Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 11 Mei 2010

Rumah Baru Pun Haru-Biru


Keperluan asas dalam kehidupan memang diperlukan oleh setiap insan bergelar manusia. Paling penting tempat tinggal. Rumah la yang aku maksudkan. Untuk keselesaan kena la ada rumah sendiri.

Kalau nak beli rumah taman perlu buat loan. Pemaju kalau kita buat loan kerajaan cukup mau. Tapi kena ada peguam kalau nak beli rumah. Tu syarat wajib bukan sunat atau harus.Tapi sejauhmana kita tahu fungsi peguam dalam proses membeli rumah. Ni pun satu masalah yang dialami oleh pembeli rumah.

Tiba masa ambil kunci memang penuh ceria. Dapat duduk rumah baru. Tapi bila dah duduk baru kita tahu kualiti rumah kita. Bayangkan beli rumah dengan harga puluh riban dengan pelbagai masalah. Macam duduk rumah atap nipah jer layaknya. Hujan lebat air menitik atas syiling. Tu belum lagi kualiti buatan binaan dan pendawaian litar dalam rumah. Ni la kualiti rumah yang banyak sangat RASUAHnya. Bukan nak mengata...tapi ni la realitinya nasib pembeli rumah.

Kata Pemaju : Lu sudah sain perjanjian, Lu sendiri la hendel.

12 ulasan:

myQza berkata...

pemaju lepas tangan yek?

alahaiii

Fiza Rahman berkata...

Inilah risiko kita sebagai pembeli pak long. Nak rumah yg selesa, tapi pemaju buat sambil lewa, defect sana sini. Klo defect yg nampak depan mata tu ok lagi, bley soh dorang betulkan, klo defect yg tak nampak tu, mcm ni lah jadinya. Pemaju tak patut lepas tangan.

♥cybermummy♥ berkata...

tu lah nasib penguna macam kita ni.

PCL berkata...

salam paklong, kalau cita pasai defect rumah baru nie memang menyakitkan hati, dah tekena sampai la ni pon tak selesai..5 thn dah...beringat kat depa yg nak beli rumah, kalu boleh survey dulu sapa punya projek. p/s : luaran nampak cantik tp dalaman Hampeh !!

pak long berkata...

salam buat cik tEDI...
bukan setakat lepas tangan..lepas semua sekali..kaki dan tangan..

pak long berkata...

salam buat fiza...
ni la kan nasib kita golongan marhain....dah la sesak...tambah la sesak kalau jadi cam ni...

pak long berkata...

salam buat cybermummy..
kita ni nama jer ada persatuan pengguna...cakap jer berdegar..habuk pun tarak..semuanya masyuk..

pak long berkata...

salam kulaan..
betul tu..luaran nampak lawa...dalam umah makan ati berulam kubis..hehehehe..sakitttttttnyer ati..

hai berkata...

setuju ngan pakcik lie,sepatutnya kita kena siasat dulu sapa pemaju tu..seelok2nya beli la rumah yang hampir siap,..kita leh tgk sendiri hasil kerja2 diorang dan bahan binaan yg diorang gunakan...

pak long berkata...

salam...
bagus jugak cadangan tu...moga ini jadi panduan..

Temuk berkata...

Salam Pak Long
Polisi 'siap baru jual' nampaknya belum terlaksana. Kalau begitu, kita terselamat banyak bayar 'dividen' kat bank & lebih menentu kualiti rumah masa dibeli. Itu pun tak pasti. Mungkinkah ada pemaju2 muslim yg boleh pastikan pembeli tak 'teraniya' dari A - Z?

pak long berkata...

salam buat kekanda temuk..
betul apa yang ditulis tu...banyak lagi pincangnya...hanya sekadar cakap sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...