Kengkawan ( المرافقون )

Ahad, 3 Januari 2010

Cerita Orang Laut

Tekong laut


Bahtera kesayangan...ada no. pendaftaran


ikan sisik yang kena pukat.


sembilang yang kena rawai aku.


Sekolah dah bermula ..….maka episod aku ke laut terhenti…kena tunggu sabtu dan ahad baru boleh jadi nelayan balik….sepanjang cuti ni aku pulun abih ke laut…tu la pebret dan keja part time aku…keja laut ni dah jadi keja tradisi…keja turun-temurun…aku kelaut memukat ( kata setengah org menjaring)…keja ni penat sikit…apa tak nya..pasang 30 keping pukat sorang-sorang...tapi kalau kena tuas (lubuk ikan la tu) banyak masyuk…..tapi aku lebih cenderong kepada merawai….keja ni ikan sikit tapi hengget masyuk banyak…pasang rawai sembilang ni tak susah mana….pasang pagi..balik umah tido…malam pasang angan-angan..mintak kena banyak….esok pagi angkat….sembilang kat gambaq tu adalah salah satu siri sembilang yang aku dapat….

Kesempatan ini aku nak kongsi petua dan patang-larang ke laut :

1.Ketika naik sampan jangan pakai kasut.
-katanya : sampan akan jadi sial.
-sebenarnya : sampan tu akan kotor . ...

2. Jangan bawak duit syiling ketika naik sampan.
-katanya : pendapatan hari ni akan kurang.
-sebenarnya : kalau sampan karam..susah nak berenang sebab duit syiling kan berat.

3. Jangan tempah ikan sewaktu nelayan nak turun laut.
-katanya : rezeki untuk hari tu tak menjadi.
-sebenarnya : nelayan boring dan tension la ngan tempahan gila-gila tu.

4. Ketika memancing dalam sampan jangan kocak-kocak kaki kat air.
-katanya : nanti datang sang bedal.
-sebenarnya : bunyi bising..mana ikan nak makan umpan





Ikhlas dari :-

16 ulasan:

NOR AIN berkata...

sang bedal? haha. igtkan ape la td.

pak long berkata...

salam nor...
awas sang bedal...kena berbedal-bedal..hehehe..
mekasih nor bagi komen..

Eyriqazz berkata...

apa beza ikan keli ngan ikan sembilang ya?nampak lebih kurang sama sahaja

Great Teacher Onizuka

pak long berkata...

salam...
ikan keli 2 sengat..ikan sembilang ada 3..kat atas tu ada satu..kena sengat..3 hari 3 malam dondang sayang...hehehe

azieazah berkata...

Seronok kan berkongsi cerita dengan insan2 yang begitu hampir dengan laut...

Petua lain tu saya tak pernah dengar, tapi yg kocak kaki tu biasa dengar, konon tak nak bagi buaya datang sambar kaki...

Aidi-Safuan berkata...

ouh...tuh rupanya petua nak turun ke laut.thanx~

azieazah berkata...

Seronok kan berkongsi cerita dengan insan2 yang begitu hampir dengan laut...

Petua lain tu saya tak pernah dengar, tapi yg kocak kaki tu biasa dengar, konon tak nak bagi buaya datang sambar kaki...

Nescafe ais berkata...

Hehe. Betul-betul advanture ni Pak Long.

Banyak tu sembilangnya. Masak asam pedas pun sedap juga.

maiyah berkata...

wah.. kalo dlu sy slalu ikut arwah suami gi memncing.. mmg sronok

pak long berkata...

salam buat azie....
memang pun petua ni dibuat ada hikmahnya..
makasih banyak kerana lawat blog ni...

pak long berkata...

salam buat adi..
haah tu la petuanya....semua menda ada undang-undang kan....biasa la..janji appy

pak long berkata...

salam buat tuan nes...
mak aiii menitik ayaq liuq dengaq asam pedas johor...

pak long berkata...

salam buat maiyah..
fuhh..memancing memang mencabar minda....tak tahan alamat tak leh memancing...

izazin berkata...

Salam cikgu, saya salute lah kehidupan cikgu yg nampak best sgt kat kampung tuh. Ada laut bagai. Tentu tak tension.Result OUM tentu selalu A ni kan.hehehehe

pak long berkata...

salam izazin....
ni la sebenar idup anak kampung..
tang putusan OUM...cam biasa la ..otai mana leh skor...banyak masalah negara kena pikir..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Simpler and easier just links london various facets of being married the ought links london jewellery to be obtained and tradition recently indicated links of london sale actually divided regarding the bride's family, links of london silver the groom's family, as well as the groom himself. discount links of london Over are the days where the bride's parents insures links of london ring uk every single thing make a list of to links of london friendship bracelets sale perfect detail. For a short period, tradition had shifted this obligation to qualify for the links sweetie bracelet three parties soon discussed the following., a response, links of london earrings as well as ever-popular brunch. Experience entered production although there required to links of london necklaces sale twelve inches into your market by the grooms telephone and therefore bridal individual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...