Kengkawan ( المرافقون )

Khamis, 11 Mac 2010

Aku Nak Bagi Hadiah

Aku bukak blog aku. Tetiba aku terbaca sesuatu dalam shoutmix chat....


Jadi aku nak tunaikan permintaannya. Beliau adalah En. Dexfab.. tu ha pic kat bawah tu. follower aku yang ker 342....



Yang ni adalah blog Dexfab....sempoi...

Itam-itam setampok manggis,

Blog kaler itam,tapi manis...

Klassskan..berpantun lagi haku..


Ni sajer yang mampu aku adiahkan buat Dexfab....


1st Contest!!!

'Create


Aku tak ngajar matematik....lain la cikgu isza....dia teror matematik...apapun aku nak masuk contest ni....SOALANNYA :

ada berapa segi empat tepat kat bawah ni...



Ni la jawapan aku.....

aku rasa jumlah kotak berdasarkan grafik yang aku buat...jumlah kotak ialah :

22 buah kotak

sesiapa yang nak joint contest ni boleh jengok blog.....

Tag datang lagi

Yeee......haaaaa....Tag datang lagi...dari siapa....pic kat bawah tu yang "mengetag" aku.....Laydee_N nama penanya..

Sembah salam aku ucapkan,

Buat LaydeeN yang jauh dimata,

Jawapan TAG aku sertakan,

Tonton video-clip tahulah cerita,



sekian, seadanya.....

Rabu, 10 Mac 2010

Tak sibuk bukan nama kerja

Sabtu sebelum ni buat sukan…Sabtu lepas sekolah buat Majlis Tilawah Peringkat Daerah, Sabtu depan ni majlis Anugerah Cemerlang…Cikgu yang kena buat grafik buku atur cara memanjang sibuk….tapi tak sibuk bukan nama kerja yer tak..Ni la hasil grafik pakar grafik tak bertauliah…



Hari ni ada 3 waktu Bahasa Melayu untuk kelas 3 Mawar. Aku ajar buat karangan berdasarkan gambar. Aku ambik gambor ngan abg Google. Nah...menitik air liur bebudak aku nengok gambor nasi lemak ni...



Ni la jejaka tampan yang buat karangan nasi lemak tu. Gambor ni aku rakam time aku dah abih ngajor....ensem banget dong....

Selasa, 9 Mac 2010

I love london contest

Aku dah lama tak joint contest. Rasanya contest ni paling memikat hati. Dapat hadiah istimewa dari London...klas gitu. Untuk menyertai contest ini aku perlu menjawab soalan berikut :

“Kenapa saya suka menulis blog?”

Aku suka menulis blog kerana......

1. Salah satu wadah paling sesuai untuk aku meluahkan idea dan pengalaman sesuai dengan tajuk blog aku.

2. Blog merupakan sebahagian dari rumah aku untuk bersantai.

3. Menjelajah segala ilmu dan memperolehi HIKMAH dari kengkawan bloggers yang bijak IT.

Inilah wajah ceria seorang pemilik blog. Aku kalau masa menulis blog memang sah gembira dan idea datang mencurah-curah. Maklum la kan aku guru Bahasa Melayu.

Deadline/ tarikh tamat

24th MARCH 2010

Kalau ada sesiapa yang ingin menyertai contest ni... sila layari blog

http://heyanakjawa.blogspot.com/2010/01/i-love-london-contest.html

“kalau” bersama pak long


1. Apakah keadaan emosi anda ”kalau” terdengar suara macam ni...?




2. Apakah perasaan anda semasa diatas pelamin ”kalau” terdengar bunyi macam ni...?




3. Apakah yang anda akan lakukan ”kalau” terdengar bunyi macam ni...?


Jawab la persoalan tu dalam kotak komen hamba.....

Isnin, 8 Mac 2010

Cerita Dari Cikgu Bahasa Melayu

Jeng..jeng..jeng..baca dengan teliti cerita di bawah. Kemudian cuba cari apa yang pelik dalam cerita tu. Aku cuma sekadar nak menguji pemahaman para pembaca blog aku jer....

