Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 7 Disember 2009

Histeria

video

Tentang Histeria.

Histeria lebih ketara berlaku apabila pesakit itu berada di kawasan 'kediaman' jin terbabit seperti di dalam hutan, padang atau tepi tasik; pesakit mungkin secara tidak sengaja mengganggu atau merosakkan kawasan rumah makhluk halus terbabit menyebabkan ia marah dan merasuk diri pesakit seterusnya menyebabkan histeria

Apabila seseorang itu mengalami histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada berhampirannya. Ia mampu merebak kerana jin yang mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia yang dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama iaitu turut memendam tekanan dan kebimbangan.

Kaedah terjadinya histeria ialah jin-jin akan memasuki tubuh manusia di sekitar tempat kejadian dan tubuh yang lemah semangatnya akan dikuasai rohnya sehinggakan orang terbabit berada dialam ghaib dan melihat alam ghaib tersebut. Ketika terjadinya histeria ini, mereka sebenarnya tidak menyedari langsung apa yang terjadi di sekitar mereka (alam nyata) dan kegiatan yang dilakukan oleh mangsa histeria tersebut adalah dilakukan sepenuhnya oleh jin yang menguasai mereka. Mereka akan menjerit, berlari , menangis, berbual dengan bahasa aneh atau bahasa lain sesuka hati.

Catatan : paklong 11.00mlm/09

8 ulasan:

Finaz berkata...

uiishh org kata kalo dah skali kena rasuk boleh kena rasuk lagi ye...ye ke?
p/s: very nice n3 TQ for sharing!

pak long berkata...

mekasih banyak finaz...
bab tu tak berani komen..seram sejuk dibuatnya...

iBu...gUru berkata...

Kat sekolah ibu guru pernah jadi.......

pak long berkata...

yer ker..
biasa la ibu...
tu semua dugaan Ilahi..

yuyuEyuliAnayusOf berkata...

histeria yg mnakotkn..
huhu

pak long berkata...

betul tu...
nak citer malam-malam..
seram sejuk..suam-suam kuku..

Marina Monroe berkata...

Memang betul kata finas tuh, bila sekali dah pernah kena dah ada jalan masuk utk 'makluk' itu, so kena banyak recite ayat2 pendinding. Pernah kena suatu ketika dulu. Takuttttt.........

pak long berkata...

salam..
haah kan..kena jugak tahu ayat pendinding..
rasanya ayat kursi boleh jugak diamalkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...