Kengkawan ( المرافقون )

Rabu, 16 Disember 2009

Teknik Pengajaran Bahasa Melayu



Pada keluaran kali ni aku nak bincang sikit tentang teknik dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah rendah. Video kat atas tu aku aplikasikan dengan Teknik Mengalami-menghayati. Sebabnya, nengok video tu murid kena menghayati untuk memahami cerita. Pastu cikgu nak bincang tentang cerita yang ditonton..... Ini adalah salah satu teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. kat bawah ni penerangan tentang teknik.....


DEFINISI
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti
( الاسلوب هو أداة يستخدمها المعلمين لايصال مواد تدريس اللغة التي تم اختيارها للطالب والطالب. وينبغي اختيار تقنيات وفقا للأساليب المستخدمة والخطوة مع نهج dianuti )

TUJUAN TEKNIK
1.Menarik Minat murid
2.Mengekalkan perhatian
3.Membangkitkan rasa ingin tahu

TEKNIK MENGALAMI-MENGHAYATI
•Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana mengalamai dan menghayati cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
•Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
•Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid.
•Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
•Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Supaya penghayatan lebih memberikan kesan.
•Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
•Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
•Guru boleh menggunakan bahan audio-video, objek-objek sebenar atau lain-lain Bahan Bantu Mengajar.

Ikhlas dari :-

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teknik memahami bahasa inggeris?

insan pendidik berkata...

salam ziarah,

bagus ada info tentang P&P.

pak long berkata...

salam buat tirah...
maap la..pak long tak pamdai omputih..
kos pun BM jer...
moga ceria selalu...

pak long berkata...

salam buat insan pendidik...
harap info ni kita kongsi bersama
moga ada hikmahnya..

izazin berkata...

Cikgu, belajar kat OUM ka? Boleh tukar2 assmnt nanti?hehehe salam perkenalan, cikgu iza.

pak long berkata...

salam buat izazin..
ya..kita buat kat bainun.
kohot 3...

izazin berkata...

Banjar ek, saya bukan minang

Precious berkata...

Uh dapat jumpa member cikgu. Kawe pun cikgu juga. Semoga perkongsian dp dimanafaati.

pak long berkata...

salam buat izazin..
kiter urang banjar..
"kulaan"..huhuhu

pak long berkata...

salam buat precious..
yes..kita satu syarikat..
syarikat KPM...hehehe

izazin berkata...

emel add kirim la. nanti senang nak send assmnt. saya kohort 3 gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...