....."Pada minggu lepas aku berjalan dan ajak-ajak ayam dalam reban untuk melihat keadaan lipas kudung kaki dirumahnya. Dalam perjalanan itu, aku melihat kesan cakar ayam pada jalan yang tidak berturap itu. Di hujung sana ada semak tempat tinggal burung-burung. Aku sempat melihat mulut murai yang sungguh jelita. Aku meneruskan perjalananku. Aku melihat dua-tiga ekor ayam berjalan agak pelik, mungkin rabun ayam itu menyebabkan mereka jadi sedemikian. Di sebelah jalan itu terdapat sebuah parit yang jernih airnya,aku dapat melihat dengan jelas nyawa-nyawa ikan yang bernafas begitu seni sekali. Aku juga melihat dengan jelas telinga lintah didalam air tesebut. Aku meneruskan perjalananku, bersua dengan seekor badak, lantas aku menegurnya, rupanya pekak badak yang aku tegur itu. Aku juga sedar beberapa ekor kucing yang berada disitu tersenyum agak malu-malu kucing."

Ahad, 7 Mac 2010

Entri Menjunjung Kasih

Dalam entri khas kali ini, aku merafak sembah menjunjung kasih dan memberi penghargaan kepada insan-insan yang pernah mencorat-coret di dalam blog aku. Aku mencari kembali pada keluaran-keluaran lepas corat-coret yang mereka tinggalkan....ala jejak kasih la kiranya. Wajah dan ikon ini aku ambik tanpa kebenaran (jangan saman aaa) Wajah dan ikon itu ialah.......kita saksikan sedutan video-clip ini....


Aku TAG semua wajah dan ikon tersebut. Secara paksa-rela kena jawab soalan di bawah

Soalan TAG yang paling syahdu aku kirimkan :

1. Sejak bila anda mula berblog ?

2. Secara tiba-tiba mendapat kad ucapan seperti dibawah, apakah respon anda ?

Kepada sesiapa yang aku terlepas pandang, aku mohon maaf, aku akan menjejak lagi wajah dan ikon mereka...tanpa kalian semua tentu blog aku akan hilang serinya.

Sabtu, 6 Mac 2010

Ibu itu apaan sih…

Kali ini aku nak bercakap tentang perkataan IBU…..


1.Ibu jari – merupakan bahagian penting dalam anggota kita. Jika tiada ibu jari, rasanya susah kita hendak menggengam sesuatu.


2. Ibu negeri – merupakan pusat pentadbiran bagi sesuatu negeri. Kalau Perak..kan Ipoh ibu negerinya.




3. PIBG – Persatuan yang meletakkan Ibu didepan sebagai tonggak utama untuk persatuan ibu bapa dan guru. Kalau tak percaya tanya ibuguru. Seorang guru KH yang berkelibar.


4. Ibu roti – satu-satunya bahan utama untuk menaikkan adunan.



Jadi kita mengerti bahawa segala benda yang ada perkataan ibu itu amat penting dan berguna. Oleh itu, IBU kita merupakan insan yang paling berharga dan paling banyak jasanya pada kita . Sebagai seorang anak, buatlah jasa kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan.


Jadi hari ini, aku mengingati arwah ibu yang pergi buat selama-lamanya 4 tahun yang lalu. Moga roh ibu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.



Tag dari Jijah

Yes....tag datang lagi..memang meriah cary....tag ni datangnya dari jijah... ni jawapan tag tu....


1. - you have to printscreen wallpaper that you are using now

- Anda perlu printscreen wallpaper yang anda gunakan sekarang

- 你必须打印屏幕墙纸,您现在使用

-Kailangan mong printscreen wallpaper na ginagamit mo ngayo

- Vous avez au papier peint PrintScreen que vous utilisez actuellement



2. Tell us why you like the wallpaper?

Terangkan mengapa anda suka wallpaper ini ?


tegur sapa ditepi titi,

tika emosi mengigit kuku,

mengapa ini pilihan hati,

sebab nak promosi sekolah aku,


bawa bakul sambil berlari,

pergi kepasar berjalan kaki,

SK. Gunong Semanggol nama diberi,

tempat aku meraih rejeki.


3. Tag 10 orang....

mak aiii banyaknya nak kena tag....

http://chekguisza.blogspot.com

http://kenanganjadirinduan.blogspot.com/

http://lovenafira.blogspot.com/

http://qisminaraudhah.blogspot.com/

http://missgippsy.blogspot.com/

http://www.ausmelankolik.com/

http://kakcikseroja.blogspot.com/

http://nahdatulizah.blogspot.com/

http://bluevirgolady.blogspot.com/

http://jangan-bukak.blogspot.com/

kepada 10 orang yang aku tag ni jangan marah dan ambik hati....aku sekadar memenuhi tuntutan kehidupan berjiran....jiran baik membawa berkat insyaalah.

