Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 9 Februari 2010

3 jenis pakaian pilihan juri

Definisi pakaian

adalah segala sesuatu yang kita pakai mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Adapun pakaian yang dipakai setiap hari mempunyai dua fungsi besar iaitu pertama pakaian sebagai penutup tubuh dari gangguan cuaca, kedua pakaian untuk menunjukkan status sipemakai (status sosial). Pakaian tradisional adalah pakaian yang menunjukkan ciri dari satu daerah, dan pakaian ini biasanya dipakai pada upacara-upacara adat setempat atau upacara perayaan sesuatu kaum.

Jenis pakaian yang dipilih :

1. Baju kurung

2. Kebaya nyonya

3. Cheongsam


Jenis-jenis hiasan

Jenis hiasan mempunyai tujuan untuk menambah keindahan desain struktur atau siluet. Desain hiasan dapat berupa saku, renda, sulaman, kancing hias, dan lain-lain.


Jenis hiasan harus memenuhi syarat-syarat sebagai berikut iaitu :

a. Hiasan harus dipergunakan secara terbatas atau tidak berlebihan.

b. Letak hiasan harus disesuaikan dengan bentuk strukturnya.

c.Cukup ruang untuk latar belakang, yang memberikan kesan kesederhanaan dan keindahan terhadap desain tersebut.

d. Bentuk latar belakang harus dipelajari secara teliti dan sama indahnya dengan penempatan pola-pola pada benda tersebut.

e. Hiasan harus sesuai dengan bahan desain strukturnya dan sesuai dengan cara pemeliharaannya.


Pembuatan

Ditakrifkan sebagai teknik atau cara pembuatan pakaian tersebut.Bahagian pakaian dan cara pemotongan yang merangkumi sudut hasilan jahitan yang menghasilkan satu pakaian lengkap.

  1. pemilihan kain atau jenis fabrik
  2. bentuk yang menjadi panduan asal pembuatan
  3. pengaruh jenis pembuatan


- Baju kurung.

Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala


- Kebaya nyonya

kebaya nyonya terhasil dari cantuman budaya yang berkembang pada pendatang awal peranakan Cina (Baba dan Nyonya) suatu ketika dahulu. Ini kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi oleh dua budaya iaitu kebudayaan Cina dan Melayu. Golongan Baba dan Nyonya ini telah berkembang di sekitar Selat Melaka iaitu Penang, Singapura dan Melaka.


- Cheongsam

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

ni adalah sedutan pembentangan kertas kerja aku untuk sem 2010....


19 ulasan:

maiyah berkata...

nak kene bg markah ke ni ngeee

helena's berkata...

pembentangan kertas kerje..kebaya?naju kurung?cheong sam?pakaian perempuan..ini sudah menarik!hehehe

azieazah berkata...

Pakaian ni sebahagian budaya kan?

Juga menjadi kebanggan sesuatu bangsa/kaum kerana itu menjadi lambang kaum

Apapun baju kurung tetap sesuai sejak dulu kini dan selamanya, walau di mana sahajaaa...!

pak long berkata...

salam baut maiyah...
agak-agak maiyah nak bagi baper markah...?

pak long berkata...

salam buat cik hel...
gementar jugak nak membentang menda ni....appy buat cik hel..

pak long berkata...

salam buat azie..
memang ayu kalau azie pakai baju kurung kaler pink....

liyan berkata...

semoga paklong dapat markah 100%....hihihiih

pak long berkata...

salam buat liyan...
mekasih atas doa tu....buat liyan moga appy selalu

~ ReD ~ berkata...

suka sangat kebaya nyonya.. tapi.. banyak koleksi baju kurung jer dlm almari..hahah

ibusinga berkata...

dah siap dah???
perlu model??
*kelip2 mata*
hahahahha...

Kunang-Kunang berkata...

pakaian 1 malaysia tu.

pak long berkata...

salam buat red..
baju kurung lebih cun dan menawan...

pak long berkata...

salam buat ibusinga...
mak jadi model...boleh..nanti tunggu kiter bukak butik busana IBU...hehehehe

pak long berkata...

salam buat akak kunang-kunang..
satu malaysia dan baju kebanggaan kiter....

iBu...gUru berkata...

salam pak long
tempah la baju2 cam tu kat cik gu kh ....... spesel prise punya........ gurau je

pak long berkata...

salam buat ibuguru...
amboi ibu...nak bukak butik pulak ka....kaya la ibu cam tu...

missgee berkata...

Semoga dapat markah yang tinggi..
usaha gigih pasti pulangan bererti..
Semoga Berjaya (^.^)

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
La .. Nape plak Dik Long yg kena buat pembentangan pasal baju pompuan? Tp OK gak .. apa-apa pun boleh.
Kak G dtg kejap nak bgtau je yg ada member dah geng dgn anda di blog Kak G tu .. :)
Nnti jumpa lg ye .. skrg nak panaskan makanan :)

Tanpa Nama berkata...

Simpler and easier just links london various facets of being married the ought links london jewellery to be obtained and tradition recently indicated links of london sale actually divided regarding the bride's family, links of london silver the groom's family, as well as the groom himself. discount links of london Over are the days where the bride's parents insures links of london ring uk every single thing make a list of to links of london friendship bracelets sale perfect detail. For a short period, tradition had shifted this obligation to qualify for the links sweetie bracelet three parties soon discussed the following., a response, links of london earrings as well as ever-popular brunch. Experience entered production although there required to links of london necklaces sale twelve inches into your market by the grooms telephone and therefore bridal individual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...