Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 23 Februari 2010

Cikgu ISZA......ni jawapan hamba.

Aku suka lawati blog cikgu isza…sempoi dan ceria…macam-macam cerita yang aku dapat….tapi tup-tup aku terbaca tag soalan panas….aku rasa tertarik dengan soalan yang dia kena tag….bila aku scroll aku dapati blog aku tersenarai….ok cikgu, aku nak jugak jawab soalan panas bersempena musim panas ni…

1 - adakah anda rasa HOT???

- aku tak berapa hot…hanya sekadar suam-suam kuku…

2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
- ok no hal..menda kecik jer…



3 - cerita pasal gambar
- ni gambar kat luar muzium Taiping…time aku boring aku masuk kat situ dan snap la pic tu..

4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?
- dah sebulan lebih dah….parking payah kat kedai pizza tu..

5 - lagu terakhir anda dengar
- lagu nasyid dari kumpulan al-suraya medan…


6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
- sambil menyiapkan asimen yang entah bila nak siap

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape?
- kat mana-mana org panggil aku PAK LONG...tapi bulan ALONG..

8 - tag lagi 8 org

- aku rasa org yang aku tag ni tak ambik ati...

  1. http://norgadis.blogspot.com/
  2. http://bicaramataku.blogspot.com/
  3. http://helenalatisha.blogspot.com/
  4. http://maiyah71-perjalananku.blogspot.com/
  5. http://slamzer.blogspot.com/
  6. http://qisminaraudhah.blogspot.com/
  7. http://dahliajournal.blogspot.com/
  8. http://nurrcahaya.blogspot.com/
9 - siapakah org no.1 kpd anda
- seorang sahabat yang cukup hebat dalam dunia sastera.

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
- aku tetap mendoakan moga kau dimurahkan rezeki

11 - no.3 ade hubungan dgn sape?
- dengan Arif kot..sebab aku banyak baca tentang tulisanya mesti ada nama tu..hehehe (jangan marah aaa)

12 - bagaimana pula dgn no.4
- aku tabik dengan ketabahannya....gua respek sama lu maiyah

13 - pesanan kepada org no.6
- aku doakan moga kau tak celaru dan berjaya ngan cemerlang

14 - kata2 cinta utk org no.2
- eratkan kasih sayangmu bersama keluarga diperantauan

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan
- mempunya gaya penuliasan yang seni dan menarik bagi aku

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
  1. sepropesen dengan aku
  2. pakar dalam matematik sek rendah
  3. rajin dan kreatif
  4. ada tokoh jadi guru BESOR.
  5. senegeri dengan aku (kejor yong kejor)

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU

- sama-sama makan rumput

18 - perasaan anda wat tag ni

- aku rasa seronok sebab aku suka soklan bentuk cam gini.

19 - adakah anda tau si razman itu sengal

- siapa itu RAZMAN....loyar..majestret...hehehehe

20 - a)GAY or b)LESS

- jejaka idam malaya....huhuhuhu

.....yesss.....aku dah berjaya selesaikan tag ni....moga sapa yang aku TAGG dalam penerbitan ni tak akan saman aku....

Isnin, 22 Februari 2010

Terima Kasih Buat OYA

Fuhhh..hari ni cukup bermakna buatku......dapat call dari syarikat GDxx...katanya ada bungkusan...saspen jugak aku....tepat jam 4.30 petang (isnin - 22/2/10).... terpacak pikup putih depan umah aku.....aku tanda tangan...dan terus masuk umah.....sapa la bagi bungkusan kat aku ni...


bukak dalam keadaan saspen....mana tau bom ke..hehehe ( maap OYA) gurau jer....yesssss...tu ha kat atas tu la hadiahnya...adusssss....berbaju la peti ais aku kali ni...buat OYA mekasih banyak...jasamu tetap dikenang....memang cun adiah tu.....

kalau ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
ada kontets OYA nak masuk lagi.

