Kengkawan ( المرافقون )

Sabtu, 6 Mac 2010

Ibu itu apaan sih…

Kali ini aku nak bercakap tentang perkataan IBU…..


1.Ibu jari – merupakan bahagian penting dalam anggota kita. Jika tiada ibu jari, rasanya susah kita hendak menggengam sesuatu.


2. Ibu negeri – merupakan pusat pentadbiran bagi sesuatu negeri. Kalau Perak..kan Ipoh ibu negerinya.




3. PIBG – Persatuan yang meletakkan Ibu didepan sebagai tonggak utama untuk persatuan ibu bapa dan guru. Kalau tak percaya tanya ibuguru. Seorang guru KH yang berkelibar.


4. Ibu roti – satu-satunya bahan utama untuk menaikkan adunan.



Jadi kita mengerti bahawa segala benda yang ada perkataan ibu itu amat penting dan berguna. Oleh itu, IBU kita merupakan insan yang paling berharga dan paling banyak jasanya pada kita . Sebagai seorang anak, buatlah jasa kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan.


Jadi hari ini, aku mengingati arwah ibu yang pergi buat selama-lamanya 4 tahun yang lalu. Moga roh ibu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.



27 ulasan:

iBu...gUru berkata...

salam pak long,
aik... ada link ibu guru nampak.
tgk en3 baru ada lagu gak...

Aus MeLankoLik berkata...

kita yang hidup teruskan perjuangan..
pada yg tiada..
doa dibekalkan..

al - fatihah...

Syima Syaz berkata...

ibu segala sakit...
SAKIT BERSALIN

Maiyah berkata...

al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

pak long berkata...

salam buat ibuguru..
nanti nak terjah blog ibu guru

pak long berkata...

salam buat aus
mekasih banyak buat aus....moga ada hikmahnya...perjuangan tetap diteruskan.

pak long berkata...

salam buat syima...
haah kan syima..ibu segala sakit tu bagi ibu adalah "bersalin"...buat syima pak long doakan moga jadi ibu misali

pak long berkata...

salam buat maiyah...
mekasih banyak buat maiyah...hanya doa sahaja yang mampu kita kirimkan buat mereka disana.

hentian berkata...

Salam taaruf. Kabonya papantanda IPOH tu harganya juta-juta yop....

CITY® berkata...

alfatihah buat arwah ibu paklong
semoga ditempatkan bersama2 org yg beriman,
amin.

pak long,
ibubapa...
ekekek..

NAZ berkata...

semoga syurga melindunginya di sana :) al fatihah

pak long berkata...

salam buat insan marhain...
rasanya betul la tu.....sapa yang makan aiskrim dia akan rasa manisnya...kiter ni dengor jer....

pak long berkata...

salam buat cik biru..
mekasih banyak atas doa tu....pak long jugak doakan moga cik biru terus diberkati Ilahi

pak long berkata...

salam buat naz...
mudah-mudahan makbul doa-doa kita..insyaalah..buat naz, moga terus berjaya

joijoi80 berkata...

rasa sunyikan tanpa org tua.. macam saya dah 17 tahun arwah bapa tiada.. terasa mcm baru ajer.. nak tanya sekolah cikgu ader pusat kegiatan guru x?PKG Gunong Semanggol.

|| NaFiRaa || berkata...

al-fatihah buat arwah ibu pak long..
semoga roh arwah di cucuri rahmat..:)

ISZA berkata...

doa anak yang soleh adalah bekalan untuk ibu di 'sana'.

pak long berkata...

salam buat joijoi80,
haah kan...rasa teramat sunyi..tapi itu lah suratan alam.

Ya..PKG kawasan pak long ialah PKG gunong Semanggol.

pak long berkata...

salam buat nafira...
moga segala doakan akan memberikan ketenangan buat mereka disana..amin

pak long berkata...

salam buat cikgu isza..
betul tu cikgu..anak-anak adalah aset untuk ibu bapa...

Syima Syaz berkata...

thanks pak long...
mudah-mudahan...=)

Syima Syaz berkata...

eh sekejap..

Alfatihah utk ibu pak long. semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 beriman...mintak maaf saya tak concern!

#cdmHA berkata...

salam takziah.... alhamdulillah, saya masih ada ibu... walaupun skrg nie, kerap tak sihat... i luv u mak!!

Natasha berkata...

ibu ayam plak apa yer paklong???hakhakhak

pak long berkata...

salam buat syima...
mekasih banyak atas doa tu...buat syima pak long doakan moga beroleh kesejahteraan...

pak long berkata...

salam buat umi...
pak long doakan atas kesejahteraan ibu umi...moga sentiasa mendapat restu ibu..

pak long berkata...

salam buat natasha...
ent3 akan datang nak buat citer tentang IBU ayam pulak...ehem-ehem

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...