Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 8 Mac 2010

Cerita Dari Cikgu Bahasa Melayu

Jeng..jeng..jeng..baca dengan teliti cerita di bawah. Kemudian cuba cari apa yang pelik dalam cerita tu. Aku cuma sekadar nak menguji pemahaman para pembaca blog aku jer....

....."Pada minggu lepas aku berjalan dan ajak-ajak ayam dalam reban untuk melihat keadaan lipas kudung kaki dirumahnya. Dalam perjalanan itu, aku melihat kesan cakar ayam pada jalan yang tidak berturap itu. Di hujung sana ada semak tempat tinggal burung-burung. Aku sempat melihat mulut murai yang sungguh jelita. Aku meneruskan perjalananku. Aku melihat dua-tiga ekor ayam berjalan agak pelik, mungkin rabun ayam itu menyebabkan mereka jadi sedemikian. Di sebelah jalan itu terdapat sebuah parit yang jernih airnya,aku dapat melihat dengan jelas nyawa-nyawa ikan yang bernafas begitu seni sekali. Aku juga melihat dengan jelas telinga lintah didalam air tesebut. Aku meneruskan perjalananku, bersua dengan seekor badak, lantas aku menegurnya, rupanya pekak badak yang aku tegur itu. Aku juga sedar beberapa ekor kucing yang berada disitu tersenyum agak malu-malu kucing."

Ahad, 7 Mac 2010

Entri Menjunjung Kasih

Dalam entri khas kali ini, aku merafak sembah menjunjung kasih dan memberi penghargaan kepada insan-insan yang pernah mencorat-coret di dalam blog aku. Aku mencari kembali pada keluaran-keluaran lepas corat-coret yang mereka tinggalkan....ala jejak kasih la kiranya. Wajah dan ikon ini aku ambik tanpa kebenaran (jangan saman aaa) Wajah dan ikon itu ialah.......kita saksikan sedutan video-clip ini....


Aku TAG semua wajah dan ikon tersebut. Secara paksa-rela kena jawab soalan di bawah

Soalan TAG yang paling syahdu aku kirimkan :

1. Sejak bila anda mula berblog ?

2. Secara tiba-tiba mendapat kad ucapan seperti dibawah, apakah respon anda ?

Kepada sesiapa yang aku terlepas pandang, aku mohon maaf, aku akan menjejak lagi wajah dan ikon mereka...tanpa kalian semua tentu blog aku akan hilang serinya.

Sabtu, 6 Mac 2010

Ibu itu apaan sih…

Kali ini aku nak bercakap tentang perkataan IBU…..


1.Ibu jari – merupakan bahagian penting dalam anggota kita. Jika tiada ibu jari, rasanya susah kita hendak menggengam sesuatu.


2. Ibu negeri – merupakan pusat pentadbiran bagi sesuatu negeri. Kalau Perak..kan Ipoh ibu negerinya.




3. PIBG – Persatuan yang meletakkan Ibu didepan sebagai tonggak utama untuk persatuan ibu bapa dan guru. Kalau tak percaya tanya ibuguru. Seorang guru KH yang berkelibar.


4. Ibu roti – satu-satunya bahan utama untuk menaikkan adunan.



Jadi kita mengerti bahawa segala benda yang ada perkataan ibu itu amat penting dan berguna. Oleh itu, IBU kita merupakan insan yang paling berharga dan paling banyak jasanya pada kita . Sebagai seorang anak, buatlah jasa kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan.


Jadi hari ini, aku mengingati arwah ibu yang pergi buat selama-lamanya 4 tahun yang lalu. Moga roh ibu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.



Tag dari Jijah

Yes....tag datang lagi..memang meriah cary....tag ni datangnya dari jijah... ni jawapan tag tu....