Ahad, 21 Februari 2010

Pelupa atau Alasan


dah lama bergelumang ngan bebudak...aku masih tetap kabur dengan alasan yang macam kat atas tu....besar kemungkinan ia terlupa membawa buku....atau ia satu alasan...tapi aku tetap berprasangka baik dia mungkin terlupa.....
Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Tempe
- Air soya


Jumaat, 19 Februari 2010

PTK antara realisasi dan imagenasi


Salam semua….aku tahu semua org biasa dengar PTK….semua dah biasa menduduki peperiksaan ni….jadi aku nak ulas PTK ni berdasarkan pengalaman aku yang entah berapa kali menduduki PTK ni sejak ia diperkenalkan….Aku nak ulas tentang senarai 8 latar belakang yang disenaraikan tentang tujuan PTK…ok kita tengok yang atas sekali…

  1. yang mula tu kira ok la…pembelajaran berterusan…tapi yang muskilnya adakah ia diberikan secara jelas apa yang ingin dipelajari….setahu aku pada mula PTK diperkenalkan….kebanyakan geng aku tak berapa tahu tentang ni…
  2. study gila-gila….tajuk memang mantap…mengalahkan nak menjawab soalan STPM…susah sangat….maklumat pun kengkadang sukar diperolehi
  3. ok kerja berpasukan….tu time kerja…tapi time menjawab tak der kerja berpasukan..semua umpama enau dalam belukar.melepaskan pucuk masing-masing…biasa la exm…sapa terror dia la ‘king’
  4. penilaian yang berorentasikan peperiksaan…kalau sahabat ni terror dalam exm..memang luck dia memang baik…tapi yang otak dah otai dah tak mampu melepasi syarat alamat lopong la….sadiskan….

ok..kita tengok tahap lulus nak dapat 4…..80% beb…tu kira tahap gaban tu..study kena gila-gila baru mampu capai tahap tu….tapi yang dapat 4 ni pun aku tak konfiden jugak klas kelulusannya…..kita boleh anggap dia memang study atau dia memang pakar dalam menujum..semua nujumnya mengena maka lepas tahap 4…misteri kan kes ni….

Satu lagi….dia memang boleh lepas tahap 4 PTK…tapi bab kerja tah apa-apa…ni nak kira cam mana ni…dia dah lulus…kena pikir jugak menda ni…

Sebagai seorang guru….tugasan memang banyak….dari kerja kurikulum hingga kerja kokurikulum dan kerja amal yang lain…..kemudian ditambah pulak dengan PTK…mak aiii….tension jugak kalau macam tu……PTK wajib kena ambik….ambik tah berapa kali dok tahap 2 atau 3 jer…ni agak membebankan…aku rasa kalau nak berjaya sebagaimana dalam latar belakang tu..kita pi cek time dia buat kerja…jangan cek sehari…cek sampai setahun…jangan ada kroni.....tu aku rasa lebih adil dan boleh membentuk kerja yang lebih pro….

peringatan: ni pendapat aku yang pernah menduduki PTK. yang baik jadikan panduan.yang tak baik kita kena pikir panjang.....

Yesss...aku menang giveaway

Aku paling minat dengan pic bom kat blog ni...memang seni...setiap kali aku masuk...dah sah bom tu la aku klik dulu....tapi kali ni ada lagi best....kan OYA ada buat giveaway.....mak aiii dia bagi saspen...skroll la aku nengok nama pemenang....lama jugak la....jeng..jeng..jeng.....sap-sap sui....yessssssss..aku tengok ada nama aku..cam tak caya..takut ada pak long lain pulak...tapi cek balik kat senarai nama..pak long ada satu jer....sah aku menang...

kita dah email apa yang OYA perlukan...mekasih banyak yer OYA...ada kontest kita nak masuk lagi...buat OYA..moga dimurahkan rezeki.....ong sudah mali ma....huhuhuhu

Khamis, 18 Februari 2010

Email dari Akak Z

Salam buat semua.....cuti raya cina aku lama tak lepak kat blog ....cuti ada keja kawin adik ipaq...kawin ngan orang mersing...jauh tu....jadi aku ikut la rombongan cik kiah..bagi memeriahkan majlis tu...pastu aku ambik kesempatan makan angin kat beberapa tempat dijohor...

kesempatan malam ni...badan pun dah tak penat....aku bukak la email...mak aiii...banyaknya email aku...satu persatu aku baca email yang masuk....aku agak tertarik dengan email yang dikirimkan oleh kenalan aku yang keja kat arab...mekasih buat akak Z sudi sent email ni kat aku....jadi aku nak kongsi la email ni dengan rakan blog...aku harap ada la hikmahnya apabila membaca petikan kat bawah tu...


