Kengkawan ( المرافقون )

Rabu, 9 Disember 2009

Ikan Belacak

Gambar Ikan Belacak



Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai ikan Belodok, atau ikan Tembakul merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (suku: Periophthalmini), dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan afimbia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.

Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika.Genus Periophthalmus merupakan ikan belacak yang paling pelbagai dan tersebar luas dalam keluarga belacak. Tujuh belas spesies telah diterangkan.Periophthalmus argentilineatus merupakan spesies yang paling meluas dan paling diketahui dengan baik. Ia terdapat di sistem ekologi paya bakau. Ikan belacak juga digunakan sebagai umpan merawai kepada nelayan untuk mendapatkan ikan pari.

20 ulasan:

Finaz berkata...

Oh...peliknya rupa ikan nih..

pak long berkata...

salam...
ikan susah nak tangkap..
tapi selalunya sbg nelayan kita buat umpan..
tapi ada ura-ura nak buat minyak ikan belacak..

mamamin berkata...

salam kulaan

paklong napa habar..
ikan belacak sedap stim paklong..

ALoNa CintamaniszLite berkata...

ikan ni selalu ler sy jumpa masa teman suami mancing kat kuala gula..kat area ladang kelapa sawit tu, hehe..

mak suami sy asal orang selinsing gak tp skang ni tinggal tanah pusaka yg dijaga oleh mak aje ler. Mak mentua sy dh menetap kat kg. expo, kamunting..hehe

cikgu paklong cikgu kat sk gng semanggol ye?? suami sy keje kat GSL tu aje.

Anak2 staff GSL pun ramai yg bersekolah rendah kat situ, kan??

Kat SK tu sy kenal ler sorang cikgu..Pn. Faizah..

Tanpa Nama berkata...

Salam perkenalan pak long @ cikgu.
Tq 4 following & komen.
Sorry la, mlm td Kak G tak masuk ke laman. Arini dah bz pulak.
Kiranya Kak G dah ok ni .. yer le buat apa terus marah/terasa .. sekejap jer cukup. Lps tu, berastaghfar bbyk, ilang ler.
Hmmm, tahu tak? Ikan belacak ni ada kegunaan khas katanya :) .. di Langkawi ada dijual minyak ikan belacak ini ...

pak long berkata...

salam mamamin...
kulaan wagas hajak..
naran ka ikan ni hingkat dimakan...
setahu pak long kada suah makan ikan nginik.

pak long berkata...

salam cintamanisz...
pak long memang asai org selinsing..anak jati selinsing...kat mana kawasan mak mertua tu...
bertuah dapat kenai lam blog ni..
memang kenai sangat ngan Kak faizah..la ni dia dok kat taiping..suami dia bekas pengurus GSL...
memang sk semanggol ramai anak-anak staf GSL sekolah kat situ..

Buat cintamanisz salam perkenalan..moga terus ceria.

pak long berkata...

salam buat kak G...
mekasih banyak sudi jengok blog pak long ni...
lama dah terbiar blog ni...
ni baru update blog..
buat Kak G....terbaik antara yang terbaik..

Fyza Roselle berkata...

salam, thnx coz following ma blog.

i was follow u back ;)

do keep in touch, xmo smbong2.

Fyza Roselle berkata...

ha, hehe, 1st time dpt tgk gambar ikan

belacak, huhu. btw, nice post.

pak long berkata...

salam buat lady Fyza..
mekasih banyak jadi kawan..
moga ada hikmahnya..

mamamin berkata...

betol paklong,
masa mamamin bagana di sungai besi, banyak batamuan awan ikan naya nih. imbah kawan cina sabalah rumah bapadah, steam nyaman.. batul nyaman paklong...
banaran hingkat dimakan.. kekekeke

pak long berkata...

salam..
bah kaito...saja nyaman..
kina handak narai...
selalonya ulah umpan ja..

mamamin berkata...

paklongggggggg!! handak umpat ka laut.. lakasi dtg amek mamamin..
ekekekeke

Tanpa Nama berkata...

ouh.
ikan belacak rupenya.

cerpelai berkata...

Kat tempat gua, ikan belacak dengan ikan tembakul lain Pak Long..

Belacak bintik-bintik hitam tapi tembakul macam yang dalam gambat ni.. Agaknya lain tempat, lain nama kot..

pak long berkata...

salam cerpelai...
yer ker...
dapat jugak pengalaman buat pak long..lain padang lain belalang kan..

pak long berkata...

salam buat berry..
mekasih singgah kat blog ni..
moga ceria selalu

pak long berkata...

mamamin..
jom berataan kita kelaut..
bawa semua nasanak kita karohkan air laut...hehehe

Tanpa Nama berkata...

Selamat sejahtera Pak Long. Saya Ng, seorang pelajar yang berminat untuk menangkap ikan belacak untuk buat kajian di universiti. Selalu dengar orang cakap ikan ini susah ditangkap. bolehkah Pak Long cadangkan cara cara yang boleh diguna pakai untuk menangkap ikan ini? Kalau tak, saya kena upah nelayan yang boleh tolong saya tangkap ikan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...