Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 18 Februari 2014

Berdoa



Mohon doa moga kita dirahmati ALLAH....



Isnin, 17 Februari 2014

Buat Panduan Diri




Kuliah Dhuha Ustaz Tarmizi.....




kata paklong : Ya ALLAH terimalah taubatku ya ALLAH...

Ahad, 16 Februari 2014

Senda Gurau


Harapan pak long jangan la jadik cam tu......hidup penuh kasih sayang...

Jumaat, 14 Februari 2014

Catatan Pengalaman Di Mina

   Syukur menjadi  tetamu ALLAH pada tahun 2013. Banyak pengalaman yang di perolehi dengan rahmat ALLAH. Mendarat dilapangan terbang Madinah. Bersembahyang di madjid NABI. Kemuadian ke Mekah.  Wukuf di Arafah, bermalam di Musdalifah dan Mina untuk melotar.

     Di Mina lah kebanyakkan menyatakan paling banyak cabaran.  Bagi aku cabaran dan pengurusan adalah berbeza. Ramai antara jamaah haji menyatakan semua berkaitan adalah  cabaran,  Cabaran yg dinyatakan berkaitan dengan tandas. Sebenarnya bagi aku masalah ini berkait rapat dengan pengurusan. bayangkan dengan kemodenan dunia, tandas di MINA masih ditahap 10 tahun kebelakang.

Oleh itu sebelum aku berangkat ke Mekah, aku berdoa ...
.......YA ALLAH....bukalah hati pemimpin supaya dapat menaik taraf tandas di MINA supaya jamaah selepas aku dapat meningkatkan tahap amalan mereka...amin






Kata paklong  :   fikir-fikirkan  untuk iktibar...

Selasa, 19 Mac 2013

KSSR dari pandangan cikgu paklong

Persoalan mengajar cara KSSR....rasanya masih kabur bagi paklong...tak tahu apa sebenarnya yg nak dicapai....kalau pi kursus dok cerita bab OBJEKTIF, RASIONAL...tapi tak pernah JU yg buat kursus ajar macam mana nak buat eviden BAHASA MELAYU dan praktikalkan kerja tu...setakat teori..memang senang...

Tapi sebab cikgu ni org pandai atau yg memandai-mandai tunjuk pandai....gagah jugak buat walaupun kekaburan masih belom ada pencerahan.



Fail yg rencam dan tiada panduan KHAS dlm menyediakan fail...
Belom lagi dengan pengisian onlinenyer...



Ni la persoalan yg perlu difikirkan....

persoalan paklong : sapa la yg cipta menda alah ni...

Selasa, 9 Oktober 2012

KSSR : apa cer sebenarnya

Dulu kita kata KLSR...kemudian diolah jadi KBSR...
terkini
Macam kat bawah ni.



Berbicara bab ini, ramai guru dihantar berkursus untuk KSSR. Cerita yang dapat dari JU memang manis dan cukup gebu. Tapi pabila kita lihat kat sini banyak yg tak paham. Setelah pening dengan PPSMI yg tak tau sudah ceritanya. Kini memutar pulak pening dengan KSSR.


Kesimpulan yang pak long nak kata ialah : apa sebenarnya hala tuju KPM...

Selasa, 25 September 2012

ala kadar


12-9..... hari lahir..sambut ngan anak-anak n isteri terchinta.


Ahad, 25 Mac 2012

Menjala Gagau

Lama betul aku tak menjala gagau ni....kesempatan cuti sekolah dan air parit kering....aku menjala gagau...sekarang ni tak berapa banyak ikan....mungkin faktor penggunaan racun kot....sepat sekarang ni pun tak besar sangat...cukup la setakat nak lepas "gian" makan ikan darat....sepat ni kalau dikari...fuhhh memang mables...


kata paklong : Jom la menjala...ada berani..

Ahad, 19 Februari 2012

Johan Lagi...

syukur...berjaya juga hajat aku nak jadi johan sepak takraw.ini adalah kemenangan paling manis untuk aku kali yang ke8 berturut-turut.terima kasih banyak buat anak buah aku....kejayaan anda adalah kejayaan aku.buat pasukan bola sepak sekolah.cuba la jadi johan.aku cabar ni.nampak jurulatih bersemangat sangat.buat la kejutan aku nak tengok.jangan nak sembang jer...

kata paklong: lakukan semua kerja dengan keikhlasan

Sabtu, 18 Februari 2012

KSSR Bahasa Melayu Tahun 2

salam semua... lama tak selenggara blog...dah bersawang rasanya blog ni... kali ni nak buat ent3 ala-ala kementerian pendidikan.... buat BAND mengenai bahasa melayu tahun 2....ni pun menda
boleh pening jugak..dari nak sedia bahan sampai la buatkan fail....

aku nak cadangkan..sapa yang buat kertas kerja ni lain kali....datang sekolah buat praktikalnya...baru tau umphhh nya kertas kerja yang dicipta ni...



kata paklong : buat kertas kerja senang...nak realisasinya mencabar...