Jumaat, 12 Februari 2010

Lagu cun time cuti

Cun Saja - Sleeq

Chorus:-
Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

-Chorus-

Alyph:
Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

-CHORUS-

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh


aku tujukan lagu ini untuk semua pengunjung blog aku...bersempena cuti raya cina....ong mali ma...

Khamis, 11 Februari 2010

Nasyid membangkit nostalgia

bila jenjalan lam you tube...tah macam mana terjumpak lak lagu ni.....mak aiii mendayu dan membangkitkan nostalgia....nasyid ni membuatkan aku teringat zaman kecik awal tahun 70an....nasyid ni top la zaman tu.....paling best time ada majlis kawin....zaman 70an kat kampung aku wajib ada loudspeaker....kalau tak ader kira tak sah la majlis tu....pastu gantung tempat tinggi......paling pabret kat kampung aku diorang gantung kat atas pokok kelapa .....pastu lagu nasyid ni salah satu lagu pilihan.....tapi sekarang ni dah tak der dah.....hanya lagu saja yang mampu membangkitkan segala kenangan....




AVATAR hancus

start pukul 4 hingga pukul 5 petang aku layan filem "AVATAR".....dengar kabar memang gah dan meletop-letop.....setelah menonton...... aku rasa tak la hebat mana.....lebih separuh aku tonton filem tu.......nengok pelakon dengan idung tak sememeh....serta kesan bunyi yang aku dengar....aku mula teringat filem animasi melayu "UPIN IPIN and GENG".....kesan bunyi sama jer hebatnya.....maka aku rasa bangga bahawa filem animasi tu boleh setanding dengan filem omputih ni....untuk bukti...aku sedut sebahagian dari kedua-dua filem tersebut....aku dengar dengan teliti kesan bunyi dan gerak gaya pelakon.....sama jer hebatnya...

jawapannya senang....filem animasi Upin Ipin and geng memang hebat dari filem "avatar"...kalau korang tak caya...korang boleh adili sedutan filem kat bawah ni....aku malas nak citer banyak....aku cuma nak kata bahawa filem animasi "upin ipin and geng" tahapnya sama dengan filem omputih bertajuk "avatar".....

pasipaga....pasipaga....avatar leh dok diluar pagar....betul....betul...betulllll.




Selasa, 9 Februari 2010

3 jenis pakaian pilihan juri

Definisi pakaian

adalah segala sesuatu yang kita pakai mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Adapun pakaian yang dipakai setiap hari mempunyai dua fungsi besar iaitu pertama pakaian sebagai penutup tubuh dari gangguan cuaca, kedua pakaian untuk menunjukkan status sipemakai (status sosial). Pakaian tradisional adalah pakaian yang menunjukkan ciri dari satu daerah, dan pakaian ini biasanya dipakai pada upacara-upacara adat setempat atau upacara perayaan sesuatu kaum.

Jenis pakaian yang dipilih :

1. Baju kurung

2. Kebaya nyonya

3. Cheongsam


Jenis-jenis hiasan

Jenis hiasan mempunyai tujuan untuk menambah keindahan desain struktur atau siluet. Desain hiasan dapat berupa saku, renda, sulaman, kancing hias, dan lain-lain.


Jenis hiasan harus memenuhi syarat-syarat sebagai berikut iaitu :

a. Hiasan harus dipergunakan secara terbatas atau tidak berlebihan.

b. Letak hiasan harus disesuaikan dengan bentuk strukturnya.

c.Cukup ruang untuk latar belakang, yang memberikan kesan kesederhanaan dan keindahan terhadap desain tersebut.

d. Bentuk latar belakang harus dipelajari secara teliti dan sama indahnya dengan penempatan pola-pola pada benda tersebut.

e. Hiasan harus sesuai dengan bahan desain strukturnya dan sesuai dengan cara pemeliharaannya.


