Kengkawan ( المرافقون )

Isnin, 24 Oktober 2011

Ni Baru Perak Dipuncak....




Amboi lama betui aku tak jengok blog aku. Kalau haiwan peliharan mau kojol dah....nasib baik blog ...tak dak nyawa..sesambil semak kertas bebudak aku nak la buat laporan kay blog aku ni...ceewah macam laporan parlimen la pulak...hahahaha

Sabtu baru aku bawak bebudak takraw aku main final kat Ipoh. Tah macam mana, rejeki aku kot tahun ni....team aku jadi johan perak bawah 11 tahun....fuhhhh best girles...pastu aku teingat pencapaian aku untuk tahun ni...tu la hasilnya yang aku dapat....macam pic kat atas tu....

jadi kalau ikut pencapaian dah layak aku dapat APC (anugerah pencapaian cemerlang). memandangkan aku dah dapat dah tahun 2009....rasanya bagi la dekat kawan lain yg belom rasa. Tapi aku nak dengar ada tak insan yang dah dapat anugerah menegak dan melintang mintak nak dapat APC. Kalau ada aku nak kata kat insan tu....berapa kali pulun nak dapat anugerah....kalau takat solek bunga atau dok bodek bos...sapa boleh buat....aku yg jadi johan PERAK ni pun tak mintak...jenih nak idup sorang macam tu la..

Pi la kerja kat mana pun..mesti ada sepisis yang bengong macam ni....asal ada peluang nak sapu....ingat la org yang belum dapat....org macam ni...sikit aku tak respek....

10 ulasan:

missgee berkata...

Pak LOng,
Dah adat kot..
Sapa baik ngan boss
sure cepat naik..
Tak adil tul arr..
hurmmm

pak long berkata...

salam cikgu...
betui kata cikgu tu....
lama mana cuti raya..?

azieazah berkata...

Kerja apa pun, bidang apa pun memang ada spesis yang pentingkan diri macam tuh.

Jangan layan. Asal kita ikhlas.

Cuma bila mata kita tengok orang macam tuh, mata kita sakit...

Daddy Cool berkata...

Terbaik lah cikgu!

p/s : Tumpang populariti cikgu sat, kita tukar link cikgu yer..

pak long berkata...

salam AA..
betui kata AA tu...saya sokong

pak long berkata...

salam DC...
ok cantikkkkkkkkk..kita dah senarai

karatz berkata...

pehh coach,ada mariiii..kena ajak budak2 tgk cite Libas.kasi up skit energy nak main takraw.pelapis pon tak bape nak ada kat msia nih..

tahniah paklong,syabas!

MOBYDICK berkata...

Salam Pak Long dan selamat bercuti,teman pun tumpang gembira dan idok pun rasa dengki yop,...bravo,,,hidup Perak!!!!!

pak long berkata...

salam karatz...
main menang tak per...kalah kena libas..hahaha

pak long berkata...

salam MD...
idup perak....kejor yong kejor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...