Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 21 Mei 2010

Tengok Dulu kebawah Baru nak cakap...

Hari guru 16 mei….kini dah 21 mei time aku menulis entri ni. Talian pon umah aku pun dah ok. Tapi kali ni aku nak buat satu penilaian yang sebenar bukan kenyataan yang berbaur bodek atau ejekkan. Ini kisah sebenar berdasarkan pengalaman seorang guru yang mengajar menggunakan dunia ICT sepenuhnya.

Dalam berita TV aku tengok seorang guru perempuan berkobar-kobar bercakap mengajar guna ICT. Aku tabik dengan cikgu tu. Tapi kita kena tahu di mana lokasi sekolah tu. Tentu sekolah yang terpilih atau sekolah bandar. Macam mana kalau sekolah tak terpilih atau sekolah di ulu dunia.

Yesssssss....ni la aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku. Aku ni mengajar bukan sekolah terpilih atau sekolah bandar. Tapi sekolah kampung yang dapat peruntukan bantuan komputer riba, LCD dan skrin serta segala macam peruntukan berkaitan projek PPSMI. Cikgu PPSMI tak nak guna maka aku guna la ajar Bahasa Melayu.

Benda segala macam ni memang sampai. Tapi kualitinya yang kita nak pertikaikan. Jenama laptop pun slow jer REMnya. LCD pun besar dan kualitinya tak seberapa. Kalau ada yg canggih sikit pihak sekolah simpan untuk kegunaan tertentu. Jangan harap la nak pakai menda baru. Jadi aku pakai laptop sendiri yang terkini. Tapi LCD cam hampeh, tak der makna jugak.

LCD besor...baling unta pun mampos.....

Aku memang ajar pakai LCD dan laptop. Tapi kualiti LCD memang mengecewakan aku. Gambor kelabu jer. Bayangkan aku dah set persembahan paling cun, tetiba bila persembahkan kat kelas jadi tah apa-apa. Punya la sakit hati aku. Cikgu yang sembang guna alat tu boleh la dapat LCD baik dan Terkini. Bayangkan kalau dia duduk tempat aku, apa perasaan dia. Tu sebab kalau orang bercakap bab mengajar menggunakan ICT, aku rasa nak muntah atau nak tergelak pecah perut.

Kita bercakap memang mudah, macam makan keropok lekor. Bayangkan dengan satu troli yang dibekalkan bawak masuk kelas yang tak ada kelengkapan. Nak set menda tu kalau tak selalu buat alamat pecah peloh dibuatnya. Pasang dah siap suara pulak cam sial. Lagiiii sakit ati. Tu sebab ramai cikgu tak nak guna troli tu. Kalau cikgu pompuan yang set troli tu pakai ilang la bedak kat pipi akibat peluh yg banyak.


Nampak tak aku dah ikat dawai kat situ....


Lagi satu, semua sekolah dapat peruntukan peralatan komputer, tak kira la sekolah kecik ker besor semua dapat. Tapi kena ingat tak semua ada teknisen komputer. Kebanyakkan semua sekolah nak kena urus sendiri. Semua jadi lece dan membebankan. Dah la peruntukan kementerian ciput jer. Maka jadi la macam LCD malap dah pudar yang aku guna sekarang ni. INGAT...mentol kat LCD tu ada limit penggunaanya. Nak ganti harga cukup mahal. Tambah pulak kalau beli ikut bil kerajaan, sendiri mau ingat la harganya. Untuk itu mengajar menggunakan ICT ni aku ingat jadi macam membaca sajak samar, sedap dibaca tapi tak semua orang paham.

Kalau ada sapa-sapa ingat...mana program sekolah BESTARI ????? Lain kepala naik jadi KPM, lain haluan yang dibawa. Jadi segala perancangan nampak macam tak ada kesinambungan. Main pakai kepala sendiri. Akhirnya kepala cikgu bawahan cam aku yang botak...hehehehehe

Hari guru berbaju merah,

ICT piiiiiiiirahhhhhhhhhhhh

29 ulasan:

tricksrex berkata...

oh macam ni ke situasinya

qaseh berkata...

apa pun bersyukur apa yg ada drpd xde langsung kan.....kita dulu belajar xde pun benda mcm tu.....

pak long berkata...

salam buat trick...
haah la...tu la kisahnya...

pak long berkata...

salam buat qaseh...
pada cempedak baik nangka...
pada takdak baik ada...
durian lagi sedap kan...hehehehe

Muhammad Izuan berkata...

setuju.tu je aku bleh komen

Misz berkata...

betul tu pak long..
bersedia bagai nak rak..
bila nak present,jadi mcm2...
dalam masa yg sama,kalau ngajo guna chalk n talk dah abis n tercapai objektif...

byk kepincangan n kekurangan yg perlu dibaiki..

masalah tu tak leh lari walaupun sekolah saya sekolah bestari..

