Kengkawan ( المرافقون )

Khamis, 13 Januari 2011

Sedap Makan Kari Ikan Sepat.

Air sawah dah kering. Ikan darat nampak banyak dalam parit tepi rumah. Lama tak makan ikan darat ni. Sepat atau puyu kalau buat kari memang best. Lama jugak aku tak asah skil menjala. Aku bawak jala dan campak dalam lima-enam kali. Fuhh…penat jugak sebab lama tak mencampak jala. Kalau nak beli ikan darat sekarang ni mau mencecah RM10 jugak sekilo reganya.

Gambar tu adalah sebahagian ikan hasil yg aku menjala. Memang best makan ikan segar ni. Malang rugi la ada orang yang tak makan ikan darat ni. Pekena kari ikan sepat makan panas-panas…memang mables beb….

16 ulasan:

Kancilbiru berkata...

lamanya tak makan ikan darat. kat kampung saya dah susah nak dapat ikan darat macam sepat ni..pupus dah kot agaknya..hehehe

Dinaz berkata...

nak juga rasa...susah nak dapat la kat pasar..hee memang tak pon ek...

Muhammad Izuan berkata...

Saya suka bela ikan sepat. sepat comel. hahaha... sampai ati makan diaikan...

kak aidah berkata...

tak pernah sy makan ikan sepat masak kari. maklumlah duk kat kawasan bandar ni bukan senang nak cari ikan darat ni. nak jumpa pun kat pasar tani, itu pun tengok nasib. kalau ada rezeki dapatlah, kalau tak telan air liur je lah

Zura Tahir berkata...

buat sambal pun sedap pak long

missgee berkata...

Tak makan ikan Darat..
Memang tak lepas makan
Kari ikan sepat..
huhuhu

iBu...gUru berkata...

pon2x........... nak pekasam ikan sepat sekilo .......

pak long berkata...

salam kancilbiru..
ikan darat kurang disebabkan sistem tanaman padi serak...pembiakan terencat..

pak long berkata...

salam DiaUmaiNiNaz...
memang betul susah nak dapat ikan darat yang besor sekarang ni..

pak long berkata...

Salam MB....
bela ikan sepat rongeng lagi best..sebab bentuk n kaler dia cun

pak long berkata...

salam kak aidah...
memang sedap kak aidah ikan sepat besar buat kari..letak lak ubi kentang atau ubi kemili...memang mables..

pak long berkata...

salam buat zura..
betul tu zura....terbaik dari ladang

pak long berkata...

salam MG...
ugi la nikmat dunia...tak makan ikan darat...apapun janji appy kan MG...

pak long berkata...

salam buat ibu...
mana nak cari ibu ikan pekasam sepat sampai sekilo..jenoh menggagau la...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

pos mai sini sikit boleh ke pak long?
kami hari2 mkn ayam sajo...

pak long berkata...

salam fa10..
bagi la alamat..bole pak long hantor ikan kering sepat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...