Pepagi setiap Isnin nyanyi lagu ni. Lagu sekolah bestari. Tapi habok pun tarak. Buat program sekolah bestari ICT. Cis nak muntah aku dengar ICT.Kat sekolah mana ada ICTnya. Hampa pi la tengok sekolah la ni mana ada belajar pakai ICT. Semua tu tinggal cerita dan lagu jer. Dapat LCD entah berapa kurun punya. Malap nak mampos. Aku mintak kat sekolah depa kata tak ada peruntukan. Hello pereka sekolah bestari, hampa ingat ICT tu macam buat cokkodok. Bagi LCD ngan computer mula saja, penyelangaraan tak buat. Kompeni yang bekal tu cuma bekal jer, dah kaya lepas tangan. Punya la celaka.
sarang burung walit.
Tengok menda kat atas tu. Bagi sarong LCD..LCD dia tak bagi. Memang kerja org kena sawan babi betul. Yang senang menyanyi . Buat apa menda mesti ada lagu. Realiti tak jadi yang jadi lagu. Sekolah bestari dah masok liang lahat. Lain kepala kat atas, lain programnya. Yang tahu jadikan sekolah medan kaut kekayaan. Pi mampos la dengan sekolah bestari.
Kata Pak Long : sekolah apapun, nawaitu kena betul.
20 ulasan:
marah betui ni...
salam iema...
biasa la iema....kalau cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap mesti kita terasa hati kan..
samalah ngan sekolah anak sy, bangunan hanya tinggal bangunan je. tak tau lah bangunan tu sekarang guna untuk apa. mula2 masa tengah dok sibuk ngan ICT tu ada lah guna dalam 2/3 bulan je, lepas tu senyap sampai sekarang
salam buat kak aidah...
tu la relitinya kak....tapi org dalam tak kan hebohkan benda ni..
lagi satukan paklong.. main paksa-paksa orang guna lak tu.. klo tak guna tapi kena tindakan sedangkan alatannya?
nak guna pandai2lah betulkan katanya.. huhuhu
Benda-benda macam ni yang buatkan Juruteknik Komputer kat sekolah pening kepala. Barang rosak, peruntukan tarak. Nak repair, barang tak cukup. Tak repair kang, orang kata makan gaji buta.
Letih. Juruteknik Komputer bukannya MacGuyver yang pakai pisau lipat pun boleh repair segala macam benda hatta radar pengesan pesawat sekalipun.
kite rasa kan, sekolalah is just a sekolah.
ICT tuh dtg sendriri kemahirannya.
okk mybe boleh buat kelas tambahan ker aper, but ICT and sekolah mmg tak make sense mcm menyusahkan plus merugikan....
halaa, kita dulu sekolah tak der ICT pongg, boleh jek masuk U kan?
ict cuma atas kertas saja paklong.pelaksanaan ntah kemana.bubuh je pc je,ada la nama ict skit.pembekal biasa la,duit dah masuk,masalah belakang hari cite lain hari la..
buat keje tak ikhlas mcm ni lah.
susah nak fikir sbb anak tak sekolah lagi..
salam buat cikgu iza...
nak guna menda tah apa=apa..akhirnya kembali cara buku jugak...
salam sylarius..
tepat apa yg sahabat kata tu....ingat pebaik pakai air liur....kalau modal tak der..simpan la kan sahabat..
salam aisha...
haah kan aisha..dulu tak der pun sekolah bestari ICT.pandai komputer cam tu jugak...caya la aisha..
salam karatz...
memang tepat kata anda..atas kertas dan bantai duit juta-juta projek gila tu....
salam buat nor...
nor tak yah pikir..bagi nabil dah pikir..lu pikir la sendiri...
100 setuju. kebenaran mmg pahit sebenarnya. komputer punya la berlambak kat sekolah, tapi tak kasi guna
salam buat berto...
memang tepat apa yg berto kata....simpan la bagi beranak ..lawak kan berto..
sabar paklong, tarik nafas dlm2 hehe
Sabar cikgu... tapi kadang2 memang boleh hilang sabarlah kalau macam ni, tak tau apa nak kata, rasanya tiada yg dpt dibanggakan dgn ICT kat sekolah tu. Pelajar yg pandai guna pun bukannya belajar di sekolah tetapi memang ada kemudahan di rumah, kalau yg tak ada tu, memang tak tau apa2lah bab ni. Sedih sungguh.
salam buat maiyah....
memang kena sabor banyak kan maiyah...
salam buat nor....
ICT punya cerita banyak sedihnya dan yg gumbira...
Catat Ulasan