1. - you have to printscreen wallpaper that you are using now

- Anda perlu printscreen wallpaper yang anda gunakan sekarang

- 你必须打印屏幕墙纸,您现在使用

-Kailangan mong printscreen wallpaper na ginagamit mo ngayo

- Vous avez au papier peint PrintScreen que vous utilisez actuellement



2. Tell us why you like the wallpaper?

Terangkan mengapa anda suka wallpaper ini ?


tegur sapa ditepi titi,

tika emosi mengigit kuku,

mengapa ini pilihan hati,

sebab nak promosi sekolah aku,


bawa bakul sambil berlari,

pergi kepasar berjalan kaki,

SK. Gunong Semanggol nama diberi,

tempat aku meraih rejeki.


3. Tag 10 orang....

mak aiii banyaknya nak kena tag....

http://chekguisza.blogspot.com

http://kenanganjadirinduan.blogspot.com/

http://lovenafira.blogspot.com/

http://qisminaraudhah.blogspot.com/

http://missgippsy.blogspot.com/

http://www.ausmelankolik.com/

http://kakcikseroja.blogspot.com/

http://nahdatulizah.blogspot.com/

http://bluevirgolady.blogspot.com/

http://jangan-bukak.blogspot.com/

kepada 10 orang yang aku tag ni jangan marah dan ambik hati....aku sekadar memenuhi tuntutan kehidupan berjiran....jiran baik membawa berkat insyaalah.

......syukran....


Tag Versi Hantu Durian

Cara Tag ni : anda perlu mencari sesiapa yang anda minat dan jadi pujaan hati. Lepas itu jawab la soalan tag tu.

Aku memang meminati OPET.Sesungguhnya memang aku cukup minat dengan dia....jangan tanya banyak soalan....aku ada soalan lain yang perlu dijawab....kerana nak tunaikan hajat cikgu isza....

SOALAN KAMIKAZI :-

1. apakah hubungan anda dengan dia...

minat makan durian.







2. 5 impression terhadap dia?

- comey

- sama-sama jadi hantu durian

- makhluk asing

- suka dengan bahasanya

- nak tinggal kat umahnya..(boleh makan durian kaler merah)

3. Perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?

- keletahnya dalam filem

4. Perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?

Pasipaga...pasipaga..pasipaga

5. kalau dia kekasih awak?

tak leh jadi kekasih...jantina dia tah sahih.





6. kalau dia jadi musuh awak?

Cuba baca amaran sebelah kiri tu....







7. kalau dia kekasih awak, awak akan??

Opet..I love you darling....

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana

mak dia anggap aku ni geng pak mail n singh

9. overall impression tentang dia?

Tomey teramat

10. the most desirable thing to do to her/him

Ajak dia pi sekolah sekali ngan aku

11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
orang buta tak boleh pandang aku...hehehehe

12.apakah sebenarnya perangai anda?

Slamber santai....

13. perangai anda yang anda benci?

Takut pada malam yg gelap...eeeeee...ada antu






14. orang yang anda ingin bersama...

Tengok la sapa yang aku pilih...










15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda



16. tag 5 orang

-1. chik hel- http://helenalatisha.blogspot.com/

-2. Rauna safia- http://raunasafia.blogspot.com/

-3. naman - http://naman0807.blogspot.com/

- 4. sizuka - http://sizuka24.blogspot.com/

- 5 cik mawar -http://fromthepasttothefuture.blogspot.com/

17. no 2 ada hubungan dengan siapa?

Dengan pemuda jepun...(gurau jer cik usagi)

18. no 3 lelaki atau perempuan?dan ada hubungan dgn sape?

Lelaki ada hubungan dengan kementerian pendidikan malaysia...

19. no 1 single kah?

Setahu aku dia single-mingle...hehehehe

20. no 4 belajar apa?

- yang aku tahu dia studen...nak tahu lebih lanjut pi la dekat blog dia.

21. no 5 buat ape...

