Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 7 Mei 2010

Tepi Kain Orang Kena Jaga Jugak.


Anak didik ni pun macam anak kita jugak. Kita didik mereka macam didik anak kita. Ragam dan lakonan anak-anak kita ni kita sukar nak dibaca atau diteka. Kalau depan kita mak-ayah sememangnya nampak bagus sangat. Akan tetapi kita jangan terlalu percaya bila mereka berada di belakang kita.

Anak-anak zaman sekarang ni memang licik tutur bicaranya. Lakonan mereka sememangnya boleh mengalahkan pelakon popular. Jadi jika ada benda yang org luar cerita pasal anak kita, kita kena terima dengan hati yang terbuka. Jangan kita terus menyatakan yang anak kita ni terbaik. Yer la..terbaik tu depan kita, belakang kita tak tentu dia yg terbaik.

Kesimpulan yang aku nak katakan disini bahawa anak-anak kita ni perlu pemantauan oleh org luar. Maksudnya jiran –tetangga, guru, org kampung merupakan mata dan telinga untuk kita. Jangan ambik kawan dia sebagai pengukuh bukti. Kawan anak-anak kita ni sama hebat lakonannya.

Kata Guru Besar : Anakmu , anak ku jua....

35 ulasan:

Misz berkata...

betul tuh..
tp ada ibu bapa yg tak sanggup nak layan kerenah anak2...
hanya berharap bahawa cikgu akan jaga anak2 mereka kat sekolah...
bygkan cikgu nak jaga 35 org dalam satu masa..
sedangkan anak dia br 5 org...

izazin berkata...

Betul tu Pak Long. Lama dah tak dengar khabar Pak Long. Kolaborasi semula bila sem baru bukak nanti ye...hehehe pinjam assignment.

Tanpa Nama berkata...

no wonder la ada mak ayah x percaya laporan cikgu pasal disiplin anak2 kat sekolah..baik betul muka depan mak ayah. kat luar, huiihhh...

pak long berkata...

salam buat Misz...
tu la...campur ngan anak sendiri mau tercabut anak tekak...hehehe

pak long berkata...

salam buat iza...
ok..kita kongsi asimen...
lama tak dengor cerita...

ISZA berkata...

tu lah.. ibu bapa perlu sekali sekali buat spotcheck.. jangan percaya 100%.. anak2 sekarang.. ramai ibubapa yang masih lena..

pak long berkata...

salam buat cik RED...
tu la....kalau kat luar..muka memang ganas..tapi depan mak ayah...muka ada taman..huhuhu

aRoL berkata...

setuju sangat-sangat Pak Long, sama-samalah kita memantau kegiatan anak-anak 'kita'.
Yang baik diikuti. yang buruk diteladani.

pak long berkata...

salam buat ieza...
mereka lena sebab penat keja kot...hehehe..
bagi cikgu semua hendel..

pak long berkata...

salam buat arol...
sama-sama kita ingat-mengingati...mog ada hikmahnya

Tanpa Nama berkata...

anak sulung saya hantar rumah penasuh
anak kedua mmg bela sendiri dr kecik
baru tahu susah jua jaga budak ni
kalau dah sekolah, lain la pulak karenahnya
kalau dah besar panjang, lg la pening kita dibuatnya
ya allah... jadikanlah mereka anak2 yg solehah

Sha berkata...

salam:)
mmg betul paklong.... pening kepala dibuatnya. Mcmana saya, tak tahu mana silapnya.... ada aje perangai nakalnya.... thn nie nak PMR. pening... pening....

pak long berkata...

salam buat fa10...
moga segala doa kita untuk kebaikan anak-anak dimakbulkan..

pak long berkata...

salam buat sha..
apapun kita dah berusaha untuk kebaikan anak-anak kita....usaha jangan jemu...

Eyqa Zaque berkata...

dan jangan terlalu cepat membuat keputusan dengan menuduh perkara yang belum benar terhadap anak2.

persefahaman tuh penting. :)

annie berkata...

sesekali memang kena jaga tepi kain orang, cukup ambik tau kat mana yg terkoyak ke apa ke dan maklumkan kpd tuan punya kain, tak perlu lah kita susah payah nak tolong jahitkan, biar dia jahit sendiri takut jahitan kita tak sekemas jahitan dia, begitu juga dgn tepi kain kita, kot..betul tak paklong??

ummu berkata...

salam Pak Long

dalam keadaan semakin mencabar serba serbi, memang perlu untuk kita menjaga anak-anak kita ini dengan kerjasama pelbagai kawan dan jiran.

" Kawan anak-anak kita ni sama hebat lakonannya."

selalu tengok situasi ni...

