Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 14 Januari 2011

Taqwa Penghias Diri.


Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.



Jika taqwa menjadi perisai peribadi maka tidak akan jadi perkara yang mungkar dalam kehidupan kita. Bukan nak memandai cuma sekadar memperingatkan diri ini. Tambahan pulak tajuk khutbah Masjid minggu ni tentang "TAQWA". Yang baik dari ALLAH dan yg tidak baik dari kelemahan saya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...