Ahad, 6 November 2011

Inilah Relitinya...


hati luluh bila TPM kata PPSMI dilanjutkan. Bukan nak mencabar mana-mana pihak, tetapi
sebagai seorang guru aku tahu apa sebenarnya berlaku kepada projek PPSMI ni. jadi aku berdoa agar biarlah ia diajar sepenuhnya dalam bahasa melayu. buang yang keroh ambil yang jernih. biar lah projek "penutur jati" dengan subjek BInyer...

kata paklong : Buat lah kajian dahulu sebelum laksana sesuatu projek.

Rabu, 2 November 2011

Cinta Muka Bulu memang berbulu


jenjalan kat you tube...ingat nak cari lagu cinta muka buku...jumpa la lagu tu..best jugak..
tapi last jumpa lagu ni...mak aiii...sempoinya...lagu cinta muka bulu...
layan lagu ni....

Isnin, 31 Oktober 2011

email bikin gua panas

macam tau-tau jer awal bulan. selalu sangat aku dapat email macam ni. macam la aku ni boleh buat pinjaman. utang yang ada ni dah tak terbayaq...hairan aku macam mana depa ni boleh dapat email aku....ka depa main bantai jer kot. apapun email yang masuk jenih macam ni kita abaikan jer...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bahasa menunjukan bangsa...


jom layan sajak bahasa ibunda hamba.
kalau nak terjemahannya tunggu pada
keluaran akan datang...
tungguuuuuuu

Rabu, 26 Oktober 2011

Antara 2 Darjat

simple tapi cukup memberikan gambaran antara zaman lalu dan yg ada sekarang....sama-sama la kita renungkan....moga kemajuan yang canggih manggih ni dapat meningkatkan keimanan kita.

Isnin, 24 Oktober 2011

Ni Baru Perak Dipuncak....




Amboi lama betui aku tak jengok blog aku. Kalau haiwan peliharan mau kojol dah....nasib baik blog ...tak dak nyawa..sesambil semak kertas bebudak aku nak la buat laporan kay blog aku ni...ceewah macam laporan parlimen la pulak...hahahaha

Sabtu baru aku bawak bebudak takraw aku main final kat Ipoh. Tah macam mana, rejeki aku kot tahun ni....team aku jadi johan perak bawah 11 tahun....fuhhhh best girles...pastu aku teingat pencapaian aku untuk tahun ni...tu la hasilnya yang aku dapat....macam pic kat atas tu....

jadi kalau ikut pencapaian dah layak aku dapat APC (anugerah pencapaian cemerlang). memandangkan aku dah dapat dah tahun 2009....rasanya bagi la dekat kawan lain yg belom rasa. Tapi aku nak dengar ada tak insan yang dah dapat anugerah menegak dan melintang mintak nak dapat APC. Kalau ada aku nak kata kat insan tu....berapa kali pulun nak dapat anugerah....kalau takat solek bunga atau dok bodek bos...sapa boleh buat....aku yg jadi johan PERAK ni pun tak mintak...jenih nak idup sorang macam tu la..

Pi la kerja kat mana pun..mesti ada sepisis yang bengong macam ni....asal ada peluang nak sapu....ingat la org yang belum dapat....org macam ni...sikit aku tak respek....

Selasa, 4 Oktober 2011

Cerita Tahi Hidung

Tak tau nak cakap apa dalam bab ni...

kata pak long : macam-macam adaaa...

Jumaat, 23 September 2011

Islam AgamaKu.




....Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.


Yang di atas tu sebahagian petikan yang aku baca....kalau nak lebih lagi ceritanya sila layari http://saljukuih.blogspot.com/2011/09/fitnah-akhir-zaman.html
Petikan yang aku jumpa ni cukup banyak pengajarannya . Tahniah kepada penulis ini.

kata paklong : Islam agamaku, berjuang dengan ILMU untuk kejayaan ISLAM.

Khamis, 22 September 2011

1 murid 1 sukan


Berapa banyak 1 la sekarang ni. Ada jer program mesti ada 1...
gerak kerja ko-kurikulum dah tetapkan permainan untuk murid. Tup-tup timbul pulak benda ajaib ni..."1 murid 1 sukan"... memang beban la pada banyak pihak. dah la petang kena pergi fardu ain. Bila ada program 1 murid 1 sukan terpaksa la kensel kelas fardu ain. Lagi yang "mengila-babi" para guru dan ibu bapa ialah ada Penolong Kanan Ko-KO ni yang terlalu bangang serta tolol. Buat program tu pukul 1.45 petang hingga 3.petang. Pk sekolah aku la ni. Menyampahhhhhh mak...hahaha. Kenapa la tak buat 1 murid semua solat berjamaah. Aku rasa berbaloi jugak aku tunggu kat sekolah sampai pukul 3 petang.


kata paklong: Jangan banyak teori nanti kena langgar lori.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...