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Itulah semangat Malaysia .. kalau petik seruan DSAI, BN marah le pulak! Hehe.
Jd kita petik kata2 Hilary Clinton, 'it takes a village to bring up a child.' Jika semua prihatin & bertaggung-jwp, anak watan akan lbh baik.

pak long berkata...

salam buat eqah..
memang tepat kata eqah tu..segala hal memerlukan persefahaman...

pak long berkata...

salam buat annie...
tepat kata annie tu....kain kita org cakap koyak..kita yg perlu jahit..janji ada org cakap yg kain kita ada koyak..klasss ko annie

pak long berkata...

salam buat kak G...
segala apa yg kita harap biar jadi kebaikan buat anak-anak kita

|| NaFiRaa || berkata...

wahhhhh.. sokong sgt!!! anak2 memang kena pemantauan org lain jugak!! depan parents pijak semut pon x mati~

Maiyah berkata...

setuju.. dan kene tau cara gak nak jd penyampai ni kalo ada yg di lihat tu kurang enak.. supaya x keruhkan lagi keadaan..

hai berkata...

salam,
penah sorang cikgu bercerita...dia suruh pelajar yang melanggar disiplin sek.membuat pengakuan sendiri kesalahan dia dengan menulis di dalam kad disiplinnya sendiri sebagai bukti ...supaya kalau ibubapa yg x puashati,yg rasa anak dia baik sangat,tengok sendiri kad anak dia tu!!kad tu biasanya ditulis di depan beberapa org saksi...seperti pengetua dan guru disiplin..berserta tandatangan masing2!

missgee berkata...

Gabungan suma..
Perlu dalam mendidik anak2 kita..
Harapkan cikgu tanpa ibu bapa..
Anak akan berubah2 ikut suka mereka.
Bahaya!!!

Unknown berkata...

betol pak long..kat skola shima, budak2 da pandai mcm2..benda yg kite tak tau pon die tau...ish3..geram tol la..

♥MAMASYAZA♥ berkata...

yup setuju sgt, kwn2 depa sebenarnya penyimpan rahsia depa, so kesimpulannya, kwn2 takleh dijadikan bahan bukti or saksi yg kukuh, hampehhh je jadinya nanti

penjejak maya berkata...

salam,

dulu hidup berjiran anakmu anakku jua tapi kini hidup berjiran anakmu tu kamu punya pasallah... tak mau amik port!

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu (Pak Long),

Sekarang ni kerja jaga tepi kain orang dah kurang bukan kerana tak nak ambik peduli, tapi silap kita beritahu dia kain dia berlipat, dia marah kita, dia kata "jaga tepi kain sendiri".

Sebab tu budak2 sekarang belakang mak ayah dia, dia orang berani buat apa saja sebab dia tahu kalau ada jiran yang nampak pun, jirannya takkan beritahu.

Cuba kita pesan macam ni kat anak kita, jalan tak agaknya

"jangan buat yang tak senonoh, nanti kalau jiran atau kawan2 mak abah nampak, malu mak abah, dia orang kata mak abah tak pandai jaga anak.

Kesian mak abah sekarang banyak dugaan dan godaan dari anak-anak.

Norgadis berkata...

Salam cikgu,
masakan pokok boleh bergoyang kalau tanpa anginnya, begitulah juga anak2 kita, jika ada khabar2 angin yg mengatakan sesuatu yg agak pelik, eloklah siasat. Jg tolak mentah2 kata2 pelik tu. Bersyukurlah andainya ada kawan2 yg sudi jaga tepi kain kita. Sekurang2nya, jgnlah sampai terkoyak bnyk baru nak menjahit... PAYAH tu...

Nida n' Hanafi berkata...

sangat setuju..

Tapi yang sedihnya ada ibubapa yg taknak dengar apa org cakap perihal anak mereka...

~ ( LayDee_N ) ~ berkata...

hahaha... ni saya nak comment sbg anak, saya sokong sgt. cos saya dulu pemenang anugerah pelakon terHEBAT. kwang3...
dah bgelar ibu plak... minta2 la anak saya ni tak berminat dgn dunia lakonan... payah jaga "ARTIS" nih.. gosip tak habis! hahaha.. sakit tlinga, sakit hati, pening kpala.. mcm2 la dbuat nya.

Unknown berkata...

betul2 sygkan anak tangan2kan....hehe

A.I berkata...

pak longgg,
betoll tuhhh!
tapi org skg sukaa cakap, anak hang anak hang, anak aku anak aku! sendiri2 jaga!
maka terhasilaa mcm2 cerita pelikk dikalgn remaja.. kan2??

Afzainizam berkata...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

eeeemmm rasanya betullah anak zaman sekarang ni pandai buat lakonan depan nampak baik tapi belakang sapa tau dia lah orang yang kepala dajalnya... ibu bapa tak seharusnya melenting... sayang anak tangan-tangankan.... bukan manja-manjakan nanti naik tocangnya plak...

thanks ziarah blog kami kami amat terharu... atas kedatangan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...