Try terjah blog dia..asik aku jer bagitau…

Jumaat, 5 Mac 2010

Contest Gempaq cik Hel

mari-mari....cepat-cepat.....ada contets baikkkkkkk punyer dari cik hel....duit banyak mau kasi...tu ha..banyak duit tu.....org pegang duit pun cun gak tu....ehem-ehem...



SOALANNYE ADALAH:

  1. 1. berapakah umur cikhel tahun ini ?

      1. Tu ha gua kasi bukti...cik hel punya umo.....



2. Status beliau adalah ? a)single b) married c) widow d) in a relationship

Gua kasi jawapan bersama logonyer sekali..amacam cik hel...

3. berapakah berat badan cikhel?

Cik hel kira la sendiri…rasanya betul tu berat cik hel.....






gua kasi blog cik hel dengan 5 bintang....yeeeee haaaa...




Gua nak buat dialog kat pic bawah ni....

"alangkah indahnya bintang dilangit...biarkan diriku jadi bintang begemerlapan "



kalau tak caya cilok-milok la....

sekian, terima kasih.

Khamis, 4 Mac 2010

Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 3

Esok pemantauan untuk bulan Mac oleh GB. Ni la bekalan yang aku telah sediakan untuk berjuang.

RPH yang disediakan.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 3 Mawar

Masa : 10.35 – 12.05

Hari : Jumaat / 5.3.2010

Tajuk : Pulang Ke kampung

Objektif : Diakhir pengajaran diharap murid dapat :

1. Membina ayat-ayat gramatis berpandukan video yang dilihat.

2. Melengkapkan petikan cerita yang disediakan berdasarkan bahan.

3. Melahirkan idea kreatif dalam penulisan.

BBM : Bahan video, kad imbasan dan slide.

Kosa kata : kenangan, menyeronokan

Aktiviti :

1. Set Induksi : Menayangkan petikan video tanpa suara kepada murid.

Bertanyakan situasi yang ditonton.

2. Perkambangan P&P :

    1. Berbincang dengan murid tentang petikan video.
    2. Memberikan beberapa contoh ayat berdasarkan bahan.
    3. Menyoal secara individu dan kumpulan tentang pemahaman petikan.
    4. Latih tubi menyambung ayat.

3. Penutup :

Murid menyelesaikan latihan karangan pendek berdasarkan perbincangan

Lembaran Kerja

Bahan vedio untuk pengajaran dan pembelajaran.

Hadiah Spesel Buat Cik Ros

Nak tahu lebih lanjut, tonton la video-clip ni.........


Rabu, 3 Mac 2010

Tajuk Blog Yang Sensasi

Petang yang nyaman.Aku jenjalan makan angin kat senarai bacaan blog aku .Banyak blog yang aku singgah. Tapi inilah senarai tajuk blog yang menambat jiwa. Kalau dikaji pada tajuk yang diilhamkan ia menunjukkan bahawa kekuatan hujah tajuk dan isi memang hebat kaitannya.



















Malam ini aku akan terus lagi mencari tajuk-tajuk hebat untuk aku baca.....

Hikayat Prosa Klasik

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama memiliki blog peribadi bernama raja Punya Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, Baginda memiliki shoutbox untuk diisi pesanan oleh penduduk yang datang keistananya. , Maka baginda mendapati satu pesanan yang pelik yang dibaca oleh baginda.


Dengan anugerah Tuhan sarwa'alam sekalian, Baginda menerjah masuk bolg tersebut. Ada pun barang tahu kamu sekalian, bahawa gerangan mahu berniaga online rupanya. Beberapa lamanya ia di sana, melihat gerangan apakah barang yang ingin diperdagangan itu. Maka jika dilihat barang itu, terkejut yang amat oleh baginda. Semua berkaitan barang dalam khas buat Tuan Puteri. Murka lah baginda, gerangan apa perlu membesarkan barang itu sedangkan barang Tuan Puteri terlalu amat elok rupanya



Maka akhir kalam , baginda memberi peringatan bahawa tolong jangan masuk shoutbox beta semata-mata untuk berdagang. Jika tuan hamba nak kaya, biarlah tuan hamba kaya seorang sahaja. Beta biar kaya budi dan kaya anak sahaja.

