Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 8 Mac 2010

Cerita Dari Cikgu Bahasa Melayu

Jeng..jeng..jeng..baca dengan teliti cerita di bawah. Kemudian cuba cari apa yang pelik dalam cerita tu. Aku cuma sekadar nak menguji pemahaman para pembaca blog aku jer....

....."Pada minggu lepas aku berjalan dan ajak-ajak ayam dalam reban untuk melihat keadaan lipas kudung kaki dirumahnya. Dalam perjalanan itu, aku melihat kesan cakar ayam pada jalan yang tidak berturap itu. Di hujung sana ada semak tempat tinggal burung-burung. Aku sempat melihat mulut murai yang sungguh jelita. Aku meneruskan perjalananku. Aku melihat dua-tiga ekor ayam berjalan agak pelik, mungkin rabun ayam itu menyebabkan mereka jadi sedemikian. Di sebelah jalan itu terdapat sebuah parit yang jernih airnya,aku dapat melihat dengan jelas nyawa-nyawa ikan yang bernafas begitu seni sekali. Aku juga melihat dengan jelas telinga lintah didalam air tesebut. Aku meneruskan perjalananku, bersua dengan seekor badak, lantas aku menegurnya, rupanya pekak badak yang aku tegur itu. Aku juga sedar beberapa ekor kucing yang berada disitu tersenyum agak malu-malu kucing."

11 ulasan:

~ ( LayDee_N ) ~ berkata...

pelik nya byk watak binatang... maafkn saya cikgu, BM SPM dulu dpt 7... ahahaha. klu bg saya baca entry mcm ni time SPM dulu... confirm dpt 9 trus...

pak long berkata...

salam buat Laydee N...
ala biasa la....ni saja nak suruh carik simpulan bahasa jer kat petikan tu..caya la laydeeN..

cikgu isza berkata...

penggunaan simpulan bahasanya.. ada ke anak murid yang guna direct camtu?

pak long berkata...

salam buat cikgu isza...
tak der la...suruh depa baca...ada ke tak yang perasan bahawa terdapat simpulan bahasa kat petikan tu...uji IQ budak kelas A ni..

nisah berkata...

salam pak long...
sy pn dah lama tinggal BM ni...
rasa mcm fail plak kalau amik spm balik...
skrang pn wat tesis byk pen merah je yg lacturer bagi...
wuwuwuuwwwuuu...

~ ( LayDee_N ) ~ berkata...

simpuln bahasa rupa nyer. hehe.. *tau ke apa itu simpuln bahasa?* ahahaha... buat2 tau jer la.. dgn muka slamber badak laydee_n meminta diri kerana sudah tiba masanya utk laydee_n tdo2 ayam.
waah... ada hati nak buat ayat.

pak long berkata...

salam buat nisah...
ishhh apa lak fail nyer..kan TESIS tu lagi teror....tabik la ngan nisah..moga nisah berjaya.

pak long berkata...

salam buat layDee N...
waaaa....dasat aaa..dah berjaya wat ayat..syabas pak long ucapkan...jom makan nasik ayam..hehehe

anismi berkata...

Salam paklong,
kalau baca cerita tu memang banyak yang ada.. nanti nak buat list
1. malu-malu kucing
2. pekak badak
3. rabun warna
4. ajak-ajak ayam
5. ...... tunggu orang lain sambung

pak long berkata...

salam buat anismi...
betul la senarai simpulan bahasa tu...

Tanpa Nama berkata...

Simpler and easier just links london various facets of being married the ought links london jewellery to be obtained and tradition recently indicated links of london sale actually divided regarding the bride's family, links of london silver the groom's family, as well as the groom himself. discount links of london Over are the days where the bride's parents insures links of london ring uk every single thing make a list of to links of london friendship bracelets sale perfect detail. For a short period, tradition had shifted this obligation to qualify for the links sweetie bracelet three parties soon discussed the following., a response, links of london earrings as well as ever-popular brunch. Experience entered production although there required to links of london necklaces sale twelve inches into your market by the grooms telephone and therefore bridal individual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...