......syukran....


Tag Versi Hantu Durian

Cara Tag ni : anda perlu mencari sesiapa yang anda minat dan jadi pujaan hati. Lepas itu jawab la soalan tag tu.

Aku memang meminati OPET.Sesungguhnya memang aku cukup minat dengan dia....jangan tanya banyak soalan....aku ada soalan lain yang perlu dijawab....kerana nak tunaikan hajat cikgu isza....

SOALAN KAMIKAZI :-

1. apakah hubungan anda dengan dia...

minat makan durian.







2. 5 impression terhadap dia?

- comey

- sama-sama jadi hantu durian

- makhluk asing

- suka dengan bahasanya

- nak tinggal kat umahnya..(boleh makan durian kaler merah)

3. Perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?

- keletahnya dalam filem

4. Perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?

Pasipaga...pasipaga..pasipaga

5. kalau dia kekasih awak?

tak leh jadi kekasih...jantina dia tah sahih.





6. kalau dia jadi musuh awak?

Cuba baca amaran sebelah kiri tu....







7. kalau dia kekasih awak, awak akan??

Opet..I love you darling....

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana

mak dia anggap aku ni geng pak mail n singh

9. overall impression tentang dia?

Tomey teramat

10. the most desirable thing to do to her/him

Ajak dia pi sekolah sekali ngan aku

11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
orang buta tak boleh pandang aku...hehehehe

12.apakah sebenarnya perangai anda?

Slamber santai....

13. perangai anda yang anda benci?

Takut pada malam yg gelap...eeeeee...ada antu






14. orang yang anda ingin bersama...

Tengok la sapa yang aku pilih...










15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda



16. tag 5 orang

-1. chik hel- http://helenalatisha.blogspot.com/

-2. Rauna safia- http://raunasafia.blogspot.com/

-3. naman - http://naman0807.blogspot.com/

- 4. sizuka - http://sizuka24.blogspot.com/

- 5 cik mawar -http://fromthepasttothefuture.blogspot.com/

17. no 2 ada hubungan dengan siapa?

Dengan pemuda jepun...(gurau jer cik usagi)

18. no 3 lelaki atau perempuan?dan ada hubungan dgn sape?

Lelaki ada hubungan dengan kementerian pendidikan malaysia...

19. no 1 single kah?

Setahu aku dia single-mingle...hehehehe

20. no 4 belajar apa?

- yang aku tahu dia studen...nak tahu lebih lanjut pi la dekat blog dia.

21. no 5 buat ape...

Try terjah blog dia..asik aku jer bagitau…

Jumaat, 5 Mac 2010

Contest Gempaq cik Hel

mari-mari....cepat-cepat.....ada contets baikkkkkkk punyer dari cik hel....duit banyak mau kasi...tu ha..banyak duit tu.....org pegang duit pun cun gak tu....ehem-ehem...



SOALANNYE ADALAH:

  1. 1. berapakah umur cikhel tahun ini ?

      1. Tu ha gua kasi bukti...cik hel punya umo.....



2. Status beliau adalah ? a)single b) married c) widow d) in a relationship

Gua kasi jawapan bersama logonyer sekali..amacam cik hel...

3. berapakah berat badan cikhel?

Cik hel kira la sendiri…rasanya betul tu berat cik hel.....






gua kasi blog cik hel dengan 5 bintang....yeeeee haaaa...




Gua nak buat dialog kat pic bawah ni....

"alangkah indahnya bintang dilangit...biarkan diriku jadi bintang begemerlapan "



kalau tak caya cilok-milok la....

sekian, terima kasih.

Khamis, 4 Mac 2010

Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 3

Esok pemantauan untuk bulan Mac oleh GB. Ni la bekalan yang aku telah sediakan untuk berjuang.

RPH yang disediakan.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 3 Mawar

Masa : 10.35 – 12.05

Hari : Jumaat / 5.3.2010

Tajuk : Pulang Ke kampung

Objektif : Diakhir pengajaran diharap murid dapat :

1. Membina ayat-ayat gramatis berpandukan video yang dilihat.

2. Melengkapkan petikan cerita yang disediakan berdasarkan bahan.

3. Melahirkan idea kreatif dalam penulisan.

BBM : Bahan video, kad imbasan dan slide.

