
2. Penggunaan internet dengan line Streamyx pun boleh menaikkan suhu kemarahan sekiranya nada dail telefon ada tapi lampu ADSL kat router kita tak menyala. Ini bermakna line stremyx kita dah tak ada. Jadi internet dah tak berfungsi. Suhu kemarahan semakin memuncak.

3. Paling hebat kalau kita dengar iklan..”sudah potong”...pakai la P1 max. Ni pun satu cerita lucu berbaur kemarahan. Aku pergi la tanya kepada pengedar broadband. Tapi agen akan tanya, ”En. tinggal mana ? ”...aku cakap la, ” gua tinggal kampung dalam punya”...agen boleh cakap ” sana tempat liputan tak meluas ma”...lagi membara. Maknanya broadband ni boleh guna tempat tertentu atau dengan lain perkataan kawasan bandar jer. Jadi penggunaan broadband ni boleh menambahkan suhu amarahku.....

4. Jalan paling selamat kita guna STREAMYX. Selamat sebab selagi ada talian telefon kita boleh layan internet. Tapi yang sadisnya kengkadang line ni pun ada gangguan. Lambatnya mengalahkan kura-kura yang demam kura tahap kritikal. Panas jugak hati kita sebagai pengguna internet.

































