
Cakap sapa tak mau duit.....cuba habaq mai. duit sapa pun nak. Tambah dapat duit terpijak atau duit klik-klik. Bercakap bab duit klik-klik atau menjana duit dalam internet ni aku bukan la nak kondem mana-mana pihak. Ni adalah pandangan aku sebagai pelayar internet yang tak mahir....
kita selalu dapat email atau jemputan kengkawan untuk sertai carik duit mudah. Sekali baca memang best. Tapi kena ingat...ni bukan senang nak buat. Ingat senang-senang ker org nak bagi duit kat kita. Aku yang keja nelayan ni berhempas-pulas nak carik duit. Semua memerlukan kemahiran yang tinggi baru boleh labuh pukat ditengah arus laut.
Kat sini aku nak cakap bahawa menjana duit dengan internet ni banyak cabaranya....
Kita kena jengok dalam diri kita sejauh mana kita mahir dengan internet. Kalau setakat nak masuk fesbok, buat blog tu kira asas tu. Itu pun kalau salah ikut arahan kena rejek jugak. Inikan pulak yang melibatkan duit. Jadi secara jelasnya kita mesti mahir dalam pengendalian bab internet. Kita tengok yang berjaya tu semua pakar dalam bab-bab tu....kita yang tak pandai kena pikir banyak kali bab-bab ni..
Satu perkara penting kita kena paham..”cakap senang, nak buat tu yang susah”. Sesetengah bab cari duit dalam internet ni banyak selok-beloknya.. ada diantaranya kita kena login syarikat tu. Ni yang akan memeningkan kita. Seperkara lagi kita kena carik kawan ajak masuk. Ingat orang senang ke nak percaya bab-bab duit ni. Ni pun akan menyusahkan kita. Yang berjaya buat bisnis tu dia punya latar belakang bab dunia memang hebat.

Sebagai kesimpulannya, bab-bab mencari duit dalam internet ni memerlukan kemahiran dalam pengendalian dunia maya dan tahu jugak pengendalian kewangan melalui maya. Perkara ni bukan senang macam nak oder roti canai kat kedai mamak.
Kata kawan aku : ada duit cik abang sayang, tak ada duit cik abang melayang.