Kosa kata : kenangan, menyeronokan

Aktiviti :

1. Set Induksi : Menayangkan petikan video tanpa suara kepada murid.

Bertanyakan situasi yang ditonton.

2. Perkambangan P&P :

    1. Berbincang dengan murid tentang petikan video.
    2. Memberikan beberapa contoh ayat berdasarkan bahan.
    3. Menyoal secara individu dan kumpulan tentang pemahaman petikan.
    4. Latih tubi menyambung ayat.

3. Penutup :

Murid menyelesaikan latihan karangan pendek berdasarkan perbincangan

Lembaran Kerja

Bahan vedio untuk pengajaran dan pembelajaran.

Hadiah Spesel Buat Cik Ros

Nak tahu lebih lanjut, tonton la video-clip ni.........


Rabu, 3 Mac 2010

Tajuk Blog Yang Sensasi

Petang yang nyaman.Aku jenjalan makan angin kat senarai bacaan blog aku .Banyak blog yang aku singgah. Tapi inilah senarai tajuk blog yang menambat jiwa. Kalau dikaji pada tajuk yang diilhamkan ia menunjukkan bahawa kekuatan hujah tajuk dan isi memang hebat kaitannya.



















Malam ini aku akan terus lagi mencari tajuk-tajuk hebat untuk aku baca.....

Hikayat Prosa Klasik

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama memiliki blog peribadi bernama raja Punya Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, Baginda memiliki shoutbox untuk diisi pesanan oleh penduduk yang datang keistananya. , Maka baginda mendapati satu pesanan yang pelik yang dibaca oleh baginda.


Dengan anugerah Tuhan sarwa'alam sekalian, Baginda menerjah masuk bolg tersebut. Ada pun barang tahu kamu sekalian, bahawa gerangan mahu berniaga online rupanya. Beberapa lamanya ia di sana, melihat gerangan apakah barang yang ingin diperdagangan itu. Maka jika dilihat barang itu, terkejut yang amat oleh baginda. Semua berkaitan barang dalam khas buat Tuan Puteri. Murka lah baginda, gerangan apa perlu membesarkan barang itu sedangkan barang Tuan Puteri terlalu amat elok rupanya



Maka akhir kalam , baginda memberi peringatan bahawa tolong jangan masuk shoutbox beta semata-mata untuk berdagang. Jika tuan hamba nak kaya, biarlah tuan hamba kaya seorang sahaja. Beta biar kaya budi dan kaya anak sahaja.

Selasa, 2 Mac 2010

ANIN's MINI GIVEAWAY



wahai tuan, wahai saudara,
mari kemari hamba nak cerita,
cerita baik, berita gembira,
kalau joint tak rasa hampa.

O master, O brother,
I let the story came from slaves,
good story, good tidings,
I feel disappointed if the joint.

يا سيد ، يا أخي
واسمحوا لي ان القصة جاءت من العبيد
قصة جيدة ، اخبار جيدة
أشعر بخيبة أمل اذا كان المشترك


Blog Anin tuan empunya,
Blog canggih tidak terkira,
Tengok header cantik jelita,
Orangnya baik berbudi bahasa.

Blog Anin patent owner,
Blog countless sophisticated,
Beautiful header look graceful,
People favor good language ..

بلوق عنين مالك البراءة
بلوق متطورة لا تعد ولا تحصى
رأس تبدو رشيقة جميلة
الناس يفضلون لغة جيدة


Jadi follower syarat utama,
Buat entri jangan dilupa
Bagi glemour blog penaja,
Letak link semestinya ada.

So its main follower,
Create entries do not forget
For glemour blog sponsors,
Parking link necessarily exists.

Penat sudah hamba berseloka,
Harapan besar menjadi juara,
Hadiah menarik lagi istimewa,
Mengapa saya minat menjadi peserta,
Dibawah ini hamba bersuara......

Hamba berminat menyertai giveaway ini kerana..........
1.Tertarik dengan hadiah yang cukup simbolik.
2. Menambahkan kemeriahan giveaway ini.

Ok....jom ramai-ramai kita gegar dan meriahkan giveaway ni...
untuk keterangan lanjut sila layari ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...