ISZA berkata...

pastu buat peraturan sana-sini.. cikgu tak guna nak ambil tindakan.. tindakan selesaikan masalah? yang ado..

ibundo berkata...

paklong,
dulu2 kakpah belajar cikgu pakai kapur tulis atas papan hitam.
anak2 murid masuk universiti gak
kehkeh..

salam paklong...

missgee berkata...

Pak long,
Kesimpulannya??
nak salahkan sekolahkah??
atau kerajaan??
atau kedua-duanya sekali???
huhuhuhu

azieazah berkata...

Saya pernah baca dalam satu blog seorang guru juga, dia terpaksa guna laptop sendirik untuk buat banyak tugasan mengajar murid2... sbb sama kes mcm PAKLONG ni ler.

Zaman canggih nih, cabaran pun canggihh...

♥cybermummy♥ berkata...

sepatutnya kerajaan mengurangkan beban guru2 yg sedia ada sarat di beban dengan tugasan mengajar bukan menambahkan beban . Tapi kalau gaji guru itu ditambah2 kan keberatan nya saya sokong. ngeee

pak long berkata...

salam buat burn....
mekasih singgah kat blog hamba...

pak long berkata...

salam buat misz...
waaa..sekolah bestari..memang klasss...tapi tu la kan masz...masalah tu sapa yang tahu dan nak dengor...

pak long berkata...

salam buat cikgu isza...
haah kan...asik kalau kena pada yg tertentu nak kena tindakan..masalah bukan nak diselesaikan...

pak long berkata...

salam buat kak pah...
betui kata kak pah tu...dulu pun ramai yang berjaya...suka sangat cari beban yang nak digalas..

pak long berkata...

salam buat missgee...
tak tau mana salah....yang penting bagi menda yg baru dan setel masalah dulu...jangan main sapu hengget dan blah cam tu jer..

pak long berkata...

salam buat azie...
lagi canggih lagi la banyak dugaannya...baik la makan manggih..sedap jugak kan azie..

pak long berkata...

salam buat mummy...
kita sokong mummy...cadangan mummy tu kalau boleh sampai kat KPM...bestnyer...

CIKGU NAMAN berkata...

kat sekolah kawe LCD semua kelabu asap doh..hehe

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Wahhh, marah betul nih! Tp analogi yg baik!
Sejak pemimpin BN dgn UMNO baru Che Det terutamanya, mmg camtu kot! Gah lebih2 ... cari semua jalan & lubang ... kata yg tahu rahsia, keutamaan utama: "Berapa Nak, Utk Masuk Ni! OK!" ... pastu makan sampai terlebih kenyang!!!

iBu...gUru berkata...

salam pak long
kat sek. ibu troli tu tak jalan dah pun.......

Aida Ali berkata...

Sangat setuju. Apo nak dikato?

penjejak maya berkata...

salam,

pernah baca satu artikel di sekolah pedalaman pakai generator kalau nak on komputer yang lain tu semua kena offkan..

Maiyah berkata...

masalah gak kan.. kita kalo nak keje biar selesa dan berjln lancar, kalo ada kepincangan rasa mcm x sempurna le..

joeamir70 berkata...

kepada yg faham masalah ni faham lah, tapi yg tak faham tu lbh baik tak payah komen buat sakit hati saja kita baca, kalu setakat nak tulis "BERSYUKUR APA YG ADA..." budak kelas pemulihan pun blh kita drill tulih mcm tu, TAPI adakah dia paham apa yg ditulis. Sebanarnya masalah ni memang serius, kdg2 rasa tak pakai benda tu lbh baik utk ajaq bdk, TAPI rugilah ilmu ICT yg kita cari sekian lama. Realitinya KPM tak ikhlas, yg depa penting komisen yg MASYUKKKK......

zulkoa berkata...

lcd buat baling unta..hahaha..cgu memg mmpunyai sense of humor,teringin nk tgk cgu mengajar..

Cikgu Dahlia berkata...

hahahaa marahnya diaaa...
nk buat mcm mana paklong, projek untuk mengkayakan anak beranak, macam ni lah... :)

kita ni siapa? saya yang menurut perintah..hahahaa...

skrg ni sebok pasal NKRA pulak dah.. Bila org ekonomi nak kacau sekolah lak dah...masing2 ada agenda melalui sekolah...sebab sekolah laaa yg paling dekat ngan masyarakat..

cik helena berkata...

cikhel dah tau sebab dulu keje cek ini lah kat sekolah2..hehe =)

joijoi80 berkata...

marah nampak...??????? kami technician pun jadi mangsa..adoiiiaiiii.. di suruh repair.. kewangan terhad.. lu pikirla sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...