Selasa, 2 Mac 2010

ANIN's MINI GIVEAWAY



wahai tuan, wahai saudara,
mari kemari hamba nak cerita,
cerita baik, berita gembira,
kalau joint tak rasa hampa.

O master, O brother,
I let the story came from slaves,
good story, good tidings,
I feel disappointed if the joint.

يا سيد ، يا أخي
واسمحوا لي ان القصة جاءت من العبيد
قصة جيدة ، اخبار جيدة
أشعر بخيبة أمل اذا كان المشترك


Blog Anin tuan empunya,
Blog canggih tidak terkira,
Tengok header cantik jelita,
Orangnya baik berbudi bahasa.

Blog Anin patent owner,
Blog countless sophisticated,
Beautiful header look graceful,
People favor good language ..

بلوق عنين مالك البراءة
بلوق متطورة لا تعد ولا تحصى
رأس تبدو رشيقة جميلة
الناس يفضلون لغة جيدة


Jadi follower syarat utama,
Buat entri jangan dilupa
Bagi glemour blog penaja,
Letak link semestinya ada.

So its main follower,
Create entries do not forget
For glemour blog sponsors,
Parking link necessarily exists.

Penat sudah hamba berseloka,
Harapan besar menjadi juara,
Hadiah menarik lagi istimewa,
Mengapa saya minat menjadi peserta,
Dibawah ini hamba bersuara......

Hamba berminat menyertai giveaway ini kerana..........
1.Tertarik dengan hadiah yang cukup simbolik.
2. Menambahkan kemeriahan giveaway ini.

Ok....jom ramai-ramai kita gegar dan meriahkan giveaway ni...
untuk keterangan lanjut sila layari ...

Isnin, 1 Mac 2010

Dari Fail Mahkamah

Laporan perbicaraan.

Perbicaraan dimulakan dengan pendawaraya mengemukakan hujahnya.

1. Hujah pendawaraya :” Susunan penulisan dibuat secara susunan “center” dan dirasakan tidak sesuai”

Hujah peguambela : “ Saya memanggil En. Kamus Dewan untuk memberikan keterangan”. En. Kamus Dewan, ”Apakah takrif penulisan mengikut tuan ? Jawab En. Kamus Dewan , ” Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca. ”

Peguambela menyatakan bahawa susunan tidak penting, yang lebih penting dalam penulisan adalah idea yang ingin disampaikan. Tiada soalan Yang Arif.



2. Hujah pendakwanraya, ” Tulisan yang berwarna-warni nampaknya tidak sesuai dalam penulisan sesuatu blog”.

Hujah peguambela, meminta saksi utama iaitu En. Kamus Dewan menerangkan perkara utama yang perlu difahami.Kata En. Kamus Dewan, ” Persepsi merupakan suatu proses yang dimulai dari penglihatan hingga terbentuk tanggapan yang terjadi dalam diri individu sehingga individu sedar akan segala sesuatu dalam lingkungannya melalui indera-indera yang dimilikinya.”

Yang Arif, nampaknya konsep ini tidak difahami oleh pihak pendawaraya, saya mohon agar pendakwaraya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tiada soalan Yang Arif.


3. Hujah pendakwaraya, ”Saya rasa tidak perlu diletakkan jam pada blog.

Peguambela meminta saksi menyatakan pandangannya. Mengikut saksi utama konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut.

Oleh itu, pemilik blog merasakan itu adalah idea kreatif. Kalau kita lihat di kedai aksesori kereta, terdapat banyak peralatan aksesori yang dijual untuk menghias kereta, tidak semuanya diminati oleh pengemar aksesori. Sesetengah minat ragam hias A dan sesetengah minat ragam hias B. Maka hujah pendakwaraya terlalu lemah. Tiada soalan Yang Arif.


