Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 11 Januari 2011

Guna Otak Jangan Guna Nafsu.

Sesi persekolahan 2011 telah masuk minggu ke 2 dan bermula lembaran baru dalam dunia pendidkan. Pelbagai macam perancangan dilakukan dan disediakan. Tapi biarlah berpada-pada dengan keadaan semasa.

Bercakap tentang pendidikan, kita tentu teringat banyak benda lalu yang masih terkedu dalam hati kecik kita. Antara yang panas ialah

1. Kenapa PPSMI tak terus dihapuskan. Sedangkan slogan mertabatkan Bahasa Melayu telah dilaungkan.

2. Belajar dengan kecanggihan komputer di sekolah.

Persoalan pertama perlu penyelesaian cepat. Tindakan cepat KPM, JPN, PPD perlu untuk masa depan anak bangsa. Tentu mereka yg diatas ini tahu bahawa PPSMI teralu banyak bisa yang ditinggalkan. Jangan kita cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai sapu tangan.

Masalah kedua ialah tentang perbekalan komputer ke sekolah-sekolah. Untuk tujuan memajukan sekolah mereka buat “pusat akses sekolah”. Tapi kenyataannya amat menyedihkan. Ada sumber menyatakan bahawa pembekal hanya menghantar peralatan dan pembaikan dan pemulihan tidak dilakukan. Memang celaka lah kalau macam ini. Nampak sangat perniagaan yang mengaut keuntungan yang hebat dan cukup laba.

Jadi mereka korbankan sekolah sebagai medan membuat duit. Jangan terus memperlakukan sekolah dengan projek kuda kayu yang tidak memberikan manfaat kepada semua pihak. Di mana perginya program sekolah BESTARI yang ramai guru telah dikursuskan sehingga kini sepi seribu bahasa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...