Pembuatan

Ditakrifkan sebagai teknik atau cara pembuatan pakaian tersebut.Bahagian pakaian dan cara pemotongan yang merangkumi sudut hasilan jahitan yang menghasilkan satu pakaian lengkap.

  1. pemilihan kain atau jenis fabrik
  2. bentuk yang menjadi panduan asal pembuatan
  3. pengaruh jenis pembuatan


- Baju kurung.

Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala


- Kebaya nyonya

kebaya nyonya terhasil dari cantuman budaya yang berkembang pada pendatang awal peranakan Cina (Baba dan Nyonya) suatu ketika dahulu. Ini kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi oleh dua budaya iaitu kebudayaan Cina dan Melayu. Golongan Baba dan Nyonya ini telah berkembang di sekitar Selat Melaka iaitu Penang, Singapura dan Melaka.


- Cheongsam

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

ni adalah sedutan pembentangan kertas kerja aku untuk sem 2010....


Isnin, 8 Februari 2010

Kegunaan Simbol LAYERS Adobe Photoshop

Salam semua....lama blog prancais aku tak diupdate.....kali ni aku sambung lagi panduan adobe photoshop....tentang LAYERS....cukup penting semasa kita nak mengedit kerja kita....kalau nak tahu lebih lanjut pi la kat blog prancais aku :


akhirnya aku mengharapkan dengan sedikit perkongsian ilmu dapat membantu kengkawan...cuba jangan tak cuba...

jemur kain atas penyidai,
penyidai dekat umah mamu,
aku bukan nak tunjuk pandai,
cuma sekadar nak kongsi ilmu.


Sabtu, 6 Februari 2010

Filem SETEM penuh aksi

kali ni aku nak sembang bab filem melayu bertajuk SETEM.....tapi aku baru jer berpeluang nengok filem tu....tu pun kawan bagi CD....best jugak la.....layan waktu boring....ada la beberapa mesej yang nak disampaikan.....aku layan sampai abih la filem tu.....tapi aku nak kongsi la dengan korang yang dah nonton filem tu.....beberapa kesan yang bagi aku agak kurang logik terdapat dalam filem tu.....tengok sedutan filem kat bawah tu....tengok ngan teliti...aku dah slowkan pergerakan penembak profesional tu beraksi..fuhhhh muka memang brutal dan sesuai dengan stail dia....tapi ada menda pelik yang aku cukup muskil.....



ok...aku senaraikan persoalan yang pelik tu....
1. tembakan kat bonet tu aku agak dalam 6 das kot dari penembak pro....
2. boleh ke orang sebesar tu tak kena tembakan kerana berselindung disebalik toll box kecik...
3. last masa keluar dari bonet tu.....kat bonet tak dak kesan tembakan..cam ner boleh jadik cam tu...

aku saja jer nak buat teka-teki ajaib .....maklum la buat filem zaman milineum....cam ner jadik cam tu.....jom layan filem SETEM....

Jumaat, 5 Februari 2010

Blog Paling Menambat Jiwa

Aku ni kira baru lagi berblog .....jadi org baru kena la rajin menyelusur semua blog yang ada dimedia maya ini......setiap blog aku selusuri dan aku akan jadi pengikut blog tersebut....tapi aku tabik ngan blogger ni ..... setiap kali aku bukak blog lain aku akan jumpa pic kat atas tu....korang perasan tak yang blog korang pun dia dah jadi pengikut korang....jadi aku menyusuri la blog tu.....nama nya simple jer..."lenggang kangkung"....cam nama lagu kanak-kanak jer kan......tapi bila aku mula masuk blog tu...fuhhh aku jadi kagum dengan entri yang dimuatkan...
aku petik salah satu entri yang dimuatkan....memang sesuai la tajuk blog ni TAZKIRAH ...sejak itu aku selalu masuk dalam blog ni....kira aku mengikuti perkembangan blog ni....banyak perkara ILMIAH yang aku dapat....
buat tuan blog ni aku mintak maap la ambik beberapa data dan tampal kat sini....aku cuma nak cerita yang aku kagum dengan blogger ni....bukan niat nak menjatuhkan blog ni...buat tuan blog ni.....aku ingin sangat nak tahu lebih lanjut tentang siapa sebenarnya siLenggang Kangkung ni....

moga blog tazkirah terus memberikan tazkirah buat diri hamba...mekasih banyak buat tuan blog tersebut....

harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan ilmu yang bermanfaat.

