 Mac 2010

Tag Arwad Cik Hel

Aku dapat arwad ni dah banyak kali. Tapi cik hel TAG aku dengan arwad ni. Maka dengan ini aku nak jawab TAG secara JAMAK iaitu buat semua yang pernah bagi ARWAD ni kat aku. Sesungguhnya anda semua sentiasa dalam ingatan. Tanpa anda sepilah blog aku.....waaaa...jiwang.. bawang.. rewang aku...


Ni soalan pilihan aku dari tag tu....
pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
Tapi...aku nak TAG semua kengkawan yang sudi jadi sahabat aku...terimalah Tag ini dengan hati yang terpaksa..keh..keh..keh..






State 7 things about yourself....
tapi aku bagi 3 jer tentang aku....kalau nak tahu wajib tonton vedio ni...tak tonton anda tak tahu....ada mata tengok..ada telinga dengor...yang buta maap la erk...



itu maknanya aku insan tak punya wang..hanya punya perasaan....huhu



ni prinsip aku...no gosip-gosip...


impian paling utama...



Kalau ada sumur diladang.
dapat hamba menumpang mandi,
sekarang sumur dah tak der diladang,
ada air paip gi la bilik air mandi...

Khamis, 18 Mac 2010

Teka Tulisan Cikgu Naman

Kontest paling seni pernah aku masuk...perlu kepakaran dalaman yang dasat...
ni hadiah yang cikgu naman nak bagi...


Ok cikgu naman....hamba jawab berdasarkan bukti kajian mantik hamba...hamba siap bawakkan bukti kukuh....siap bulat merah lagi tu....



Jawapan tulisan cikgu NO 9...

Peraduan Cornetto

Satu peraduan menarik anjuran cornetto....menawarkan hadiah yang cukup lumayan..



jika anda berjaya mendaftar masuk...buatlah video rasa cinta anda...
jangan lupa buka gelari dan undilah video hamba...
Jom kita meriahkan pertandingan ini...daftar sekarang..

Rabu, 17 Mac 2010

Jawab Tag Cikgu Isza.

Wahai cikgu isza....hamba dengan relanya menjawab tag yang diberikan...





soalan 1 :

3 names in your message inbox. hp ka social profile ?

tengok lampiran gambar yg diberikan.









soalan 2 :

Your main Ringtone.

Nak tahu layan video kat atas tu...







soalan 3 :

What u did at 12 last night?
siapkan asimen. Aku sertakan buktinya..hehehe














soalan 4 :

Who was the last person you went out with? where?

Dengan "mem" dan anak-anak pekena kotew doli.





soalan 5 :

The colour of the T-shirt you're wearing now.

Kelabu.


soalan 6 :

The last thing u did.

Jenjalan dalam blog org


soalan 7 :

3 of your everyday favorite items.

Laptop, basikal, pinggan (makan mau ada)


soalan 8 :

The color of your bedroom.

Ijau pucuk pisang


soalan 9 :

How much money in your wallet now?

Mana ada duit...tengah bulan..hehehe


soalan 10 :

How's life?

Cam insan lain…gumbira


soalan 11 :

your favorite song..

Waliband….teka lagu apa...bukak la vedio kat atas tu...


soalan 12 :

What will you do next weekend?

Ada perlawanan sepak takraw antara sekolah.






soalan 13 :

When was the last time you saw your mum.

last jumpa 24 Jun 2008. dan 25 Jun 2008 xsiden bersama bapa saudara..mati ditempat kejadian.






soalan 14 : where is she now?

Bersemadi dialam barzah (moga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH)


soalan 15 :

when was the last time you talked to your parent?

Adik call dari johor..kata nak balik kg.


soalan 16 :

Who is the last person that talked with you last night?

Hero bongsu aku…sama-sama layan tenet


soalan 17 :

where did you have dinner last night?

Umah ibu mertuaku


soalan 18 :

The last surprise you got.

