Kengkawan ( المرافقون )

Sabtu, 27 Februari 2010

Giveaway from New Zealand

lama aku tak masuk kontest.....kali ni aku rasa teruja nak masuk....maklum la adiah spesel ni...jauh uolls....

Syarat-syarat yang ditetapkan :

  1. Perlulah@wajib menjadi followers blog ini. sebagai bukti tu dia kat bawah tu....aku memang sah jadi pengikut blog ni.

2. Letakkan blog ini dalam blog list anda.
aku dah link blog ni masuk senarai blog aku....



3. Kalau rajin buatlah entry dalam blog anda tentang "giveaway" ini, KALAU TAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA. Yang anda baca ni la entri aku...


4. Perlulah@wajib meletakkan banner di atas di sidebar blog anda (di'link'kan ke blog ini). Tu ha...aku dah buktikan kesahihan banner yang ditampal kat sidebar aku


5. Tinggalkan komen dalam entry ini yang menyatakan anda berminat untuk menyertainya.

6. Tiga cabutan bertuah akan dilakukan.

7. Tarikh tutup akan diberitahu kelak.

Kat bawah tu la senarai hadiah yang bakal di"giveaway"kan oleh penaja contest ni.......



Ni la penaja utama contest ni....insan bernama NIDA.....sekarang ni jauh diperantauan...aku doakan moga beliau bahagia disamping keluarga tersayang....amin..


aku cukup berharap kalau dipilih sebagai pemenang...tak boleh gi New Zealand...dapat adiah spesel dari sana pun syukur.....
Sesiapa yang nak joint contest ni....layarilah




Beautiful Blogger Award And Tag

Hari-hari cuti ni aku berkampung la kat blog aku.....meredah blog yang ada kat maya ni....aku pun lihat dekat kotak pesanan aku....tetiba aku terbaca yang blog aku di tagg oleh sahabat aku nor....mekasih banyak buat nor....jadi aku nak jugak dapatkan logo cun tu....maka aku siapkan tagg aku......antara soalan yang perlu aku jawab...

Inilah Tagnya...

01. Makanan -
Jawapan aku : apa saja yang halal... (sesekali kena makan angin )

02. Bahan Bacaan -
Jawapan aku : Buat masa sekarang ni modul OUM...sebab nak dapat ijazah...

03. Rancangan TV -
Jawapan aku : semua jenis rancangan karton...terutama El-Tiger...


04. Keperibadian -
Jawapan aku : Ikut sunnah dan yang tidak menentang syariat ISLAM


05. Hobi -
Jawapan aku : Sesuatu yang baru dan mencabar

06. Impian / Hajat dihati :
Jawapan aku : nak gi mekah dan nak jadi senang sepanjang idup.

Aku tagg insan yang jadi pujaan hatiku....jangan terkezut aaa....






Syarat yang terakhir kenalah buat posting. berikan kepada para sahabat yang jadi pilihan, jangan lupa waktu buat posting sertakan link si pemberi award ini. Buat jangan tak buat.

Khamis, 25 Februari 2010

Syukur Pada Ilahi

Padi dah masak....aku tengok bendang aku mesin dah mula masuk...fuhhh..alhamdullilah la tak ujan hari ni.....nampak mesin laju jer ambik padi aku yg dah masak....padi pun cun kali ni...



dah dua kali pusing mesin ambik padi....ingat dah penoh la tangki mesin tu...aku kat atas batas bendang nengok jer....sambil tu aku bawak la kamera untuk snap gambaq buat kenangan tuk musim menuai kali ni.....

tak lama mesin berhenti la masukkan padi kat dalam lori.....melimpah jugak la rezeki kali ni....harga padi pun org kata naik sikit..lega la...dah la gaji bulan 3 ni lambat..hehehe...ada la penampung tuk aku....syukur..

aku malas nak angkat "tempang" yang aku tahan dekat parit tepi bendang tu.....esok baru aku nak angkat....seni tak menda yang aku citer kat bawah tu....biasa ke nengok menda ni ????


aku lepak kat bendang sampai sinar merah dilangit...aku snap la suasana tu sebab nampak cantik sangat pemandangan nya....ni kalau buat poskad sah sempoi ni...


ni la sebahagian idup seorang petani...buat bendang untuk mencari sesuap nasik....hehehe..cam cerpen lak citer aku kali ni....ni la sebenar idup aku sebagai anak kampung ditengah bendang padi...

Rabu, 24 Februari 2010

Seninya blog-blog ni

petang yang nyaman... aku on9.....terus bukak blog....aku jenjalan kat blog yang ada kat maya ni....aku selusuri blog yang pernah singgah kat blog aku....aku hanya sempat kumpul sebanyak ni jer.....aku ambik "TAJUK" blog yang jadi identiti untuk blog-blog tersebut...fuhhh memang seni semuanya...ada gaya tersendiri...aku tabik la.....ni aku senaraikan "TAJUK" blog yang sempat aku ambik.....







































ni baru siri 1...nanti siri seterusnya aku akan jenjalan dan kutip lagi identiti blog yang aku masuk...kepada semua "TAJUK" blog yang aku ambik ni....aku mintak halalkan...mekasih banyak pada semua blog yang tesenarai...wa caya lu semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...