Cuba hayati petikan ucapan Allahyarham Nik Abdul
Aziz Nik Mat. Buat teman2 @ sahabat semua
Sedap kata-katanya :
"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk
bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu
akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik
ke hulu. Begitulah dengan kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau
berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang,
dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana
sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”
kata paklong : ulama disanjung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan