Kengkawan ( المرافقون )

Selasa, 2 Februari 2010

Silat Lincah


Sejarah Silat Lincah.
Silat Lincah di Malaysia diwakili oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah diasaskan oleh Datuk Haji Omardin bin Maujudan telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1969. Pertubuhan ini kemudian telah mendapat kelulusan pada Sabtu, 9hb Januari 1971 bersamaan 13 Zulkaedah 1390 H

Sejarah Silat Lincah sekolah aku.
Bukan senang nak tubuhkan seni silat ni......seni ni memerlukan keilmuan yang tinggi dalam untuk memperturunkan ilmu tersebut....jadi sekolah aku bertuah apabila ada seorang cikgu yang memang berkemahiran dalam seni silat lincah.....baru 4 tahun masuk sekolah aku.....kehadirannya menubuhkan kelab seni silat lincah membuatkan aku respek dengan pendedahan ini.....
video yang kat atas tu merupakan sesi tamat latihan.....nengok pada cara bertempur...memang aku tabik la ngan cikgu yang melatih bebudak tu.....

11 ulasan:

azieazah berkata...

Pernah juga kan kita dengar, ada segelintir ibubapa agak ragu dgn seni silat...

kerana dikhuatiri ada cara amalannya yang mungkin terpesong dek kerana bacaan tertentu (mentera kerrr?) atau juga kerana pantang larang yg pelik..

sbb tu ada orang bercakap, “jadi iseng (salah ejaan maaf yer) atau kurang betul kerana belajar silat tak habis..”

betul kah?

Unknown berkata...

pernah belajar silat pengantin je...hehe..

ISZA berkata...

wah sronoknya sk paklong ade silat. Saya tertunggu2 klo ade yang sudi mengajo di sk saya. Sebenarnya bagus utk bebudak dalam mengisi masa lapang.. xde lah wat benda yang x berfaedah. Saya pun dlm planning nak anto anak belajar silat.

pak long berkata...

salam buat azie..
tak pasti la..pak long pun tak belajaq silat ni...

pak long berkata...

salam buat E.d.Y.....
yes..kita sama..tapi pak long silat pulut...hehehehe

pak long berkata...

salam buat cikgu isza...
memang silat ni kena ada ilmu cukup kalau nak bukak gelanggang...bagus la kalau nak hantor anak belajar silat....

NAZ berkata...

silat kena pandai bawak diri:)

pak long berkata...

salam buat naz..
betul tu...pandai bawak diri dan kesabaran yang tinggi tahapnya...

Tanpa Nama berkata...

Anak kak ani belajar silat gayong dari semenjak sekolah menengah sehinggal sekarang di UIA.

pak long berkata...

salam buat kak ani...
mak aiii best tu...tentu pakai tali pinggang kaler yang hebat tu....

Zainudin Baharom berkata...

Belajar silat tidak semestinya ilmu untuk mempertahankan diri semata-mati tetapi silat haruslah di kekalkan dari satu jenerasi ke satu jenerasi supaya ia tidak akan pupus di telan dek zaman. harus di ingat silat adalah identiti orang melayu. Malu la kalau orang melayu terer taekwondo atau tomoi tetapi tidak tahu bersilat, senang cerita orang melayu juga suka memperlekehkan silat. Tetapi harus di ingat dengan silat juga sejarah melayu telah tercipta sejak zaman kegemilangan melayu melaka dan apa yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu cicit kita dalam masa 50-100 tahun yang akan datang? Oleh itu seni silat melayu haruslah di kekalkan kerana itu adalah warisan dan identiti bangsa meklayu kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...