Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 28 Februari 2011

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


pesan pak long : makan selagi selera masih ada.

24 ulasan:

A.I berkata...

pak long kita tak suka soya, tak suka buah2 an....
so kita kurus tapi bukan kurus sehat, kurus sebab tak sehat!!
huahhhhh.

tp dah mmg tak sedap, nak wat guano? huuukkk!

Taufiq Tiramisu berkata...

info yg berguna pak long..
hahaha..

tapi betol pesanan pak long tu..
makan selagi ada selera.. ;)

entri terbaru : Tips Melajukan Blog!

Tanpa Nama berkata...

thnks utk tips...berguna berguna...

pak long berkata...

salam buat aisha...
apa-apa ajer la aisha..janji bahagia..

pak long berkata...

salam buat taufiq...
mekasih banyak sudi singgah ...
moga ada hikmahnya

pak long berkata...

salam buat bukankosong...
ada masa singgah lagi umah kiter erk...

|| NaFiRaa || berkata...

ooohhh.. boleh di amalkan nih.. tq pak long atas info ini..:)

A.s.t.i.n.a berkata...

Pak Long.,. saya suka tau makanan2 ini.. selain itu juga saya suka

a)karipap pusing
b) KEPCI, MCD, DELIFRANCE, SUSHI dan semua makanan segera
c) ayam panggang, ikan bakar, sate,soto, sete, sata
d)masak lemak, asam pedas, kari, karipap eh ade lagi karipap.
e) nasi lemak, nasi dagang, nasi bryani, nasi pulut, nasi hujan panas, nasimu nasiku jua..
f)bubur chacha, bubur asyura,bubur kacang, bubur gandum, bubur baby punya tu pun boleh..
g..... dan bayak lagi..

pak long berkata...

salam buat nafiraa...
mudahan nafiraa slim sentiasa..

pak long berkata...

salam buat astina...
amboi..sedap dengor semua bubur yg astina sebut..

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

suke mangga ^^

Unknown berkata...

yeszaa..chii setuju kata paklong..mkn selagi selera ada..nnt kalo da tade selera nk mkn lg..da tabest kan :p

Shahiran berkata...

1 1/2 biji jambu batu sehari selama 4 minggu? nampak berusaha sangat. Saya makan 'sampah' jela senang, sayur-sayuran yang tinggi serat dan pelbagai makanan mengenyangkan yang tidak dapat dicerna, kenyang tapi terus ke usus tanpa banyak zat.

Berto berkata...

ada org kata org laki x elok makan soya, nnt jadi auwwwwww. org kata la bukan saya kata

Maiyah berkata...

assalam.. sy mmg suka minum soya sbb tekanan drh rendah :)

Unknown berkata...

salam... info yang bagus.. pemakanan makanan yang kurang dan rendah kolesterol dapT mengtelakkan kita daripada risiko jangkitan kuman pada hati...

gilaweb berkata...

suma ni saya x suka....x suka x makan. haha

pak long berkata...

salam misslolly...
mangga siam manis dan sedap...

pak long berkata...

salam buat chii....
jom pak long blanjer makan...

pak long berkata...

salam buat shahrin...
mekasih kongsi maklumat dan ilmu....

pak long berkata...

salam buat berto....
tak kuasa mak nak dengar....nyampah youuuuu....
ni sebab banyak makan agar-agar..hehehehe

pak long berkata...

salam buat maiyah...
makanan jenis kacang ni banyak khasiat...moga ceria selalu

pak long berkata...

salam CTHA...
moga terus berjaya lam bidang yg diceburi...

pak long berkata...

salam buat GW....
penin paler mak sekarang...hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...