4. Hujah pendakwaraya, ” Latar warna nampak macam pucat dan tidak bermaya.

Hujah peguambela, ” Saya merujuk kepada definisi En. Google menyatakan bahawa, warna mempunyai banyak takrifan. Ia meliputi takrif positif dan takrif negatif. En. Google menyatakan , Kelabu : Positif (keamanan, keandalan, kecerdasan/inteligen, padat, konservatif), Negatif (muram, sedih, konservatif).Tiada soalan Yang Arif.


5. Hujah pendakwaraya, ” Tidak perlu ada lagu yang autoplay”

Hujah peguambela, kita perlu merujuk kepada kenyatan E. Google yang menyatakan bahawa perasaan ialah suatu pernyataan jiwa, yang sedikit sebanyak bersifat subjektif. Oleh itu, lagu dan muzik ini melibatkan perasaan pemilik blog. Perasaan ini tidak boleh kita rangkum secara samarata dengan perasaan individu yang lain. Contohnya, pada majlis kawin mungkin ada DJ mainkan lagu, ini juga rasanya tidak digemari oleh para tetamu, tetapi ini diterima oleh norma masyarakat. Tiada soalan yang Arif.




Gratisan Musik

Mahkamah menangguhkan kes perbicaraan ini. Ia akan disambung pada tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh hakim.

sekian, terima kasih.

"Kisah Paling Seram - Gengblogger.com"

Sebelum aku nak mula kisah aku. izinkan aku definisikan dulu beberapa perkataan yang menjadi kata kunci kepada tajuk ini.

Mengikut kamus Dewan keluaran 2004 mendefinisikan perkataan....

  1. Kisah diertikan sebagai suatu cerita atau kejadian.
  2. Paling merupakan darjat perkataan yang terlalu atau sangat.
  3. Seram seringkali dikaitkan dengan perasaan takut ataupun gerun terhadap sesuatu.

Kita memang biasa dengar kejadian histeria. Jikalau sekadar nak cerita memang la tak seram mana, tapi apabila aku sendiri melihat kejadian tu. Fuuhhhh memang seram. Tu kira terjadi pada waktu siang, kalau malam maknanya seram gandadua la gamaknya.

Kisah ni terjadi pada tahun 2009.Sekolah menengah sebelah sekolah aku telah berlaku kejadian histeria.Jadi ustaz sekolah aku telah dipanggil untuk mengubati kejadian tu. Dan aku telah diajak sekali untuk pergi ke tempat kejadian tu.Aku pun ikut sama. Ni kira peluang la aku nak nengok live kejadian histeria.

Sesampainya kami disekolah tu. Terdapat la 2 orang pelajar perempuan yang telah dirasuk. Aku jadi cuak jugak melihat kejadian tu. Maklumla ni pertama kali aku saksikan kejadian tu. Ustaz tu mula la membaca doa untuk menghalau makhluk halus tu. Aku pun rakam la kejadian tu dengan anpon aku.

Memang seram la aku lihat. Bayangkan beberapa perkataan yang keluar dari mulut pelajar tu. Rasa macam pelik, tapi perkataan yang dituturkan memang jelas. Nak kata tak percaya, kejadian ni berlaku depan mata aku. Fuhhh memang seram la kalau dengar pertuturan tu. Tengok saja la. Cikgu-cikgu kat situ pun muka saspen jer. Tu maknannya seram la tu.

Jadi sebagai bukti aku lampirkan rakaman yang aku buat untuk tatapan bersama. Cuba dengar elok-elok perkataan yang disebut. Sah menyeramkan. Kalau tak caya. Cuba tengok rakaman video ni waktu malam. Sebab malam kan sinonim dengan antu. Jadi tu la kisah seram yang pernah aku alami.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...