Bayi yang baru lahir dalam Islam akan di azan dan diiqamahkan. Kemudian apabila kita mati akan disembahyangkan.
Secara simboliknya dari perkara diatas dapat diumpamakan bahawa jangka hayat kita cukup singkat. Ianya Bermula dengan Azan kemudian iqamah dan sembahyang. Kita bayangkan bermula azan dan selesai sembahyang. Berapa lama masa yang diambil untuk tujuan tersebut. Itulah lama masa hidup kita didunia ini. Moga ia memberikan iktibar buat diri ini.
pesan pak long : Moga ia memberikan iktibar buat diri ini.
8 ulasan:
Benar tu. Terimakasih berpesan-pesan.
Begitu singkat masa pun, terlalu banyak pula kmungkaran yang kita manusia telah perbuat....
salam buat azie..
moga kita lebih mengingatiNYA..
Salam Pak Long,
Ada orang kata kita jangan jadi islam dalam dua masa sahaja iaitu, semasa kahwin (akad nikah) dan semasa mati (diambilkan wudhuk dan disholatkan).
Sedih juga bila terkenang orang kata begitu. Mintak2 tu jangan kita termasuk dalam golong tu.
semoga kita sentiasa dilindungi-NYA =)
salam buat akak...
moga kita bukan dari golongan yg tersebut....
salam buat cik mimie...
tu lah doa yg kita selalu pohonkan...
Salam Pak Long..
Terima kasih atas ingatan.... Alhamdulillah
salam buat nida.
moga kita saling ingat mengingati
Catat Ulasan