Kengkawan ( المرافقون )

Jumaat, 19 Februari 2010

PTK antara realisasi dan imagenasi


Salam semua….aku tahu semua org biasa dengar PTK….semua dah biasa menduduki peperiksaan ni….jadi aku nak ulas PTK ni berdasarkan pengalaman aku yang entah berapa kali menduduki PTK ni sejak ia diperkenalkan….Aku nak ulas tentang senarai 8 latar belakang yang disenaraikan tentang tujuan PTK…ok kita tengok yang atas sekali…

  1. yang mula tu kira ok la…pembelajaran berterusan…tapi yang muskilnya adakah ia diberikan secara jelas apa yang ingin dipelajari….setahu aku pada mula PTK diperkenalkan….kebanyakan geng aku tak berapa tahu tentang ni…
  2. study gila-gila….tajuk memang mantap…mengalahkan nak menjawab soalan STPM…susah sangat….maklumat pun kengkadang sukar diperolehi
  3. ok kerja berpasukan….tu time kerja…tapi time menjawab tak der kerja berpasukan..semua umpama enau dalam belukar.melepaskan pucuk masing-masing…biasa la exm…sapa terror dia la ‘king’
  4. penilaian yang berorentasikan peperiksaan…kalau sahabat ni terror dalam exm..memang luck dia memang baik…tapi yang otak dah otai dah tak mampu melepasi syarat alamat lopong la….sadiskan….

ok..kita tengok tahap lulus nak dapat 4…..80% beb…tu kira tahap gaban tu..study kena gila-gila baru mampu capai tahap tu….tapi yang dapat 4 ni pun aku tak konfiden jugak klas kelulusannya…..kita boleh anggap dia memang study atau dia memang pakar dalam menujum..semua nujumnya mengena maka lepas tahap 4…misteri kan kes ni….

Satu lagi….dia memang boleh lepas tahap 4 PTK…tapi bab kerja tah apa-apa…ni nak kira cam mana ni…dia dah lulus…kena pikir jugak menda ni…

Sebagai seorang guru….tugasan memang banyak….dari kerja kurikulum hingga kerja kokurikulum dan kerja amal yang lain…..kemudian ditambah pulak dengan PTK…mak aiii….tension jugak kalau macam tu……PTK wajib kena ambik….ambik tah berapa kali dok tahap 2 atau 3 jer…ni agak membebankan…aku rasa kalau nak berjaya sebagaimana dalam latar belakang tu..kita pi cek time dia buat kerja…jangan cek sehari…cek sampai setahun…jangan ada kroni.....tu aku rasa lebih adil dan boleh membentuk kerja yang lebih pro….

peringatan: ni pendapat aku yang pernah menduduki PTK. yang baik jadikan panduan.yang tak baik kita kena pikir panjang.....

22 ulasan:

ISZA berkata...

tu laa.. sebab PTK juga dah ramai guru yang bekerja pasal kerja.. camne tu?

pak long berkata...

salam buat cikgu isza...
mesti ada sebab tersembunyi kan cikgu....kalau tak tak jadi cam tu..

Aida Ali berkata...

Semakin orang minta dimansuhkan PTK, semakin susah pula nak pass.

missgee berkata...

Sekadar berkongsi pengalaman..

PTK 1 dah lepas..
Umum: Amik 1 kali dah lepas
Khusus : Amik 3 kali baru lepas

Tahun nie..Merasa arr dapat 4/4

P/s: Tension tahap gaban nak studi.. Tapi kalo kita doa dan usaha.. Insyaallah bleh lulus :)

pak long berkata...

salam buat kak aida..
haah kan...baru perasaan yang soalan PTK semakin susah...

pak long berkata...

salam buat missgee...
tahniah la dapat 4/4....kiter ni bila la nak rasa 4/4...huhuhu

::SizuKa:: berkata...

saya tak pernah lagi amik PTK..tak tau nak komen apa.

Unknown berkata...

PTK tu dgr cite mmg susah

Tanpa Nama berkata...

Salam cikgu,

Akak tak sempat mengambil PTK sebab masa PTK digunapakai gaji agak dah maksimum.

Hafizah Mastar berkata...

wahh..baru tau apa tu PTK..dulu asyik dgr jek mak fiza sebut2 tp tak tau apa..haha..thnx for info anyway..

♥♥ eija ♥♥ berkata...

maap lahh pak long

ja pun masih tak paham lagi PTK sebab baru 2 tahun keja tak ambil lagi PTK hehe

pak long berkata...

salam buat edy...
susah tapi wajib ambik...

pak long berkata...

salam buat sizuka...
yang ambik PTK pun tak tahu jugak apa tu PTK...main terjah jer masa jawab...hehehehe

pak long berkata...

salam buat akak...
untung la akak cam tu...apapun mog akak appy selalu....

pak long berkata...

salam buat fiza....
mekasih banyak buat fizs kerana sudi singgah kat site pak long...

pak long berkata...

salam buat eija....
mekasih banyak sudi terjah blog pak long...buat eija..moga berbahagia selalu...

ibu wawa berkata...

dengar cite, kalau ramai yang ambil paper khusus yang sama maka sukarlah nak dapat 4 atau A. ada kuota dengar2nya...

tak adil rasanya pada cikgu2 yang rajin study!

masa exam kat universiti dulu pun tak susah sangat macam exam PTK...

apapun kepada cikgu2 yang dah berjaya, TAHNIAH! diucapkan.

pak long berkata...

salam buat ibu emy..
betul kata ibu emy tu...soalan ni bukan nak bagi lulus...nampak macam tak nak bagi lulus....biarlah ku derita kerana PTK...hehehe

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Ni cite org gomen la kan? Kak G tahu yg tak berapa tahu :)
Kak G tak boleh lama ... dah tgh malam la! Lain kali pula berinteraksi ya.

Cikgu Dahlia berkata...

sy yakin masa jawab PTK Ogos lepas..4/4 tu boleh dapat..sebab memang jawab dengan betul (saya study okes..soalan pun xde susah mana pun).. bab2 menujum, yg ikut percent jawapan pun mmg betul saya dpt nisbah jawapan tu..hoho...

tapi itulah cakap, ni semua ada kuota sendiri... saya just berjaya dpt 3/3 jer..kalo semua dpt 4/4, mampukah nak bg semua org dpt anjakan? so memang ade kuota di situ ok...

saya baru lepas terlibat dengan pemilihan utk APC..kelakau pun ada..hahaa...kdg2 pikir xlogik..huhuh tp nk buat mcm mana, dah nature mcm tu kan..

ok...ni esok lusa nk bg taklimat PTK lak..korang dh taklimat lum? sape yg amek Ogos, ade skali lagi je peluang ok...mulai mode ogos, 2xje peluang utk PTK

pak long berkata...

salam buat kak G...
mekasih singgah kat blog pak long..
appy selalu..

pak long berkata...

salam buat cik dahlia...
waaa..pak long tabik dengan pendapat dahlia....tu la realitinya....kalau tak mampu nak bagi anjakan..tak yah la buat PTK..mengabihkan gas jer kan dahlia...buat dahlia moga berjaya PTK kali ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...