Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 1 Mac 2010

Dari Fail Mahkamah

Laporan perbicaraan.

Perbicaraan dimulakan dengan pendawaraya mengemukakan hujahnya.

1. Hujah pendawaraya :” Susunan penulisan dibuat secara susunan “center” dan dirasakan tidak sesuai”

Hujah peguambela : “ Saya memanggil En. Kamus Dewan untuk memberikan keterangan”. En. Kamus Dewan, ”Apakah takrif penulisan mengikut tuan ? Jawab En. Kamus Dewan , ” Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca. ”

Peguambela menyatakan bahawa susunan tidak penting, yang lebih penting dalam penulisan adalah idea yang ingin disampaikan. Tiada soalan Yang Arif.



2. Hujah pendakwanraya, ” Tulisan yang berwarna-warni nampaknya tidak sesuai dalam penulisan sesuatu blog”.

Hujah peguambela, meminta saksi utama iaitu En. Kamus Dewan menerangkan perkara utama yang perlu difahami.Kata En. Kamus Dewan, ” Persepsi merupakan suatu proses yang dimulai dari penglihatan hingga terbentuk tanggapan yang terjadi dalam diri individu sehingga individu sedar akan segala sesuatu dalam lingkungannya melalui indera-indera yang dimilikinya.”

Yang Arif, nampaknya konsep ini tidak difahami oleh pihak pendawaraya, saya mohon agar pendakwaraya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tiada soalan Yang Arif.


3. Hujah pendakwaraya, ”Saya rasa tidak perlu diletakkan jam pada blog.

Peguambela meminta saksi menyatakan pandangannya. Mengikut saksi utama konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut.

Oleh itu, pemilik blog merasakan itu adalah idea kreatif. Kalau kita lihat di kedai aksesori kereta, terdapat banyak peralatan aksesori yang dijual untuk menghias kereta, tidak semuanya diminati oleh pengemar aksesori. Sesetengah minat ragam hias A dan sesetengah minat ragam hias B. Maka hujah pendakwaraya terlalu lemah. Tiada soalan Yang Arif.


4. Hujah pendakwaraya, ” Latar warna nampak macam pucat dan tidak bermaya.

Hujah peguambela, ” Saya merujuk kepada definisi En. Google menyatakan bahawa, warna mempunyai banyak takrifan. Ia meliputi takrif positif dan takrif negatif. En. Google menyatakan , Kelabu : Positif (keamanan, keandalan, kecerdasan/inteligen, padat, konservatif), Negatif (muram, sedih, konservatif).Tiada soalan Yang Arif.


5. Hujah pendakwaraya, ” Tidak perlu ada lagu yang autoplay”

Hujah peguambela, kita perlu merujuk kepada kenyatan E. Google yang menyatakan bahawa perasaan ialah suatu pernyataan jiwa, yang sedikit sebanyak bersifat subjektif. Oleh itu, lagu dan muzik ini melibatkan perasaan pemilik blog. Perasaan ini tidak boleh kita rangkum secara samarata dengan perasaan individu yang lain. Contohnya, pada majlis kawin mungkin ada DJ mainkan lagu, ini juga rasanya tidak digemari oleh para tetamu, tetapi ini diterima oleh norma masyarakat. Tiada soalan yang Arif.




Gratisan Musik

Mahkamah menangguhkan kes perbicaraan ini. Ia akan disambung pada tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh hakim.

sekian, terima kasih.

17 ulasan:

Guru berkata...

mahkamah luar biasa betul ni....

::SizuKa:: berkata...

terkedu baca perbicaraan kali ini..fuhhh~

pak long berkata...

salam buat cikgu...
memang luar biasa....sebab hakimnyer pun luarbiasa...hehehe

pak long berkata...

salam buat sizuka...
tu baru pusingan pertama tau...tunggu pusingan kedua..lagi dasat....

ISZA berkata...

mencabar minda kes ni.. x sabar tunggu keputusannya..

pak long berkata...

salam buat cikgu isza...
kena tunggu sampai habis perbicaraan ni....tunggu jangan tak tunggu...

Unknown berkata...

hehehe..hebat la mahkamah ni..ade tak seksyen2 pak long?hehehe..

pak long berkata...

salam buat shima...
makhamah ni tak der seksyen..terus mandetori jer...hehehe

Maiyah berkata...

hehe.. nnti bicara smbung nk join

NAZ berkata...

haha bantahan boleh?

cik helena berkata...

tips!hehehe

memang tak perlu letak jam..tp cikhel tak dpt lagi nak buang jam tu.pasal pening dengan coding..haha

pak long berkata...

salam buat maiyah...
nanti bicara bersambung peguambela nak panggil maiyah sebagai saksi utama

pak long berkata...

salam buat naz....
sila lampirkan surat bantahan pada peguambela...hehehehehe

pak long berkata...

salam cik hel...
tak yah la buang jam tu...dah cun dan tak biarkan jer ....

Chik Na berkata...

tak pernah jumpa la mahkamah macam nih.. kelakar la pak long nih...

pak long berkata...

salam buat chik na...
ala ni mahkamah ala-ala senario la chik na....versi gelak pecah perut..hehehehe

CIKGU NAMAN berkata...

kenapa takde liputan media pak long?ehhe..tak nampak kat TV pun..padahal menarik ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...