Tenet tetiba putus…kabel kena curik


soalan 19 :

Last thing you borrowed from your friend.

takde ape2 kot...


soalan 20 :

Who is your bf/gf or husband/wife?

Seorang misi yg simple…hehehe


soalan 21 :

what do you feel now?

Saspen...asimen tak siap lagi


soalan 22 :

wanna share with who?

Tak nak kongsi...sebab aku kongsi gelap..huhuhu


soalan 23 :

who knows your secret?

Aku seorang saja…don play-play


soalan 24 :

they keep your secret?

Tak pasti


soalan 25 :

Are you angry with someone?

Dengan pencurik kabel telepon


soalan 26 :

what do you order at McD?

McD tak best..KFC lagi best


soalan 27 :

The last time you felt so sad..

tak dak kot..sebab aku manjang appy..


soalan 28 :

mahu tag?

Tak nak tag….malu, takut,segan,aku jejaka pemalu...keh..keh..keh

Buat vedio-clip mudah

kali ni aku nak kongsi ilmu. ala bukan aku nak nunjuk pandai, tapi saja la nak buat ent3 ala-ala tutor gitu. aku bukan sama level ngan nescafe ais atau cik helena's yang hebat buat tutor....aku nak citer tentang cara buat video-clip mudah dengan program movie-maker. ikutilah panduan video kat bawah ni...

Selasa, 16 Mac 2010

Telekom Malaysia Best

Malam tadi aku siapkan asimen. Lebih kurang pukul 1.00 pagi siap. Aku pun nak sent la dekat pensyarah melalui email. Aku hairan naper lambat jer boleh sent email. Aku angkat pon umah. rupanya takder nada dering..pon jadi bisu. Ni sah kabel kena curi lagi...

pepagi aku ronda dekat kawasan umah aku. Nah..betul la jangkaan aku..lihat gambor kat bawah tu...kabel dah berjuntai...adussss..sadis betul aku..




Aku pon 100 buat aduan kerosakan. Jam 8.30 pagi aku pon pusat aduan TM kat KL. Kata operator bertugas, kerosakan akan dibaiki dalam tempoh 2 hari waktu bekerja. Maknanya hari ni (selasa) atau esok (rabu). Tup-tup petang tadi (selasa) jam 6.45 ptg dan ok..aku boleh layan tenat...syabas buat TM..gua caya lu...


Isnin, 15 Mac 2010

Akan Jadi Kenangan


Tajuk : Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 2010

Hari : Jumaat ( 12.3.2010)

Masa : 8.00 pagi.

Tempat : Padang Sekolah

Memang meriah sambutan kali ni. Ada kelainan dari tahun-tahun lalu. Aku rasa terkezut dengan persiapan perarakan yang diilhamkan oleh ustaz dan ustazah JQAF. Moga sambutan kali memberikan sejuta hikmah.Hanya gambar yang mampu menceritakan segalanya.





Ahad, 14 Mac 2010

Rumah tak der TIANG

Buat panduan diriku. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jadi kerjalah solat dimana saja pabila masuk waktunya. Jadi untuk kekukuhan rumah, kukuhkanlah tiangnya..."jagalah solat".

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".

Riwayat Al-Bahari Muslim

Sabtu, 13 Mac 2010

Silap Mata atau Mata Silap

Makna magic mengikut kamus wikipedia.

Magic boleh bererti banyak hal. Ini boleh bererti sesuatu yang tidak mempunyai logik atau penjelasan saintifik ataupun ilmu sihir . Dewasa ini biasanya merujuk pada trik yang dilakukan oleh apa yang disebut sulap/silap makna sesuatu yang tidak terlihat atau diperhatikan oleh para penonton.



Orang pertama membuat magic iaitu Roberthoudin.



Betul ker silap mata atau mata kita yang melihat tersilap. Sebenarnya silap mata ini merupakan satu kecekapan mengaburi mata penonton yang melihat, Oleh itu jadilah silap mata. Saksikan VEDIO cam mana anak buah pak long buat ”tersilap mata”....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...