Khamis, 4 Februari 2010

Sem baru dah bermula


Sem 2010 aku dah bermula...maknanya asimen pun dah menyentuh jiwa....ni sebahagian dari keja yang perlu aku bereskan....aku buat grafik kulit dulu....untuk mendapatkan data aku sedang bodek en. google...berpinau juga mata melihatkan tajuk yang diberikan....seni kraftradisional ni memang seronok tapi bahan kajian memerlukan kesabaran untuk memperolehi.....kalau yang muder study org kata "mahasiswa"...kalau cam aku ni org kata "mahasitua"......apapun janji aku dapat DG41...

Rabu, 3 Februari 2010

Lagu buat teman blog teristimewa

aku tak pandai main menda ni.....tapi tak try tak tau kan...setelah aku ditag oleh cikgu isza......aku cuba buat macam yang dilakukan.....soalan semua lam omputih....aku mana paham....jadi aku mintak en. google tolong translate....jadi paham la aku soalannya ..

jadi ni la senarai jawapan ikhlas dari hati aku bersama lagu serta petikan lirik...

1. If someone says ‘are you ok” you say

jika seseorang mengatakan kau ok anda katakan

lagu : juwita – iklim

tiada syair indah...termampu ku ciptakan....yang setanding indahnya belai kasihmu...

2. how would you describe yourself

bagaimana anda akan menggambarkan diri anda sendiri

lagu : kembara ditanah gersang – al jawahair

kembara berjalan bersendirian mencari jalan pulang,

3. what do you like in guy or girl ?

apa yang anda suka pada lelaki atau perempuan

lagu : wajah kesayangan hamba – hail amir

pipi pauh dilayang….alis matanya lentik....sekali mata memandang….hati tertawan.

4. how do you feel today?

bagaimana perasaan anda hari ini

lagu : kenangan mengusik jiwa – L.ralmee

walaupun jauh.....beribu batu….namun hatiku tetap pada mu

5. what is your porpose ?

apa tujuan anda

lagu : terlalu istimewa – adibah nor

wajah mu bercahaya….memberi bahagia tiap mata yang memandang…

6. what is you motto ?

apa slogan anda ?

lagu : subsidi – pak pander

gugurkan peluh sendiri…gerakan tulang sendiri…janganlah hanya menanti..

7. what is your parents think of you ?

apa yang anda pikirkan orang tua anda

lagu : umi – dato shake

umi ku petik bintang-bintang, menyinar cahaya hidupmu,

8. what 2 + 2

apa 2 + 2

lagu : cinta – amy mastura

alangkah indah kalau kita dicinta…cinta bawa bahagia

9. what do you think of the best friend

apa pendapatmu tentang teman terbaik

lagu : dari sinar mata -May

tika itu kau hulur tanganmu membawaku ke atas semula

10. what is your life story

apa kisah hidup anda

lagu : hanya nyanyian dalam sepi –ben nathan

pahami lah pengertianku ini......setiap insan punya perasaan.

11. what do you want to be when you grow

apa yang kau ingin jadi ketika anda tumbuh

Lagu : bukan kerna nama – Ramli sarif.

Kerna sifat kasih...pada sesama insan.....dan menyatakan kasih sayangku

12. what do you think when you see person you like

bagaimana fikiranmu ketika anda melihat orang yang anda suka

lagu : kenapa singgah kalau tak masuk – Flava

siapa kamu....kenapa singgah kalau tak masuk...kedalam hatiku..kedalam hatiku

13. what your hobby

apa hobi anda

lagu – oh kome dorayan dah berbunge –mr os

duit dorayan yang tua nak kemekah..yang mude gate nak menikah…

14. what is your biggest fear

apa ketakutan terbesar Anda

lagu : hijau – zainal abidin

bumi yang tiada udara…bagai tiada nyawa…pasti hilang suatu hari..

15. what do you want right now

apa yang kau inginkan saat ini

lagu : menatap matamu – aril

andainya kau jadi miliku... selalu ku nyanyikan lagu rindu

16. what do you think of your friend

apa pendapatmu kawan anda

lagu : teman sejati - brohters

bersukur kini.....padaMU ilahi teman yang sehati kini ku temui

17. what will you post this as

apa yang akan anda posting ini sebagai

lagu : suci dalam debu - iklim

zahirnya kotoran itu terlihat....kesucian terlindung jua...cinta bukan hanya dimata

...mekasih buat cikgu isza kerana tag pak long.....

jadi aku tag rakan blog yang paling istimewa.....


RULES:
- Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle
- For each question, press the next button to get your answer.
- YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
- Tag 10 friends.
- Everyone tagged has to do the same thing.
- Have Fun!


raflessia07's giveaway

yes....satu giveaway yang simple telah diadakan oleh BLOGQ....nampak tak kat bawah tu...logo cun BLOGQ....tu la penaja utama giveaway tu...

Sesiapa yang nak mencuba kontest ni....sila layari...

tarikh tutup: 28hb feb 2010

Selasa, 2 Februari 2010

Giveaway Cara aku

kali ni aku nak buat "giveaway" cara aku.....aku nak bagi pekej latihan Bahasa Melayu.....semua ni hasil kerja aku....jangan takut kalau nak copy....ni hak aku...tak der cilok mana-mana....ni hasilan lembaran kerja aku ngajar Bahasa Melayu darjah 1......tak der syarat apa-apa.....copy jer menda kat bawah ni....















benda baik aku nak kongsi bersama.....moga ada hikmahnya.....anda buat anda dapat....jom meriahkan giveaway aku ni....

Silat Lincah


Sejarah Silat Lincah.
Silat Lincah di Malaysia diwakili oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah diasaskan oleh Datuk Haji Omardin bin Maujudan telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1969. Pertubuhan ini kemudian telah mendapat kelulusan pada Sabtu, 9hb Januari 1971 bersamaan 13 Zulkaedah 1390 H

Sejarah Silat Lincah sekolah aku.
Bukan senang nak tubuhkan seni silat ni......seni ni memerlukan keilmuan yang tinggi dalam untuk memperturunkan ilmu tersebut....jadi sekolah aku bertuah apabila ada seorang cikgu yang memang berkemahiran dalam seni silat lincah.....baru 4 tahun masuk sekolah aku.....kehadirannya menubuhkan kelab seni silat lincah membuatkan aku respek dengan pendedahan ini.....
video yang kat atas tu merupakan sesi tamat latihan.....nengok pada cara bertempur...memang aku tabik la ngan cikgu yang melatih bebudak tu.....

Isnin, 1 Februari 2010

Mekasih Kak Pah (AULAD JANNAH)

Blog Aulad Jannah kelolaan kak pah telah mengumumkan keputusan peraduan dialog....
bila masuk blog kak pah..bedebar-debar....nengok putusan.....cam tak caya...bila aku baca dialog tu....macam pernah ku dengar dialog itu....tapi dimana ya........
Yessssssss...tu la dialog yang aku pertaruhkan.....menang saguhati

buat kak pah dan blog AULAD JANNAH...mekasih banyak....moga dimurahkan rezeki akak...
terima kasih daun keladi,
ada kontes nak masuk lagi,



PENDIDIKAN PEMULIHAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

Tahap kesediaan belajar murid pemulihan.
1. Belum bersedia untuk belajar pada tahap yang ditetapkan.
2. Perbendaharaan kata kurang dan gagal menguasai suku kata.
3. Lemah pemahaman untuk mengaplikasi suku kata.
4. Kurang keyakinan diri dan rangsangan yang diberikan terlalu lambat.

Sebagai guru pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 3, aku telah menyediakan bahan berikut untuk aku pulihkan murid-murid yang tidak menguasai kemahiran mengeja dan membatang perkataan. Teknik peyediaan bahan dengan suku kata berwarna memudahkan aku mengajar murid aku untuk mengeja. Meraka akan mengeja mengikut warna yang telah aku tandakan. Kesemua ini merupakan konsep mengeja mengikut suku kata. Murid yang boleh menguasai suku kata akan lancar membatang huruf dan kelancaran membaca boleh ditingkatkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...